15

17 7 7
                                    

   Kalau rasa sakit tepuk tangan.

Aku menepuk tangan. Biar jelah bising ke apa. Bukan ada orang pun dalam bilik kesihatan ni. Tadi pun aku nak mintak air tau...

Tapi kenapa Emy tak bagi aku cakap apa-apa...

Sekarang ni diorang tengah kelas pulak. Takkan aku kena pergi laut pula baru dapat air. Aku penatlah, aku penat.

Haha jap, korang pening ke baca buku ni? Aku memang asal Indonesia pun tadi masa Qayyum cakap aku tengah guna bahasa aku. Aku lahir kat sana sebab Mama dengan Abah tengah menginap kat kampung nenek dengan atuk aku masa tu.

Mama tak sedar ke perut Mama memboyot waktu nak pergi sana?

Pastu warganegara aku jelah ganjil. Tetiba Indonesia. Yang lain Malaysia. Mama dengan Abah pun Malaysia.

Lepastu Along pernah cakap, aku lahir dekat dengan bunga rafflesia sebab tu aku selalu bau busuk.

Heh, mitos betul. Kampung Tok Ali mana ada bunga rafflesia. Kat hutan je ada.

Haih, apalah nasib aku terpaksa bercerita kisah hidup sendiri. Takpelah, ni cerita pasal aku jugak. Sambil berbaring ni, elok jugak kita bercerita kisah kita semuaaa.

Betul, betul, betul.

“Assalamualaikum~”

Laju aku mengangkat kepala menjenguk ke arah pintu apabila terdengar suara Amna.

“Lah, tak tidur ke?” dia bertanya dan di sebelahnya pulak ada Emy, Maryam, Najmi serta Naqib.

Buah tangan tak bawak sekali ke?

“Waktu rehat dah ke?”

“Haah. Aku ada bawak botol air kau. Kau takde bawak bekal ke apa ke—”

“Tak,” aku memotong percakapan Emy.

“Hello, ada human tak dalam ni?” satu suara menyibuk lagi di muka pintu.

Ramai pulak pelawat aku ni. Tu ada lagi dua orang depan pintu.

“Kau tak boleh masuk!” Amna menjerit. Siapa lagi kalau bukan dia nak marah Qayyum.

Kenapa tah Qayyum nak melawat, aku tak tau. Nak kirim angin ke? Ke sebelah dia tu Wany Hasrita? Tak, sebelah dia Khairinah.

Kenapa pulak Khairinah nak melawat?

“Ala, nak bagi minyak angin dengan lasagna ni je. Bukan aku nak bakar Syarifah pun,” Qayyum bersuara.

Ee lasagna. Aku minat lasagna sangat ke ? Tak padan betul dengan orang yang lahir kat Indone—

“Syarifah, jap, aku nak tanya. Yang masa kat kelas tadi, Qayyum kan ada cakap, kau guna bahasa kau. Bahasa Indonesia? Kau asal mana sebenarnya?” Emy bertanya.

“Betullah tu. Aku orang Indon—”

“Tak nampak macam orang Indonesia pun?” Naqib menyampuk.

Takkanlah aku nak kena taruk bunga rafflesia kat muka aku pulak? Maghoh ni maghoh.

“Kau expect orang Indonesia makanan favourite diorang semua bakso ke? Atau kau expect diorang semua ‘gado-gado’ setiap hari, hah?” Amna membalas.

Terima kasih Amna. Andalah life survivor saya.

“Nah," minyak angin kepunyaan Qayyum dan bekas tupperware yang berisi lasagna dihulur. "Kita ingatkan Syarifah dah balik rumah. Tapi bila kita tengok Qayyum macam nak pergi bilik kesihatan, kita ikutlah. Tengok-tengok, belum balik lagi,” kata Khairinah lagi.

“Dah, aku ciao. Kalau duduk lama kat sini mesti ada orang halau.” Qayyum keluar dari bilik kesihatan setelah berkata.

“Amna, kau tak habis bergaduh lagi ke dengan dia? Dah nak setahun dah. Damai jelah,” Emy bersuara tiba-tiba.

Diorang memang dah tahu Amna benci Qayyum. Aku je baru tau.

“Entahnya. Dia fikir ini World War ke sampai bertahun-tahun,” Najmi menyampuk.

“Excuse me, mana ada sampai bertahun-tahun.”

“Sama je,” Naqib membalas.

“Korang tak lenguh ke berdiri?” aku menyampuk. Aku yang tengok diorang pun boleh rasa lenguh. Punya banyak kerusi dia letak tepi dinding tu, amiklah satu sorang.

“Oh, aku lupa aku lenguh,” Emy berkata lalu mengambil tempat di sebelahku.

Elok-elok orang sediakan kerusi, nak juga dia kongsi katil dengan pesakit.

“Emy, kang terjangkit nanti. Bagilah Syarifah duk sorang je situ. Kesian dia,” Maryam menegur.

Korang tak lupa kan siapa Maryam?

Emy hanya tersengih. “Sorry Syarifah hehe...”

“Assalamualaikum, Syarifah ada?”

Ah siapa pula kali ni?

Oh cikgu.

“Ada, ada. Kenapa teacher?” Amna menjawab pertanyaan Teacher Zulaikha bagi pihak aku.

“Mak ayah dia dah sampai dah tu. Yang kamu semua ni, tak rehat ke?”

“Dah makan kat kantin dah tadi cikgu. Ni sebelum habis rehat, saja nak lawat dia ni,” Khairinah membalas.

“Yelah. Sorang tolong pergi kemaskan barang Syarifah kat kelas, pastu temankan Syarifah pergi pagar.”

Amna mengangkat tangan, “saya nak tolong.”

“Ha, pergilah, nanti bagitau kat guru yang mengajar lepas rehat ni, Syarifah ambil mc."

Alright! Saya pergi dulu ye,” Amna meminta izin lalu keluar dari bilik kesihatan.

“Yang lain? Waktu rehat dah nak habis ni. Taknak masuk kelas ke?” Teacher Zulaikha bertanya lagi.

“Hah, nak pergilah ni,” Najmi membalas.

Teacher Zulaikha kemudiannya berlalu pergi dari bilik kesihatan.

“Kau nanti balik makan ubat. Jangan makan lasagna je,” Emy berkata kepada aku yang baru sahaja hendak membuka tupperware berisi lasagna tadi.

Aku memuncungkan bibir. Eee ubat. Lagi rela makan Kopiko dari telan ubat. Aku dahlah takut tercekik ubat.

Tak kesian kat aku ke hmm...

"Kita pergi dulu ya? Kita kena bertugas kelas sebenarnya tapi kita ponteng hehe," Khairinah berkata.

Aku hanya membalas dengan anggukan.

Dan semua pun jejakkan kaki ke luar bilik.

Kini tinggalah ku keseorangan. menunggu

Tunggu apa?

Oh tunggu Amna datang bawa beg aku.

BIASA  | FAL The Series ©Where stories live. Discover now