22. eat

12 0 0
                                    

" seriously Rea kau cakap lapar tadi kan ? Why makan ni je ? " Noah mengajukan soalan itu pada Rea lalu tangannya menunjuk ke arah makanan yang diambil oleh gadis itu. Hanya cream puff sahaja yang diambilnya. Tadi bukan main cakap lapar.

" Saya malu nak ambil makanan banyak " jujur Rea mengatakan perkara itu. Sudahlah ramai orang disitu. Nak ambil makanan pun jadi malu haih. Kenapa introvert sangat Rea

" Go take more food Rea " arah Noah beku. Air ditangannya dideguk perlahan. Dia cuma menemani gadis itu makan sahaja. Dia tidak gemar untuk makan pada waktu malam.

Rea mencebik perlahan. Dengan Darleesa bukan main senyum lebar tadi. Dia nampak semuanya kelakuan lelaki itu pada sahabatnya tadi. Terbit rasa cemburu dalam hatinya. Dia nak jugak tengok lelaki itu senyum dan melayannya dengan baik. Hilang sebentar selera makannya

" Rea Nataliee" keras suara Noah menegur gadis itu yang termenung jauh itu. Kenapa lah minah ni kuat sangat berangan

" What I said before ? Go take your food, nanti kau lapar malam ni aku taknak layan " nada Noah sama sahaja seperti tadi. Lelaki itu tidak menengkingnya malah menegur kasar kepadanya

" Tapi,awak teman lah saya ambil makanan" Rea masih lagi tidak mahu mengambil makanan. Dia nak Noah temannya.

Noah mengeluh perlahan melihat gadis itu hanya menunduk sahaja di hadapannya. Tangan kecil itu masih lagi memegang bekas cream puff yang masih tersisa lagi. Dengan pantas dia mengambil cream puff ditangan gadis itu lalu meletakkannya di atas meja berhadapan mereka lantas sahaja tangan kasar itu menarik kuat tangan Rea untuk pergi ke meja pilihan makanan. Dia tidak menemani gadis itu selagi itulah Rea masih dengan cream puff nya.

" Choose what food you want to eat " arah Noah perlahan namun agak keras suaranya di tepi telinga Rea. Dia berdiri di belakang Rea. Maklumlah gadis itu kan penakut dengan orang ramai.

Rea lantas mengambil pinggan yang tersedia disitu dan meletakkan chicken chop di atas pinggannya. Kemudian dia menghulurkan pinggan itu kepada Noah yang masih setia di belakangnya.

" Tolong pegangkan " ujar gadis itu lalu tersengih. Cantik

Noah hanya menurut apabila melihat gadis itu mengambil pinggan satu lagi lalu meletakkan beberapa sosej dan nugget di atas pinggan yang satu lagi.

Selesai memilih makanan dia menghulurkan pinggan sosej itu pula kepada Noah pula. Noah hanya akur. Kuat makan betul badan tak besar besar

"Saya nak ambil air sekejap, awak jangan lari tau tunggu kat sini eh " ujar Rea lagi lantas berlari menuju ke arah meja yang ditempatkan air pelbagai perisa. Dia lantas mengambil air berperisa apple itu lalu berlari semula ke arah Noah yang masih sedia berdiri di tempatnya tadi.

"Okay jom, thankyou for your service " Rea memberi senyuman manis kepada Noah. Namun lelaki itu hanya menayangkan wajah bersahaja

" Lapar sangat ke ? " Noah menyoal apabila melihat Rea yang dari tadi tidak berhenti mengunyah chicken chop nya

Terus terhenti suapan gadis itu apabila Noah melontarkan soalan begitu kepadanya. Ya memang la dia lapar sejak tengah hari tadi lagi.

" Why are you stop eating that chicken "

" Awak nak ?" Rea membuat tidak endah dengan soalan Noah tadi lalu dia menghulurkan garfu yang sudah dicucuk dengan ayam itu di hadapan Mulut Noah. Mahu menyuap lelaki itu

" No, aku tak makan makanan berat lewat malam " Noah menepis perlahan tangan gadis itu.

Rea mencebik lagi. Tahulah dia lelaki itu tidak suka padanya. Mesti dengan Darleesa lelaki itu menggiat gatal. Benci betul. Dia meletakkan garfunya perlahan lalu termenung. Mood makan dia kini hancur apabila Noah melayannya sebegitu

BAD BLOOD | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now