Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu persekolahan telah tamat. Aku bergegas mengemas barang di atas meja dan memasukkannya ke dalam beg.
"Syarifah, jumpa esok. Save sekali tau nombor yang kita bagi!" kata Emy lalu berlalu pergi bersama Maryam setelah melambaikan tangan kepadaku.
Amna yang berada di belakangku menepuk bahu aku. "Aku call kau tau nanti, kau kan bagi nombor kau tadi."
Aku mengangguk dan Amna pula membalas dengan memberikan sebuah kenyitan.
Eh, terkejut mak.
Ketika dalam perjalanan menuju ke dewan menunggu, aku spaced out sikit. Akibat itu, aku terlanggar seorang budak lelaki. Tak, bukan budak. Dia tak sesuai dipanggil budak sebab dia remaja.
Muka dia? Bolehlah. Jadikan menantu mak aku boleh je ni. Memang akan lepas punya.
Okay, eew. Stop Syarifah. Please care about yourself yang dah terjatuh macam durian runtuh ni.
Yep, aku terjatuh. Kenapa aku berangan benda lain pula tadi.
"Aish siapa pulak yang langgar aku ni? Oi, bangun bangun," lelaki itu bersuara.
Heh, buat malu je Syarifah ni. Bab kedua je, dah start cliche. Mendalah. Takleh cliche lagi ke?
Belum sempat aku bangun, dia menghulurkan tangan. Apa dia fikir tengah nak film drama hindustan ke?
Aku pun mendongak memandangnya lalu bersuara, "sorry, haram."
Lelaki itu kemudiannya tarik balik tangan dia. Aku bukan macam perempuan tak bermaruah kat luar sana yang main sentuh-sentuh lelaki. Stay halal bro.
Aku lekas bangun dan cepat-cepat get ready larikan diri daripada menghadap muka dia yang aku tak berapa nak kenal.
"Ahh jap!" Belum sempat lelaki itu menahan aku, aku dah lari pergi ke dewan menunggu. Takut nanti kang Mama tanya kenapa lambat.
Selamba je kan aku lari tak cakap sorry sebab langgar dia. Tak apa wak, kalau saya cakap sorry depan muka awak, nampak macam tak ikhlas jadi saya ucapkan kata maaf itu dari hati. Moga difahami.
Tak, sejujurnya aku terlupa. Jadinya harap dia tak kisah kena langgar. Dan aku berharap dia tak mendoakan kecelakaan untuk 7 keturunan akan datang aku nanti.
Sampai sahaja di dewan menunggu, aku mencari-cari muka Mama tapi yang aku jumpa hanyalah muka Along dan Angah
"Yow Ipah!" Along memanggil. Bila terdengar nama panggilan tu, aku terus buat-buat tak kenal yang itu adik-beradik kandung aku. Dah tu suka hati je guna nama panggilan yang family aku je boleh guna kat depan orang ramai.
"Eh, sinilah. Nak ke mana?" Angah pun menuju ke arah aku berserta Along. Adalah nampak macam gaya gengster.
"Oh, akak dengan abang aku ke ni? Asal tak kenal ye?"
"Amboi? Kau balik sorang ajelah. Aku yang pandu tau kereta tu," balas Along.
"Ceh, bawak kereta pun macam budak baru amik lesen. Dahlah nyanyi got my driver license last week. Baik tak payah drive lah," Angah membalas dengan nada memerli sambil mencebikkan mukanya.
Siblings fight, biasalah. Tapi masalahnya, kat tempat yang penuh dengan pelajar jugak lah jadi tempat gaduh diorang.
Mata aku dililaukan untuk mencari sesuatu. Bila dah jumpa 'sesuatu' tu aku pun cakap dengan Along, "Along, nak kunci kereta."
Saja aku minta sebab nak diorang hentikan pergaduhan diorang tu.
"Kau? Nak pandu ke? Bila masa kau belajar? Takkan sekolah ni ajar memandu pulak?" Along bertanya. Err, nak jawab mana satu ni.
"Ifah tak ada cakap pun nak pandu. Ifah nak kunci kereta, bukan nak pandu," aku menekankan perkataan kunci kereta dengan pandu untuk memahamkan Along.
"Lah, tak ada kerja aku nak bagi. Dah, jom balik," Along berlalu pergi ke keretanya. Aku dan Angah hanya mengikutinya. Sempat juga Angah mengejek yang Along itu drama queen.
"Angah baru balik asrama ke? Kenapa awal pula balik?" sambil-sambil berjalan, aku borak sikit dengan Angah.
"Iya, kenapa? Rindu?" Angah menjawab sambil mengangkat-angkat keningnya.
Aku membuat riak muka menyampah dan cepat-cepat tinggalkan Angah. Eh, come on lah, aku mana pernah nak mengaku yang aku pernah rindu adik-beradik aku sendiri.
Tapi betullah, aku rindu nak buat dia mengamuk macam selalu. Rindu nak buat dia merajuk sebab Mama lagi sayang aku dari dia. Sudahlah. Dia side character je. Abaikan.
"Along," aku memanggil Along yang sedang menghidupkan kereta.
"Pahal?"
"Angah cakap Along drama queen tadi," aku mengadu.
"Biar je dia tu. Tak cukup kasih sayang agaknya. Balik-balik asrama terus mintak orang belikan takoyaki. Pi jannah lah dia. Apa dia fikir dia mengandung ke hah sampai nak craving craving ni?" ujar Along dengan gaya tidak puas hatinya sambil cubit-cubit stereng kereta dia.
"Perempuan ni memanglah. Sikit-sikit membawang. Tak cukup ke kat rumah tu dah ada bawang Mama beli berlambak sangat," Angah yang baru duduk sebelah tempat pemandu terus mencelah.
Aku dan Along menjeling.
"Hah tengok. Main jeling-jeling pulak. Ni lah perempuan," sambung Angah.
Dan along pun menghalau Angah daripada menaiki keretanya. Tak sedar ke dia tu menumpang kereta orang je?
Edit ; AHH CHILDISH NYA PLOT CITER NI TAPI TAK APA, SEBAB CERITA NI PELIK, AKU RE-PUB JELAH (pelik alasannya).
oh dan ya, bab 2 ngan 3 mungkin takda interesting plot sebab borak ngan family. ok bye.
YOU ARE READING
BIASA | FAL The Series ©
Teen Fictionhidupnya normal, shalala. eh kena pindah sekolah sebab ayahnya punya hal kerja. dah pindah sekolah, member semua complicated sampai dia pun pening nak tidur je. tipu je. tak reti tulis sinopsis -_-|| ۫ ׅ ◌ first book .