10

51 5 1
                                    

2 hari sebelum dibuli

Kejadian dibilik sakit membuatkan air mata aerina menitis. Kenapa izora marah? Kenapa dia tengking ? Apa salah aku?

Air mata ku terus dan terus mengalir.

                                         🏵️

Jeritan ditandas membuatkan semua tertanya tanya . Siapa yang menjerit.

Rupanya dia adalah izora, yang sedang bengang kepada aerina akibat hasutan dari gadis gadis kaya dan gedik itu.

"Tak guna punya perempuan, bukan kau dah suka abang riskarl ke. Kenapa nak dekat dengan abang zahari pulak. Kau kan tahu aku crush dengan dia!" Kata izora sambil mengetap bibirnya dengan kuat.

"Aku dah cakap, kau tak nak percaya" muncul suara sinis dari belakang membuatkan izora tersentak dan berpaling dengan pantas.

Kelihatan lieona, sabrina dan maya berdiri sambil memandang sinis kearah izora lalu melangkah perlahan menuju kearahnya sambil menepuk nepuk lembut bahu izora.

"See i already told u, yang aerina tu jalang. Apa kata kau ikut kami then kita boleh ajar betina sebab dah rampas hak kita." Balas lieona penuh dendam.

"And kalau kau nak tahu, lieona ni suka dengan riskarl. Aerina tahu pasal tu, sebab tu dia terhegeh hegeh nak rapat dengan riskarl. Lagipon dia budak baru, mana tahu apa apa. Kau ni yang budak lama, si zahari tu patut pandang kau bukan dia ." Hasut sabrina, supaya izora semakin membenci aerina.

Nampaknya hasutan mereka berjaya , kerana muka izora semakin merona merah menahan marah. Sambil matanya tajam memerhatikan pintu luar.

"Baik, aku ikut korang"

-------------------.                  🏵️
          ------------------
                     -------------------
                                ----------------------
                                           ----------------------

Aku keluar dari bilik sakit untuk menuju ke arah kelas ku, 5 perkasa yang berada di tingkat dua. Apabila berada di koridor aku rasa macam ada yang memerhati tapi tahla biar la ,perasaan je kot.

Apabila sampai didalam kelas  aku ternampak izora bersembang dengan ayra, ketua kelas kami.

"Hai izora, ayra . Korang tahu tak apa apa kerja yang cikgu bagi tadi." Tanyaku lembut.

Izora hanya memandangku sekilas lalu memberikan jelingan tajam membuatku tergamam.

"Ouh , tadi takde tugas just cikgu remainder balik pasal pembelajaran lepas. Awak macam mana dah okay?" Tanya ayra lembut. Ketua kelasku itu memang baik.

"Alhamdulillah saya dah okay sikit. Btw terima kasih ye ayra." Balas ku lembut sambil memegang lengannya itu.

"Sama sama, kalau ada apa apa kasitau je ye." Kata ayra sambil menepuk tanganku lembut.

Aku mengangguk dan terus duduk dikerusiku apabila cikgu kimia kami sudah datang ke kelas.

Kelas kimia yang berjalan selama 2 jam sebelum habis persekolahan memang menyeksakan jiwa raga. Tetapi aku tetap teguhkan mata ku agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Baiklah itu sahaja untuk harini, sekarang saya nak kalian semua berpasangan untuk lusa punya experiment and pasangan korang harus sama dengan yang sebelum ni. Okay kelas."

Sebaik sahaja cikgu kimia keluar kelas kembalj bising kerana mereka berkemas untuk balik dan membincangkan prihal  tugasan mereka.

"Haritu aku dengan izora. Alamak nak cakap macam mana eh" kataku dalam hati kerana sifat dingin izora membuat ku serba salah nak memulakan pembicaraan.

"Lusa kau, yang tulis report. Sebab haritu aku dah buat." Kata izora dengan wajah serius.

Aku tersenyum kecil.

"Boleh je. Tapi awak okay ke?" Tanyaku lembut sambil memandang wajah izora yang agak ketat itu.

"Bergantung dengan kelakuan kau." Balas izora sinis dan terus pergi dari situ.

Aku terus tergamam sebab izora tak pernah sebegitu sebelum ni. Dia tak pernah membahasakan "kau aku" dan sentiasa " saya awak" bila cakap dengan aku.

"Awak kenapa izora. Kalau saya ada silap , awak cakap la" kata ku sayu bila satu satunya rakan baikku sebegitu.

                                     🏵️

     Shura removed you from bestie forevah❤️ room chat

Aku terkejut dan terus menghubungi shura intuk mendapatkan kepastian. Tetapi sia sia apabila shura enggan untuk mengangkat panggilanku. Dan shira juga seakan akan mengelak untuk menjawab panggilan ku.

Yang buatku sedih adalah status dari shira yang bertulis.

Betulah orang kata,
Selagi kita belum mengenali hati budi
Seseorang tu, janganla kita terlalu rapat
Kelak menyakiti hati kita.
Sian dia, crush dah lama tapi orang
Lain yang merampas.

Tapi apa maksud shira? Kenapa macam dia perli aku. Dan mereka takde crush, hanya izora yang ada crush.

Adakah izora cemburu ,yang abang zahari yang bantu aku. Tapi macam mana dia tahu sebab aku belum , beritahu apa apa.

Semua ni buat aku kusut

Bersambung❤️
Teruskan membaca.🕊️

This Kind Of Pain /| ChangeWhere stories live. Discover now