4

37 8 16
                                    

   Elsa, do you wanna build a snowman?

Lagu yang dinyanyikan oleh Anna berbunyi. Aku pun tak tahu kenapa letak alarm lagu frozen, aku main letak je. Lain kalilah aku tukar.

Belum sempat aku menggeselkan butang dismiss, Along dah gesekkan.

"Penatlah dengar dia panggil-panggil Elsa. Yang kau ni pun satu. Kau fikir sini ada salji? Panas terik begini ya mana mungkin munculnya salji. Eih, baik ajak orang buat sandman baru betul," Along mula membebel tentang cuaca di Malaysia.

Senang. Tak payah check cuaca hari ni. Along dah bereskan. Bla bla bla aku pun tengoklah jam selepas along keluar dari bilik kami. Ye, kitorang kongsi bilik, sisterhood kononnya.

EH DAH PUKUL 9? Oh lupa, aku kena pergi sekolah pukul 12. Ceh nyesal gelabah awal-awal. Hah sebenarnya dah bangun dah tadi, solat subuh. Tapi tertidur hehe...

Banyaklah kau ter ter.

Perut aku berbunyi minta diisi dengan makanan. Aku kemudiannya mengangkat kaki aku ke bilik air terlebih dahulu lalu membasuh mukaku dengan menggunakan air yang mengalir dari paip ke singki. Kemudian aku menuju ke dapur dan ternampaklah kelibat Angah yang sedang menggoreng nasi.

"Woi, goreng untuk sorang je ke? Nak jugak!" sergah aku.

"Eh amboi? Aku buat, akulah yang dapat makan. Fikir mamak ke hah main order order ni?" Angah membalas.

"Ala, please lah... Tengok macam sedappp je..."

Mode anak anjing— Eh, anak kucing : ON

"Tak ada tak ada. Mama dah beli dah sarapan nasi lemak."

"Mana? Eleh, takde pun. Hah mana?" Aku bertanya sambil membuat muka kerek. Acah sia Syarifah ni haish...

"Sabar ah. Mama tengah on the way." Angah pun sambung menggoreng. "WEH HANGUS DAH NASI AKU! ADUHH MACAM MANA—"

PANG!

Along yang entah dari alam mana, terus memukul kepala Angah menggunakan buku novelnya 'yang-lebih-tebal-dari-kisah-cinta-kita-berdua'.

"Mu senyap sikit boleh? Nanti jiran-jiran dengar, melepas peluang nak ngorat anak Makcik Sally."

Ah sudah, ni drama channel berapa dah ni?

Sesiapa kenal Makcik Sally?










    "Jadi bila dia minta x, awak semua kena jawab... jawab apa?" Cikgu Warisah bertanya.

"Jawapan bocor!" murid-murid membalas.

Cikgu tu pun sambung menyoal. Emy yang duduk di sebelah aku, sedang melipat kertas. Katanya mahu buat origami selipar. Kita doakan Emy berjaya ye.

KRINGGG!

"Nanti siapkan kerja yang saya bagi, minggu depan kena hantar. Siapa tak siap, cikgu nak dia berkawad satu sekolah." Habis sahaja kata begitu, Cikgu Warisah berlalu pergi meninggalkan kelas kami.

BIASA  | FAL The Series ©Where stories live. Discover now