26

23 7 17
                                    

AMNI'S POV

   Kenapa sikit je cenderahati yang dia bagi kat aku? Aku merungut. Keychain Melaka pemberian Amna dibelek.

"Amni, Amni! Kau nak tau something tak?" Amna melompat-lompat di atas katil. 

Kau ni asal? Hyper sangat? Baru lepas minum 100 plus ke? Dahlah dengan tak mandinya lagi lepas balik dari lawatan. Nasib baik tadi aku spray febreze kat muka engko. Kalau tak, mesti lipas hinggap ke muka kau.

Aku menjongketkan kening tanda hendak tahu.

"Aku rasa aku tahu kenapa Qayyum mintak break dengan kau!"

Kening aku dikerutkan. Maksudnya dia bukan main-mainlah ni, nak break-up dengan aku?

Tapi minah ni kenapa? Dulu bukan main beria kutuk si Qayyum. Lepastu ngamuk bila aku teringat pasal dia. Ini dia yang pergi mengungkit.


"Dia ada kanser. Kau nak tahu tak, dia kata tahun ni last untuk dia hidup."

Hah?

Aku terus berdiri dari duduk. "Serius?"

Di mengangguk. Amna memandang aku atas bawah. "Dia baru balik dari lawatan sama dengan aku."

"Ada nombor telefon dia?"

Amna menganggukkan kepalanya. "Ada, tapi aku block dia."

"Kenapa?"

"Eh, banyak tanyalah kau. Yelah, nak unblock ah ni." Amna mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam laci. 

"Tapi, macam mana?" aku masih tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa Qayyum menghidap kanser. Nak aje aku tanya banyak-banyak.

"Malam semalam ada cikgu suruh cerita apa perkara sukar yang diorang pernah lalui. Pastu kawan-kawan Qayyum suruhlah Qayyum cerita."

"Dan?"

"Tu jelah. Kau expect apa lagi?" Amna berkata lalu memberikan telefon pintarnya kepada aku. "Ni nombor dia."

Aku menyalin nombor yang sama ke telefon pintarku. 

Nak call ke, nak WhatsApp? Call ke, WhatsApp?

"Blah jap," pintaku.

Amna tanpa kata terus dia keluar dari bilik dan menutup pintu rapat.

'Bismillah,' dan aku pun menekan butang call

"Ya, hello?"

Allahuakbar, apa aku dah buat? Aku kata nak move on? Okay, kau call je dia, kau takyah nak menggedik. Kau tanya je dia benda yang kau nak tanya. 

"Qayyum."

"Amni?" 

Ya Allah, macam mana aku nak move on ni? Kenapa aku call dia? Kenapa? Ya Allah, kuatkanlah aku, tabahkanlah hati aku Ya Allah.

"Amni?"

"Ye. Qayyum, straight to the point. Awak... ada kanser ke?" aku bertanya walau hati aku tak kuat nak dengar jawapan yang dia nak bagi.

BIASA  | FAL The Series ©Where stories live. Discover now