11

21 2 0
                                    

1 hari sebelum dibuli

Diperkarangan bilik mewah itu kelihatan gadis gadis yg tersenyum riang akan rancangan yang mereka plan untuk menjatuhkan seseorang .

"I already told u, yang budak mentah tu bodoh. Kacang je untuk kita jatuhkan dia. Tengok la kawan dia tu, mudah sangat termakan hasutan kita. Sanggup putus kawan sebab lelaki yang belum tentu sukakan dia." Kata lieona sinis sambil memerhatikan gelas ditangannya itu.

"So bila kita nak mula kan plan kita". Tanya allysha sambil matanya tajam menatap wajah lieona yang angkuh itu.

"Esok"

.........….

Macam mana aku nak berbaik dengan izora eh?
Ke nak mintak maaf?
Tapi aku tak buat salah?
Aduh macam mana ni?

Aku mengaru kepala ku tidak gatal dengan kuat sambil mengeluh. Penat bermonolog dalam hati.

"Ah lantakla , slow slow la aku cakap dengan dia." Kataku dan terus tutup buku, dan terus naik atas katil lalu tidur.

..........

Debaran apabila melihat wajah seseorang yang kian terpaut dihati. Seakan seakan wajah itu memanggil untuk mataku terus menatap wajahnya. Suaranya yang merdu, menyapa gegendang telinga ku.

Wah muhammad zahari jatuh cinta!

..........

5 PERKASA

Seperti biasa kelas itu sentiasa riuh rendah dengan gelak tawa dan suara sembang sembang pelajar disitu. Dan ada juga pelajar sebelah yang ikut serta persembangan itu, perempuan kan.

Aerina hanya memandang sekeliling dengan keluhan. Kalau dulu ada izora, shura dan shira teman sembang dia tapi disebabkan kembar itu pindah dan izora sentap yang tak diketahui puncanya , dia pon ibarat halimunan.

"Aerina". Satu suara mengejutkan aerina diikuti tepukkan dibahu.

Tersentak gue!

Rupa rupanya ketua kelas mereka, Ayra balqis!

"Ya ayra kenapa ye" tanya ku lembut.

"Ni rina, saya nak collect kerja fizik haritu. Awak dah siap ke?"

"Ouh , haa dah siap dah. Nah bukunya." Kataku dan pantas memberikan buku latihan fizik yang sudah kusediakan bawah meja.

"Okay baik thanku"

"Welcome"

Hari itu berjalan dengan sangat baik, sehingga lah.......

Aku berjalan untuk masuk kedalam kelas, dan aku terasa aneh sebab ada yang tengok ke meja aku dan ada yang memandang ku sinis.

"Habisla kau aerina, baru masuk sini dah dapat pink card!" Kata satu suara kawan sekelasku dan diikuti suara bisikkan.

Aku berjalan perlahan lahan menuju ke mejaku dan kelihatan kad pink yang tertulis nama aku.

"Ikutkan peraturan card tu, sesiapa yang dapat akan dipalaukan!" Kata izora sinis dan diikuti yang lain.

"Guys jangan la macam ni,dah dah bersurai. Korang duduk tempat masing masing, yang mana tak berkaitan tolong balik ke kelas korang dan jangan menyemak!" Tegas ayra sambil menunjukkan jari ke luar kelas. Selepas ayra berkata begitu , semua duduk ditempat masing masing dengan kerutan diwajah.

Ayra memegang bahuku.

"It's okay rina, saya ada."

Aku tersenyum kelat dan mataku menghala ke wajah izora yang kelihatan dingin kepadaku.

......

Area Form 6

Riskarl and the geng melepak digelangang bola keranjang yang menjadi tempat favorite mereka.

Dan suasana itu pecah apabila rizal tiba tiba menjerit.

"Weh weh korang pink card dah keluar doh." Kata rizal teruja.

"Wow siapa mangsa geng gedik tu? Kesian dia" balas ian dengan wajah bersahaja.

Riskarl hanya termenung.

"AERINA ELEFIERA"

Riskarl tersentak!

"Apa aerina yang dapat pink card!" Kata riskral dan zahari serentak.

"Haa aah ye, " kata rizal terkejut dengan sergahan dua sahabat tu.

Riskarl dan zahari memandang wajah masing masing dengan kerutan .

Bersambung🕊️

This Kind Of Pain /| ChangeWhere stories live. Discover now