Alhamdulillah Syarifah masih hidup. Dia sedang menjalani kehidupan dengan biasa setelah bertarung nyawa di dalam kereta Along.
Ah, bunyi macam baru lepas bersalin je. Okay tidak. Kita abaikan perenggan atas.
Jadi pada pagi Ahad yang indah, yang damai dan juga yang wonderful ini, aku ditinggalkan berseorangan di rumah ini disebabkan pulangnya Angah ke asramanya.
Aku dah buat dah parti ketiadaan Angah malam semalam. Along sponsor.
Aku melangkah pergi ke dapur dan mencari makanan apa yang ada. Lasagna yang belum dimakan habis semalam aku ambil.
Katanya Abah nak balik rumah hari ni. Biarlah, tu bukan urusan aku.
Eh astaghfirullah, itu ayah aku.
Aku menyuap lasagna dan berangan memijakkan kaki bersihku ke lantai istana. Habis sahaja lasagna maka habislah juga sesi beranganku.
Aku mula kebosanan dan mencari aktiviti yang boleh dilakukan di rumah ini. Aplikasi YouTube dibuka dan lagu kegemaranku yang sudah disimpan dalam playlist private aku dipilih.
Alamak, aku nak pilih lagu mana satu ni? Alamak, semua lagu ni aku suka. Alamak. Alamak.
Jadi pada penghujungnya, aku memilih lagu 'Takkan Tak Tahu' nyanyian Sarah Suhairi.
"Kalau tak naik bas, kalau tak naik tren, suka naik kereta, bergerak asing-asing SKSBAKSBAKJS TAKKAN TAK TAU! TAKKAN TAK TAU! TAKKAN TAK TAKKAN TAK TAKKAN TAK TAHU!"
Tok, tok, tok.
"Assalamualaikum!" suara seorang lelaki dewasa kedengaran.
Heh, mestilah abah aku. Siapa lagi. Takkan pencuri pulak. Rumah aku memang anti pencuri sebab Angah dah letak sign 'kami miskin, tak mampu beli porsche'.
Tahlah macam mana Abah boleh biarkan je sign tu. Mungkin ini memang dia punya idea.
Aku pun menghentikan nyanyian dan segera membuka pintu rumah kami.
"Hah, Syarifah. Ingatkan takde orang. Abah baru je nak cari kunci rumah dalam beg ni. Tapi dah hilang sebenarnya. Malas pulak Abah nak selongkar," Abah bersuara.
"Assalamualaikum Abah, hehe... Tadi Ipah bersenam sekejap," aku tersengih dan menyalam tangan Abah.
"Waalaikumussalam... Yang lain semua pergi ke?"
"Ha'ah. Ipah sorang je kena palau."
"Baguslah. Kalau Ipah takde, mesti Abah kena cari kunci rumah ni. Ini semua takdir," kata Abah. Haih, yelah Abah. Ini semua Abah.
"Ada makanan tak ni? Kat airport tadi tak sempat Abah nak makan."
"Tak tahu. Tadi ada lasagna tapi dah habis."
"Benda dah habis tak perlu cerita lah. Takde nasi ke?"
"Tak ada kot. Tak tahu. Saya kan cuma anak muslimah."
Abah sekadar mengiyakan jenaka aku dan sambung bercakap, "kalau macam tu, Abah mengidam nak makan kat warung Uncle Thalib tu. Order kambing golek sedap jugak ni. Ipah nak?"
YOU ARE READING
BIASA | FAL The Series ©
Teen Fictionhidupnya normal, shalala. eh kena pindah sekolah sebab ayahnya punya hal kerja. dah pindah sekolah, member semua complicated sampai dia pun pening nak tidur je. tipu je. tak reti tulis sinopsis -_-|| ۫ ׅ ◌ first book .