“Haah, nanti ada peperiksaan akhir ta—”
“Pertengahan, bukan akhir tahun terus,” Emy membetulkan ayat Amna.
Amna mencebikkan mulutnya, “sama je.”
Emy hanya mengiyakan. Kalau dilawan, memang lagi panjanglah diorang berdebat. Ingat orang tak tau ke perangai Amna? Dah 4 bulan berkawan, aku taulah perangai dia.
“Jom buat study group nak? Hari Sabtu dan Ahad,” Khairinah memberi idea.
“Kat mana?”
“Kat rumah masing-masing.”
“Boo, Khairinah boo, Khai hambar,” balas Emy.
“Haha... dah tu nak study kat perpustakaan depan Klinik Rahmah tu ke?”
“Boleh je,” Amna berkata lalu mengambil sesuatu dari dalam begnya. Dia meletakkan bekal makanannya di atas meja dan mendongak kembali memandang kami. Amna menjongketkan kening sebelum bertanya, “Pahal?”
Kami yang memandang Amni terus terkial-kial. Ingatkan nak keluarkan buku planner dia lepastu nak catit tarikh study group kitorang. Buat suspend je lah.
“So, korang nak ke?” Khairinah bertanya lagi.
“Boleh je. Aku ajak Yam yam eh?” katanya sebelum memanggil Maryam yang sedang mengulang kaji keseorangan.
Nampak je Maryam ni lonely tapi sebenarnya tak. Dia popularlah jugak kat sekolah ni sebab dia pengawas. Lepastu cantik. Lepastu bijak bestari.
“Kau nak study kat library depan sekolah tak hari sabtu ahad ni?” Emy bertanya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Engkau nak tanya ke nak suruh dia pergi?
“Boleh je. Tapi study eh. Jangan main,” balas Maryam. Sempat jugak dia berpesan.
“Aip, aip captain tomyam.”
“Perlilah. Aku perli kau emu kang.”
“Tak kisah...” Emy berkata girang. Emy ni memang suka kacau Maryam.
“Tapi nak study apa? Minggu depan exam apa dulu?” tanya Khairinah.
“English dulu,” aku menjawab.
“Hah, Amna! Awak... ajak Najmi tak?” Khairinah bertanya lagi sambil tersenyum gedik.
Tak kuasa haku. Kitorang berempat, aku, Amni, Emy dengan Maryam dah tahu Khairinah ni suka Najmi. Tapi aku still berdendam dengan Najmi sebab dah tiga kali dia bagi gula-gula dari atas jalan. Semalam dia bagi yang perisa pisang sebab dia kata muka aku macam monyet.
Dah tu dia lembu? Kenapa tak ada gula-gula perisa rumput? Aku pelik ni aku pelik.
“Khai, kita nak ulang kaji ke nak buat maksiat?” sedas Maryam bagi.
Khairinah mula ketawa kekok. Ada jugak dengar dia nyanyi lagu sakitnya tuh di sini di dalam hatiku.
“Sakitnya tuh disini di dalam hatiku, sakitnya tuh disini melihat kau selingkuh, sakitnya tuh disini pas kena ha—”
“Korang buat karaoke ke? Nak join!” Yasmin yang baru sahaja masuk ke kelas terus menerpa ke arah kami.
“Cepat sambung, cepat sambung!” katanya lagi dengan nada teruja. Tapi tiada respon dari kami.
Akhirnya Yasmin give up dan hanya menyambung nyanyian Khairinah.
“Pukul berapa? Tapi aku Ahad ni aku nak lawat kembar aku tu kat asrama dia,” Amna mencelah.
Kita ketepikan jap hal Yasmin.
“Petang-petanglah. Boleh?”
Amna menganggukkan kepalanya. “Urm, Khai. Kau nak aku ajak Najmi ke?”
Muka Khairinah terus bersinar, “nak, nak!”
“Ala, nanti kau boleh fokus ke nak study?” Emy bertanya kepada Khairinah.
“In Sya Allah. Kita usaha,” balasnya sambil membuat gaya bersemangat.
“Tak payahlah. Kau masa cikgu ngajar pun kau boleh pergi berangan dia. Bila dia singgah sini sebab nak panggil Naqib, kau tersengih-sengih. Susahlah jugak nak percaya kau ni,” Amna memberi balasan.
Dan muka Khairinah bertukar dari bersinar kepada muka kecewa.
“Nak merajuklah. Najmi comel. Tapi sepupu dia jahat.”
Emy membuat muka jijik. Amna pula membuat muka menyampah.
Manakala Yasmin sedang berdangdut.
YOU ARE READING
BIASA | FAL The Series ©
Teen Fictionhidupnya normal, shalala. eh kena pindah sekolah sebab ayahnya punya hal kerja. dah pindah sekolah, member semua complicated sampai dia pun pening nak tidur je. tipu je. tak reti tulis sinopsis -_-|| ۫ ׅ ◌ first book .