8

23 8 9
                                    


   "Esok Jumaat. Lusa cuti. Alhamdulillah," Amna berkata.

Aku dan Najmi yang berada di wakaf sekolah berdekatan kelas hanya memandang Amna. Najmi juga mengucapkan syukur kerana esok last sekolah untuk minggu ni. Ya, minggu ini. Minggu pertama persekolahan ini.

Gaya sembang macam dah 3 minggu tak cuti

"Sabtu ni, kau ada nak pergi mana-mana tak?" tanya Amna.

Aku hanya menjungkitkan bahu. Aku pergi rumah je gaduh dengan Along Angah.

"Nak tak aku ajak pergi beli barang? Kembar aku tu dia nak pergi beli barang asrama. Mak aku suruh aku ikut dia. Nak ikut?"

"Boleh je."

"Aku?" Najmi yang diabaikan terus bersuara. "Taknak ajak aku ke?"

"Nggak mau. Dah muak tengok muka kau."

"Bapak ah. Lepas ni taknak teman dah. Aku nak ngadu kat Bang Mirul."

"Ala gurau je. Kau ni. Sikit-sikit ngadu kat abang aku. Ngadulah kat abang kau tu."

"Tak nak. Dia bad mood je waktu demam ni. Aku tanya dia nak minum air ke tak, dia suruh tanya google. Memang google tahu pun."

"Eee... mengalahkan perempuan betullah dia tu. Tak apa, nanti aku jumpa dia aku sekeh kepala dia."

Aku hanya mampu mendengar. Takkan aku nak menyampuk, aku bukan kenal pun siapa abang kepada Najmi.

"Hah Ifah, kau nak ikut tak? Ikut ler please..." Amna menggoncang-goncangkan peha aku. Eh, lemak aku ni, pahal kau main.

"Ye ye. Aku cuba tanya ibu aku dulu," balasku sambil memberi sebuah anggukan.

"Kalau dia tak bagi pun, kau kena pergi jugak!" Amna membalas dengan semangat yang membara.

"Kau nak dia jadi anak derhaka ke?" soal Najmi kepada Amna. Nak diketuk, haram pula sentuh.

Amna hanya tersengih dan menggaru dahinya yang tidak gatal.

"Okaylah, nanti aku tanyalah," ujarku.

Dan waktu itu jugalah loceng waktu tamatnya waktu rehat berbunyi.








   "Mama oh Mama."

"Hah, apahal."

"Uish... Mama ni. Terkejut Ifah dengar Mama jadi gengster."

"Apa kamu merepek ni. Hah, cepatlah, nak mintak apa ni?"

"Hehe... Mama ni tau-tau je," aku tersengih.

"Ya Tuhan, kamu nak apa ni. Mama tengah memandu ni. Kang accident, Mama salahkan kamu."

"Eh, Ifah pulak. Okay, okay... erm, Sabtu ni kalau Ifah pergi ikut kawan Ifah beli barang boleh?"

"Beli barang? Dengan siapa?" Mama bertanya. Sambil-sambil tu, sempat juga dia jeling aku. Grr takut dia tak sedar yang kat depan jalan raya ada bonggol je.

"Dengan Amna. Ifah dah pernah bagitau Mama kan siapa dia?"

"Hah, boleh percaya ke dia tu. Takut dia tak larat jaga kamu sebab Ifah asyik merayau je kemana-mana. Nampak lasagna je, terus hilang."

"Hehe Mama ni, tak baik mengungkit. Boleh tau, boleh tau," rayu aku.

"Haih, yelah. Sabtu ni kan? Pastikan siap semua homework dulu baru boleh pergi."

"Hehe kacang je. Minggu ni homework tak banyak."

"Kacang, kacang. Ingat Mama tak ingat ke dulu Ifah pernah nangis sebab homework belum siap."

"Ceh, sikit-sikit nangis," Angah yang sedang mengira kereta di jalan raya dan duduk di bahagian belakang kereta menyampuk. Kenapa tah dia ikut ambil aku dari sekolah.

"Shh, tak baik mengungkit. Angah pun dulu pernah nangis sebab tak dapat lancarkan surah Al-Kafirun dulu. Cakap orang melebih."

"Anak-anak yang ku sayangi, nak Mama hentikan kereta kat tengah jalan ke?" Mama mencelah sambil mengetap gigi.

"Henti je, pastu campak Ifah. Suka hati ungkit kisah silam orang," jari telunjuk Angah ditujukan ke arah aku.

Dude...

"Come on lah, siapa ungkit-mengungkit dulu?" aku membalas tanda tak mahu mengalah.

"Ya, Mama main ungkit-mengungkit dulu. Dah, semua diam." Mama meleraikan pergaduhan kami berdua.

Kami bertiga pun pulang ke rumah dengan aman tanpa berhenti tengah jalan, tanpa mengungkit kisah silam yang memalukan dan juga tanpa Along sebab Along tengah buat yoga kat rumah.

Chaiyok, Along! You can do it ^^

#SupportSiblings

BIASA  | FAL The Series ©Where stories live. Discover now