Perpustakaan Permaisuri BariahKelihatan disudut perpustakaan disekolah itu, terlihat seorang jejaka kacak yang bagaikan tenggelam dalam dunia pembacaannya.
Dialah Megat muhammad Zahari, jejaka yang rajin membaca buku merupakan pelajar cemerlang tingkatan 6 disekolah itu. Dan dia juga pernah mewakili sekolah untuk subjek kimia. Dan berjaya memperolehi tempat pertama antara sekolah.
Sekarang dia sedang mempersiapkan diri untuk subjek itu dalam antara negeri pula. Dan dalam target zahari, dia mahukan memperolehi tempat pertama diantara Negara.
"Assalamuaikum abang."
Zahari tersentak dan terus mengangkat muka, dan kelihatan 2 gadis. Yang seorang itu kelihatan membaca coklat cudbery.
" Nak kasi aku la tu " kataku dalam hati.
"Waalaikumsalam"
"Maaf ganggu abang, saya izora. Saya datang ni nak kasi abang coklat ni, tu pon kalau abanh sudi." Kata izora yang malu malu itu.
"Yang sorang lagi nama siapa?"
Pertanyaan tiba tiba itu membuatkan 2 gadis tersebut terkejut.
"Ouh saya aerina," balas aerina sopan.
Aku mengangguk perlahan.
"Cantikk."
*******
"Inaaaaa, happynya aku kau tau tak. Dia terima coklat aku. Setahu aku, dia tak pernah nak terima apa apa dari perempuan. Tapi coklat aku dia ambil, so apa maknanya niiiiii!!!!"kata izora teruja kerana terlampau teruja yang crushnya itu terima coklat darinya.
"Hah, mybe dia tersuka tanpa sengaja kottt. " usikku kepada izora yang membuatkannya bertambah gembira.
"Aminnnnnnnn"
****
"Akak lieona, hari sabtu pagi kemarin saya nampak riskarl dan aerina bersembang. Dan saya rasa mereka jogging bersama." Kata sara junior mereka merangkap spy berbayar mereka.
Lieona semakin membara.
"Semakin aku diam, semakin menggedik ye kau. Baik girls kita bertindak." Arah lieona tegas.
"Baik!" Kata rakan rakannya itu.
*****
Harini aerina hadiri kesekolah tersangatlah awal sebab ibunya harus bekerja pagi jadi nak tak nak terpaksalah dia awal ke sekolah.Dahla sunyi tak de murid.
Mana taknya sekarang baru pukul 6.30 pagi. Whaaaaa ibu ina takut . Keluh ku kecil.
"Hm dari aku tak buat apa better kemas sikit kelas ni kot. Yelah kelas pon mereka tak susun balik meja, tong sampah pon tak buang. Ish ish ish." Rungutku perlahan sambil ligat tangan dan kakiku melakukan kerja pembersihan.
Selepas 15 minit semuanya selesai.
"Fuh settle." Kataku dàn aku mengerlingkan mata kearah jam dinding kelas ku.
6.45 pagi.
"Hm awal jugak ni, belajar sikitla. Nak tido pon takut sia. Kot kot ada pape, aku di bawak lari kang, naya wei."
Buku teks sejarah itu aku belek belek. Disebabkan aku meminati sejarah, jadi buku itu menjadi pilihan aku untuk refresh balik apa yang diajar semalam.
Lagipon kelas pertama harini adalah sejarah dan aku pasti ramai rakan kelasku yang akan barai menahan mengantuk.
Kerana sudah menjadi lumrah pelajar yang pelajaran sejarah seolah olah dodoian lagu tidur untuk membuatkan mereka terlena.
Dalam tak sedar sekarang sudah pukul 7 pagi. Dan kelihatan seorang demi seorang rakan sekelasku datang memenuhi kelas itu.
Pukul 7.10 minit merupakan rutin izora datang dan tepat pada masanya dia datang dengan wajah ceria.
"Aerina!! Wahh rajinnya awak study sejarah ye pepagi buta ni. ~Setan apakah yang merasuki mu~" tegur izora dan berdendang kecil.
Aku tertawa kecil.
"Hish takde lah setan apanya pon. Biasala wei nak jugak tau sikit sikit, mana tau puan rokiah tu tanya. Tak ke kelam kelibut kita nak jawab." Kata ku akan guru sejarah yang suka bertanya membuatkan rakan sekelas fokus ketika cikgu tersebut mengajar.
"Aahkan hmm aku pon nak refresh baliklah." Kata izora dan terus mengeluarkan buku teks sejarahnya.
Aku hanya tersenyum.
Kelihatan seorang budak yang aku agak dalam tingkatan 3 masuk dan terus menuju kearah aku.
"Ikut saya sekarang, sebab ada orang nak jumpa." Kata budaknya dengan wajah serius.
"Saya ke?"
Budak itu mengangguk
Selepas aku bangun, budak itu pon pergi dan mengarahkan aku untuk mengikutinya.
Budak itu membawa aku ke stor lama milik sekolah itu.
" siapa nak jumpa saya kat sini?" Kata ku.
Belum sempat budak itu balas kelihatan tangan lain yang menolakku dan terus menutup pintu stor dan menguncinya.
Membuatkan aku tersentak.
Bersambung♥️
Next part sila menanti dengan sabar dan jangan lupa vote dan kalau rajin comment yaa.Luv yah♥️
YOU ARE READING
This Kind Of Pain /| Change
Mystery / ThrillerAerina, gadis comel yang pendiam dan meminati jejaka popular sekolahnya itu Riskarl. Disebabkan presaannya itu dia terseksa! Dibuli ! Semua yang ada disekolah itu kejam ! Dibuli sekumpulan gadis gedik, kaya dan cantik disekolah itu membuatkan Aerina...