03

56 11 0
                                    

25 hari sebelum dibuli

Dalam sedar tak sedar dah seminggu aerina bersekolah disekolah berklaster itu. Rakan sekelas yang baik, kawan baik yang prihatin.

Cuma....

Surat yang aku terima baru baru ini mengusarkan hati aku. Siapa dan mengapa dia beri kepada aku?

Dan aku tertanya tanya siapa "dia" yang pengirim surat itu maksudkan? Dan aku budak baru so tak kan lah aku nak kacau teman lelaki dia andd ni sekolah perempuan. Hanya  tingkatan 6 je ada lelaki.

Aku nak jumpa abang form 6 pon jarang, ni kan pulak nak kacau?

Mybe salah orang kot.

"Ina berapa kali umi nak panggil baru jawab? Penat umi panggil dan ketuk bilik kamu ni" jerit umi didepan pintu bilikku dan membuatkan aku tersentak.

Terus aku bergegas membuka pintu.

"Maaf umi, ina mengelamun tadi. Kenapa umi panggil ina? Nak suruh ina bantu umi ke?" Tanyaku kerana setahu ku kerja rumah sudah ku bereskan tadi.

"Taklah umi nak ajak kamu makan kek pisang. Umi baru buat ni, dah jom" ajak umi dan terus menarikku. Aku hanya tersenyum dan mengikut langkah kaki umi menuju ke ruang tamu.

Walaupon hanya kami berdua, aku tetap bahagia!

*******

MALAM ITU

Aerina sedang berjalan jalan bersorangan didalam Famliy Mart kerana dia ingin membeli Onigiri kegemarannya dan banana milk. Dalam pada leka memlih perisa mana yang hendak dipilih tiba tiba seseorang melanggar bahuku dan membuatkan aku jatuh terduduk dngan bakul ditangan sudah terlepas.

"Aduh sakitnyaa. Siapa pulak yang langgar aku ni!" Omelku perlahan dalam bengang mengenangkan orang yang melanggar aku.

Sakit tau! Malu pulak tu!

"Maaf dik, abang tak sengaja. Maaf sangat sangat". Kata lelaki itu.

Eh suara dia macam aku pernah dengar kat mana eh?

Aku menangkat muka dan terpampang seraut wajah tampan yang terhidang dihadapan wajahku.

"Mak ai, handsomenya. Eh jap ni bukan ke abang form 6 hots yang izora cakap tu? Eh dia buat apa kat sini, adush malunyaaaaaaaaaaa!" Kata ku dalam hati.

Lelaki itu mengerutkan dahi.

"Mengelamun ke apa budak ni?" Kata riskarl pelik dalam hati dan tiba tiba dia tersenyum kecil.

"Awak sekolah convent kan? Awak okay ke? Kalau tak abang belikan ubat?" Tanya riskarl prihatin.

Aku terpempan!

DIA INGAT AKU!!!

"Haa ye saya sekolah convent. Takpe bang sikit je ni. Saya okay. Saya pergi dulu bye assalamuaikum!".balasku pantas dan terus berlalu tanpa menunggu balasan salam dari riskarl.

"Waalaikumsalam". Balas riskarl perlahan dan tersenyum kecil.

Dari sudut kelihatan seseorang yang memakai topi dan mask hitam memandang tajam kearah riskarl.

*******

Pangggg!!!!

Bunyi cawan pecah itu mengejutkan semua yang berada disitu termasuklah kawan kawan lieona iaitu maya, sabrina, daneesha dan Allysha.

"Sial aku dah agak perempuan tu tak akan serik." Jerit lieona.

"Relax lieona, alah diorang maybe terjumpa kat situ. Lagipon si sara ni cakap je, bukan ada bukti macam gambar or video. Lagipon kalau kita nampak dengan mata kepala kita semua sendiri yang perempuan tu jumpa riskarl kat sekolah or gelak ketawa baru kita amek tindakkan." Kata daneesha sambil menepuk bahu lieona yang tengah bengang itu.

"Eh yang kau nak bela jalang tu kenapa? Kau nak pihak kat dia ke hape!" Jerkah sabrina yang merupakan kaki bodek lieona itu.

"Sab, cakapla elok elok. Kita kena buat perancangan yang tepat supaya budak tu tak akan dapat dekati riskarl. Aku yakin dia dekat dengan riskarl sebab popular je!" Kata allysha yang menyokong daneesha sambil menepuk lengan kawannya itu.

Sabrina hanya membuat mukanya apabila ditegur oleh allysha.

"Dah cukup! Okay baik. Dan kau sara pastikan ada gambar jangan cakap je! Aku akan sabar dan pastikan yang riskarl harus suka kat aku. Aku akan goda dia esok!"kata lieona tekad dan dia mengengam kuat tangannya itu.

Rakan rakannya hanya memandang kearah lieona yang tengah menahan amarah dengan senyap.

********

Petang itu, akan mengadakan pertandangan bola keranjang untuk pelajar lelaki form 6 dan hal itu sudah tersebar ke area form 1 sampai form 5 dan mereka semua berpakat untuk menyaksikan.

Ia disebabkan Riskarl Hyden, jejaka tanpam itu juga mengambil bahagian untuk pertandingan petang itu.

"Ina jom kita tengok bola keranjang nak???" Ajak izora sambil diikuti anggukkan dari sekembar syura dan syira.

"Aikk sejak bila korang suka bola keranjang ni?"tanyaku pelik melihat aksi dari mereka itu.

"Sejak si handsome tu join. Dahla jom gerak nanti takdapat tempat." Kata izora dan terus menarik tanganku untuk mengikutinya sambil diekori oleh kembar itu.

Bila tibanya digelanggang itu, kelihata  ramai pelajar yang tunggu disitu termasuklah para guru.

Kelihatan cikgu khalisah yang memakai baju sukan ketat duduk sebaris dengan para guru. Aku memandang pelik kearahnya kerana dia selesa ke pakai baju ketat begitu.

"Hm izora saya nak tanya boleh?" Kataku perlahan.

"Tanya apa."

"Cikgu khalisah memang suka pakai baju ketat eh?" Tanyaku dengan teliti sebab khuwatir yang ia kedengaran salah faham or kedengaran mengumpat.

"Ouh dia tu memang, sebab tu ustazah dan ustaz agak tak selesa dengan dia. Bukan tak tegur tapi tulah taknak dengar cakap. Kalau awak perhati 5 orang gadis cantik yang tak bertudung tu, salah sorang namanya lieona. Dia tulah anak saudara cikgu khalisah sebab tu diorang bebas. Tapi mereka pon anak orang kaya so sekolah tak boleh buat apa apa. Yelah mak ayah diorang yang berikan sumbangan sekolah paling banyak." Jelas izora panjang lebar.

Aku hanya mengangguk dan memerhatikan mereka. Tiba tiba aku tersentak apabila mata ku bertemu dengan mata lieona.

Aku dapat rasakan tatapan tajam dan penuh kebencian  yang diberikan lieona kepadanya.

Bersambung...

This Kind Of Pain /| ChangeWhere stories live. Discover now