9

22 8 15
                                    



"Talking to the animals and swinging from a vine

This rough and tough adventurer is working all the time,

bla bla bla...

GO, DIEGO, GO!"

"Oi, dosalah buat orang sakit," kata Along tiba-tiba.

Nyanyian aku terhenti dan aku terpinga-pinga kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh Along. "Huh? Tak faham."

"Yelah, dosa menyakiti mukmin yang lain. Kau nak pekakkan telinga aku ke? Nanti siapa nak bayar bil hospital aku?"

"Mama ada," balasku sambil menyarungkan stokin. Lap peluh sikit sebab penat cari partner stokin ni.

"Dahlah, tak sanggup aku layan kau."

"Siapa?"

"Hah?" kali ini Along pula yang terpinga-pinga dengan ayat aku.

"Siapa suruh HAHAHA."

Along keluar dari bilik kami selepas membaling bantal kesayanganku yang bergambar sushi tepat mengenai mukaku.

AAHHH SIAN BABY USHI SAYAAA!!

Usai aku memujuk Baby Ushi kesayanganku, aku terus bergegas keluar dari bilik dan menuju ke kereta Along.

"Lambat."

"Dah Along pergi baling Baby Ushi kenapa. Terpaksa pujuk dia beberapa minit."

Along yang mendengar terus membuat muka menyampah. "Kau nak pergi ke tak ni?"

"Ah okay, okay," aku cepat-cepat memasuki kereta Along dan duduk bersebelahan tempat pemandu.

"Kat Giant depan tu je kan?"

Aku mengangguk, "kalau Ifah dah keluar, Along boleh blah balik rumah. Jangan pergi shopping pulak."

"Siapa?"

"Hah? Siapa apa pulak? Along lah jangan pergi shopping. Ada siapa lagi dalam kereta ni. Kalau Along shopping, penuh satu kere—"

"Siapa tanya? HAHAHAHAHAHAH."

Aku memandang Along dengan muka bosan. Sibuk je ambil ayat orang.




   "Hah, Amna. Sorrylah lambat sikit," aku menegur Amna yang sedang duduk di bangku keseorangan. Kesian ye Amna kena duduk sorang-sorang.

Amna pula memandang aku dengan mata yang terkebil-kebil. "Erm, maaf. Saya tak kenal awak."

Hah dah lupa muka aku dah ke? Rasanya baru semalam jumpa. "Ni Syarifahlah. Takkan tak kenal pulak. Kau kenapa ni Amna?"

"Oi, Amna kat sini ah," tegur seseorang yang muka seiras dengan Amna. Ok, ini cerita upin ipin ke? "Ni lah Amni, kembar aku."

"Oh ye ke," aku mengangguk-ngangguk. Aku meneliti muka mereka berdua. Heh, sama je. Dasar kancil dua serupa. "Macam mana nak bezakan?"

"Tengok tudung," Amna menjawab.

Aku memerhatikan tudung Amna dan Amni. Takde beza pun. Dua-dua warna hitam.

"Amni bawal. Amna shawl," Najmi yang entah dari mana mencelah.

"Oh..." aku memandang Najmi. "Kau baru sampai ke?"

"Tak adalah. Ni aku pergi tandas sekali dengan adik ngan abang Amna."

Aku memandang pula dua orang lelaki yang sedang berdiri belakang Najmi. "Tu kembar kau?"

"Hah yang pakai hoodie tu dengan yang kat tandas dengan Amna."

"Eh weh aku tertinggalkan Syaz lah pulak!" Amna terus meninggalkan kami. Syaz? Kembar Najmi mungkin.

Ah, semakin malas pulak nak hafal nama orang.

"Naj, aku pergi kedai kasut jap. Amni, nak ikut tak? Kata sandal terkoyak," kata seorang lelaki yang berbaju jersi kelabu.

Sudah, ni siapa pulak?

Amni di sebelahku mengangguk laju dan mengikuti lelaki berbaju jersi kelabu. Rasanya itu kot abang Amna, Bang Mirul. Ok jadi saya tak patut panggil dia abang kan? Sebab kalau aku cakap, aku takut aku terjun tangga je.

"Weh Qib, bagitau ah nama kau kat dia. Dia student baru kat sekolah kita. Sekelas dengan Amna tak silap aku," Najmi berbicara dengan kembarnya yang tisu penuh kat poket hoodie dia.

Diorang bukan kembar seiras macam Amna dengan Amni, harap maklum.

"Taknak. Malas. Kau lah bagitau," balasnya.

"Okay, dia Naqib. Dia lembu."

"Kau gajah."

"Kita kembar."

"Jadinya kalau aku lembu, kau lembu."

"Kalau ye pun aku lembu, aku akan pastikan kau yang kena korban dulu."

"Okay, deal. Memang kau dulu ah yang kena korban."

Haha tak tau pulak kat Giant ada lembu. Tolong aku...

"Ala sorrylah Syaz, aku dah membesar. Jadi aku punya otak dah padat dengan ilmu-ilmu dan otak aku tak muat nak letak kau dalam fikiran aku," terdengar sayup-sayup suara Amna di belakang aku. "Ifah, ni Syaz. Syazira. Nurin Syazira binti Shah Mo—"

"Hai, ni Syarifah ye?" laju dia memotong percakapan Amna dan bertanya kepadaku.

"Ha'ah. Syarifah."

"Syazira, Syarifah... Sya! Kebetulan betul!" tiba-tiba Syaz tepuk-tepuk tangan. Tak sedar ke yang kita ni kat Giant? Giant kawan Nobita tu? Tak sedar ke? I don't want attention. All I want is you. HUH MELUAT PULAK BAGI AYAT SWEET.

"Jangan curi jodoh aku," Amna tiba-tiba memukul tangan Syaz.

"Weh Naj, diorang lesbian ke?" Naqib tiba-tiba bertanya.

"Pengikut kaum Nabi Luth."

"Baik aku duduk rumah kesat hingus. Dah ah, cepatlah Syaz beli barang asrama," Naqib mengambil satu tisu dari poketnya.

"Sape ajak kau," Syazira membalas dengan nada menyampah.

"Kesukarelaan aku yang mengajak. Eh, cepat ah. Nanti kang Ummi tanya kenapa lambat kang." 

Tak rilek sia diorang ni. Aku pun dah kurang dialog dah ni. Tak baik tau buat macam ni. Hm nak nangis ah. Pastu nak suruh Baby Ushi pujuk. Pastu nak ngadu kat Mama. Pastu nak order lasag—

"Eh, Amni mana Amni?" Amna bertanya. Gelabah sangat sampai pergi goncang-goncang bahu Syaz lepastu pergi tengok belakang aku dengan Syaz takut Amni tengah menyorok belakang kitorang.

"Pergi kedai kasut dengan abang kau," Najmi menjawab. Dia gelengkan kepala tengok perangai kalut Amna. Senang cerita tiga orang kembar tu tengah menggeleng kepala. Aku sorang je yang tengah usha Giant ni, nak tengok ada kedai jual lasagna ke tak.

"Sian Amni, sandal dia tu dahlah cantik. Dia pergi bagi kucing main pulak. Beauty without brain betullah dia tu," Syazira mengomel.

"Ala apa bezanya dengan kau? Beauty with dosa ngumpat," Naqib membalas.

Syazira menjeling Naqib. "Kau pulak, mat tisu."

Amna dan Najmi yang melihat adegan mereka berdua hanya membiarkan.

"Jom ah shopping, Ifah."

"Okey donkey."

"Apa kau cakap?"

"Tersasul."


















 

a/n ; basically,,,

kembar 1) amna & amni

kembar 2) najmi, syazira & naqib

BIASA  | FAL The Series ©Where stories live. Discover now