1

118 15 31
                                    

   Buku teks untuk hari ni, ada. Buku nota? Ada juga.

Buku conteng? Dah ada juga. In case tak dapat buat kawan lagi, kita boleh menconteng dalam buku.

Botol air, ada. Bekal makanan... oh, belum masukkan dalam beg.

"Ipah, Along boleh ikutlah," kata Along yang tiba-tiba menepuk bahu aku dari belakang.

Hah, ini Along. Kakak aku.

Korang tanya dia boleh ikut pergi mana? Tadi dia teringin nak ikut hantar aku pergi sekolah baru aku. Aku suruh minta izin Mama dulu sebab nak naik guna kereta Mama.

"Eleh, ni sekolah Ifah, bukan sekolah Along."

"Ifah, Along, dah dah. Pergi masuk kereta sana," ujar Mama setelah keluar dari biliknya. Tidak mahu melihat kami berdua berbalah.


    Aku dan Mama keluar dari kereta setelah kami sampai di depan pagar sekolah. Along pula hanya memerhati dari dalam kereta.

"Ifah, Mama pergi dulu ye. Cikgu kamu kata check kelas kamu kat dewan." Mama memandang mukaku, "tahu tak ni dewan mana?"

Aku mengelengkan kepala sambil tersengih kecil. Mestilah tak tahu, ini kan first time datang sini.

"Tanya jelah siapa-siapa. Dah bye. Good luck! Mama nak kena siap-siap pergi kerja dah ni." Mama pun meninggalkan aku kat tepi pagar sekolah keseorangan.

Seusai aku melambai Mama, aku pun melangkah masuk ke dalam sekolah itu dengan bacaan basmalah. Setiap perkara perlu mulakan dengan bismillah. Ingat, jangan tak ingat.

Lepas sudah daftar dalam dewan berkat pencarian aku sendiri, aku cari kelas aku pula, 2 Celosia. Masa hendak daftar tadi, sempat juga cikgu dekat kaunter tu cerita pasal bunga Celosia ni. Katanya nama saintis bunga ni berasal dari bahasa Yunani Kuno "keleos" yang bermaksud terbakar, sebab bunga tu ada nampak macam api api sikit.

Motif nama kelas berapi? Mungkin sebab murid kelas ni hot-hot belaka.

"Hai awak," tegur suatu suara sambil menepuk bahu aku. Ingatkan nak tegur aku sepak batu-batu kecil yang kat jalan ni, rupa-rupanya sebab tak tahu dewan kat mana.

"Oh, dewan ada kat sebelah kantin ni je," aku menunjukkan ibu jari ke arah dewan. Dia pun tinggalkan aku lepas cakap thank you. Kenapalah semua orang tinggalkan aku?

Okay dah dah, nak kena cari ni kelas kat mana.

Hah, kelas aku dekat-dekat dengan dewan je sebenarnya. Punya berpenat lelah mendaki gunung, meredah hutan.

Sekejap. Ada gunung ke kat sekolah ni? Abaikan.

Masa nak masuk kelas 2 Celosia, tinggal lima sahaja tempat duduk yang masih kosong jadi aku pilih untuk duduk bahagian tengah. Sebelah tempat aku ada sorang budak perempuan bertudung putih dengan senyuman yang manis ditayang di mukanya.

"Hai nama saya Amilia. Nak senang panggil Lia pun boleh. Ataupun Emy. Mil. Ke Mili. Ami pun boleh.Tapi biasa orang panggil Emy. Ah, awak budak baru kan? Nama awak apa?" dia tiba-tiba bertanya dengan penuh ramah.

"Hai. Nama kita Syarifah," balas aku.

"Oh... Syarifah. Awak tingkatan berapa?" tanyanya dengan penuh keyakinan. Aku tak pastilah nak jawab apa. Aku tengah duduk dalam kelas tingkatan 2, takkan aku tingkatan 4 pulak? Boleh tak aku jawab aku 39 tahun? 5 tahun ke? Boleh tak?

"Saya sama jelah umur dengan awak. Kan ni kelas tingkatan 2?"

"Oh maaf, lupa," Amilia membalas sambil tersengih. Sempat dia mengambil buku teks sejarah untuk sorokkan mukanya dari aku kerana malu.

BIASA  | FAL The Series ©Where stories live. Discover now