"Ma Rabukka?"
Aku yang sedang lena terus tersedar dari tidur dan menggosok-gosok mata.
"Ma rabbuka?" Suara itu kedengaran lagi.
Ya Allah, aku dah mati dah ke? Aku tak nak buka mata. Asyhadualla illa haillallah—
"Sabar Syarifah, belum mati lagi."
Pulak? Mata aku dibuka perlahan dan terpaparlah kelibat Along di depan mata ku.
"ISH TERKEJUTLAH!"
Along mula ketawa terbahak-bahak. Hmm... gelaklah, gelak. Aku pasrah.
"Ni dah solat Zohor ke belum ni?
Aku menggeleng perlahan lalu menguap sebesar-besarnya. Tersedar sesuatu, aku menutup mulut aku menggunakan tangan.
"Dah, dah. Pergi solat. Kat dapur ada makanan Mama beli, nanti kau keluar, kau makanlah," Along berkata sambil bergolek di atas katil. "Solat dulu, baru makan ye."
Aku hanya mengangguk. Dah tak berdaya nak membalas.
Sesudah solat didirikan, aku menuju ke dapur dan melihat makanan yang Along maksudkan.
Ceh, burger king ke, ingatkan lasagna. Takpelah, lagipun pagi tadi baru makan lasagna. Cuba bersyukur sikit.
Tangan aku dibasuh dan aku menikmati burger daging itu.
Ding dong
Bunyi loceng rumah aku kedengaran. Siapa pulak nak ziarah-menziarahi ni? Belum rayalah, lek ah.
Aku lekas menghabiskan burger itu dan membuang kertas balutannya ke dalam tong sampah. Kemudian aku laju menjenguk pagar di sebalik pintu gril rumah aku.
Eh, Qayyum?
Aku terus mencapai tudung dan membuka kunci pintu rumah lalu mendekati pagar. "Apahal datang?"
Qayyum yang sedang leka membelek beg kertas yang dibawanya terus memandang mukaku.
"Oh, ni, lasagna," Qayyum memberikan aku beg kertas di pegangannya.
Lasagna? Seriuslah? HSHSHS REZEKI. "Weh, thank you! Macam mana kau tahu ni aku teringin lasagna?"
"Kau mesej aku kan tadi? Mak aku tengah busy sebenarnya, ada kelas menjahit dengan kelas berkebun. Lagipun, lasagna ni ada lebih sebab tu aku bagi je. Alamat rumah kau pun, aku tengok location kau."
"Eh, seramnya. Kau memang ada bakat stalk eh?" aku membalas sambil membuat muka 'o-em-ji'
"Dahlah, bye," Qayyum berkata lalu melambaikan tangannya. Pergh, lepas ni kalau aku nak stalk crush aku, aku suruh dia tolong.
Tapi tulah, siapa crush aku. Qayyum ni dah terkeluar list.
"Eh, Qayyum? Bakpo datang sini?" Mama yang baru keluar dari pintu terus menegur. Ha, keluar dah tu fake loghat dia na.
Qayyum yang baru je nak melangkah pergi terus berhenti, "assalamualaikum makci— erm..."
"Alaaa... panggil je Mama. Tak payah nak makcik makcik sangat. Buat macam tak pernah jumpa je dia ni," Mama berkata sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Ah, how dare you? Aku menjeling Qayyum yang sedang tersenyum kekok. You call her 'Mama', you die ya. Itu Mak aku tau dok?
"Hehe, tak apalah, panggil Mak Su jelah. Dulu Qayyum panggil Mak Su je rasanya," Qayyum membalas. Nasib baik, nasib baik.
"Yeke? Tak ingat pula. Takpelah, asalkan ada nama. Hah, ni kenapa pulak datang rumah Mak Su?" tanya Mama.
"Ni, hantar lasagna yang Ummi buat."
Mama memandang aku tak percaya, "ini mesti Ifah nak kan?"
Aku hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tidak digigit nyamuk. Ala, Mama ni, tau tau je. Malulah Ifah.
"Erm, saya pergi dulu ye? Assalamualai—"
"Eh, nanti dulu. Kamu datang ni naik apa?"
Qayyum menunjukkan jarinya ke arah basikal berwarna kelabu.
"Ya Allah, naik basikal je? Tak accident ke?" Amboi Mama, melebih ni, tu anak orang, biar jelah.
"Sebab rumah Mak Su sebenarnya sama perumahan je dengan Qayyum. Kalau rumah Mak Su yang dulu tu, yelah kena naik kereta. Kalau yang sekarang dekat je," Qayyum membalas.
Ah, dia jiran aku rupanya?
"Lah, yeke? Hah, masuklah, makan-makan dulu ke, nak?" Mama mengajak Qayyum masuk.
"Eh, tak apa, tak apa. Tadi kat rumah dah lunch dah nasi lemak."
"Apa lunch nasi lemak? Mehlah sini lunch burger pulak. Mak Su ada buat lebih tu."
Qayyum pun terima ajakan Mama kerana terpaksa dan juga kerana taknak tolak makanan yang 'dimasak' Mama.
Heh, dimasak? Tak apalah, bagi Mama show off sekejap.
Lasagna di peganganku aku masukkan ke dalam peti. Beg kertas dia? Aku campak ke bilik stor.
Okay, takdelah campak. Aku simpanlah. Lipat-lipat sikit. Naya kalau Mama tahu aku campak-campak barang dalam stor.
Qayyum dikerling seketika. Dia kelihatan begitu berselera menyumbatkan burger ke dalam mulutnya. Hilang selera kalau makan sebelah dia ni. Mama pulak gembira je sebab Qayyum boleh habiskan burger kurang dua minit.
Biar jelah diorang, asalkan dalam peti ada lasagna dan tak ada siapa boleh sentuh.
Aku memasuki bilik aku. Haih, Along, Along. Kau buat apa dalam bilik ni sampai gelak sorang-sorang?
"Ipah, quick question! Kucing warna apa?"
Aku yang terkejut terus menjawab, "biru!"
"Kalau anjing warna apa?"
"Putih?"
"Kalau Syarifah?"
"Purple!"
Actually aku tak dengar sangat pun soalan apa yang Along tanya.
"Ok, Ipah jadi Chowder lepastu kucing Ipah nama Doraemon. Kalau anjing tu... yang dalam cerita apa ye..." Along mengetuk-ngetuk dagunya.
Apa benda Along merepek?
"Ha yang dalam cerita looney tunes tu. Ok dah, pergi blah."
"Eh, apa pulak. Ipah punya bilik jugak kan?"
"Ish yelah. Duk dalam bilik air sana. Bilik air kau kan?" Along membalas.
Aduh, bilik air Along jugak. "Bilik ni, kita punya. Kongsi. Faham?"
"Tak. Bye lah. Along nak tengok drama korea kat tv."
Aku cepat-cepat menghalang Along apabila dia hendak membuka pintu. "Kat bawah ada kawan Ipah. Lelaki. Pakailah tudung."
"Kawan? Tah, tah teman lelaki."
"Haha tak. Dia ada ex."
"So?"
"Tong."
Along mengambil tudung yang tersangkut di belakang pintu dan sempat juga dia mengambil bantal berbentuk udang aku lalu membalingnya ke arah aku.
BANTAL AKUUU—
YOU ARE READING
BIASA | FAL The Series ©
Novela Juvenilhidupnya normal, shalala. eh kena pindah sekolah sebab ayahnya punya hal kerja. dah pindah sekolah, member semua complicated sampai dia pun pening nak tidur je. tipu je. tak reti tulis sinopsis -_-|| ۫ ׅ ◌ first book .