14

18 3 0
                                        

Yeah buli itu sangat teruk , seksa kepada yang mengalaminya

Mental ?

Yes! Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kenapa izora sanggup bersekongkong dengan geng akak form 6 yang gedik tu untuk buli aku?

Selamani aku rapat dengan dia. Apa yang buat dia tak percaya aku?

Mengadu kat cikgu?

Dah semua dah, sampaikan cikgu tuduh aku mereka cerita , meraih simpati and nak malukan sekolah?

Apa motif aku nak buat macam tu? Sampaikan aku pendam semua ni sebab tak nak umi risaukan aku. Tapi sungguh aku tak tahan dengan segala seksaan , cacian mereka.

Abang riskarl?

Disebabkan stpm dan abang riskarl dan abang zahari agak sibuk jadi aku dah xde pelindung. Tapi bagus jugak, disebabkan pelindungan mereka membuatkan aku lagi teruk dibuli.

Bukan rakan sekelas je, satu sekolah buli aku. Sampaikan form 1 dan form 2 pun buli aku. Kalau ada yang baik pon, mereka pon akan dibuli jika berbuat baik kepadaku sampaikan mereka takut jika terserempak dengan aku.

Jahatkan izora dan geng gedik tu.

Jadi  aerina kau harus kuat!

HARUS KUAT!

*******

Dalam toilet.

Aku masuk dalam tandas bukan untuk melepaskan hajat atau apa tapi untuk menangis.

Sebentar tadi, subjek sejarah dan yang buat aku sedih bila cikgu sendiri sindir aku.

"Orang zaman prasejarah pon pandai jaga diri and berdikari. Tapi orang zaman ni, segala kemudahan ada tapi nak complaint".

"Aah cikgu, pastu tergedik gedik. Pastu dah salah then nak salahkan orang pulak!" Jerit suara tersebut dan aku sangat mengenali suara tu.

Tu suara izora!

Kata kata izora itu disambut senyuman dan gelak halus yang sinis. Apabila cikgu memusingakan badan untuk menulis sesuatu , tiba tiba terdapat 4 ke 5 balingan kertas hinggap dibadan aerina.

Dan salah satunya terkena muka aerina. Dan membuatkan aerina merenung wajah izora kerana balingan itu daripadanya!

Izora membalas tatapan aerina dengan sinis sambil mengangkat keningnya sebagai tanya menyindir.

Aerina kembali nyata didalam tandas , geram apabila kenang keadaan tadi.

Belum sempat aku nak keluar tandas tu, tiba tiba kedengaran ketawa 3 orang gadis membuatkan aku terhenti dan diam membatu.

"Kau tau tak, lia. Lawak do si aerina tu. Macam bodoh je, pastu selekeh je. Ada ke patut orang macam tu abang zahari suka. Agaknya abang zahari kesian kot yela, misti perempuan tu goda and kacau abang zahari so abang zahari kesian la. And abang riskarl, hish perempuan tu berani dia usik abang riskarl aku." Bebel perempuan yang baru masuk tandas tu kepada kawannya sambil membetulkan rambut tepinya tu.

"Alah biasa la perempuan miskin. Acah cinderella, buat buat lemah padahal jahat nak mampus. Kau tunggula , belang dia tak keluar lagi tu nanti bila dah keluar haa tau la kita." Balas rakannya yang bernama lia itu.

"Betui tu, ika. Perempuan macam tu dia boleh buat apa apa je. Elok ikut je cadangan akak form 6, kita kacau mental dia supaya dia keluar dari sekolah ni". Balas rakannya satu lagi yang hanya diam sedari tadi.

Perempuan yang bernama ika itu mengangguk  perlahan ,tanda setuju dengan percakapan kawan kawannya itu.

"Betul tu, haih buat apa nak kesahkan perempuan tu kan. Dahla jom, rehat nak habis ni." Kata ika dan terus memaut lengan kedua rakannya untuk keluar dari situ.

Bila aku sedar mereka dan tiada perlahan lahan aku menolak pintu tandas tu sambil memandang wajah dicermin.

Hina sangat ke jadi miskin?
Hina ke bila kita berdiam diri?
Kalau aku balas, mereka cakap aku sundal.
Yaallah kuatkanla aku.

Rumah aerina

8.30pm

Aku duduk termenung dimeja belajar sambil memegang pen ditangan.

Kusut

Terlampau kusut

Aku ingat boleh sabar tapi sabar aku melebili had untuk menghabiskan lagi 6 bulan disini kerana aku harus habiskan spm disini. Sedang aku sibuk memikirkan segala benda tiba tiba fon ku berbunyi.

Nombor yang aku tak kenal whatapps aku.

Aerina,
buku awak tertinggal.
8.35pm

Oh yeke?
Kat mana eh dan buku apa?
8.35pm
✓✓

Buku latihan biology, kat gelanggang.
Ada orang letak kt situ.
Saya nak ambil tapi takut.
8.37pm

Awaktau tak siapa yang letak?
8.37pm
✓✓

Rasanya tu izora and yang lain saya tak kenal.
8.38pm

Okay tak pela kalau macam
tu thanks kasitau😊

8.39pm
✓✓

Welcome👌
8.39pm

Aku menghela nafas panjang. Siapa nak kenakan aku ni? Buku latihan biology? Hina sangat ke sampai buku aku jadi mangsa.

Aku terus bangun dari kerusi dan bersiap siap untuk keluar. Aku pergi malam ni jugak sebab risau kalau buku aku, koyak or apa.

"Umi, ina pergi sekolah jap ye. Buku tertinggal." Kata ku lembut kepada umi yang sedang tengok Tv dengan adik lelakiku.

"Eh sayang, malam dah ni. Esok jela ambil sekali." Balas umi risau sambil melihat jam didinding.

Aku tersenyum kecil

"Takpe umi, ina okay". Kataku bersungguh menyakinkan umi.

"Okay hati hati." Pesan umi dan aku mengangguk.

Selepas menyalami umi aku bergegas gerak kesekolah untuk cepat sampai dan cepat balik supaya umi tak risau.

Bersambung🕊️

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 03, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

This Kind Of Pain /| ChangeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang