01

81 16 3
                                        

Suasana itu cerah,secerah wajah gadis berumur 17 tahun yang bernama Aerina Elffiera Binti Shahrizman itu. Dia bukanlah senang dan bukanlah susah, tetapi hanya orang biasa yang serba cukup makan dan pakai. Dia sentiasa bersyukur kerana walaupon dia hanya mempunyai ibu sahaja. Ayahnya sudah meninggal dunia semasa dia berumur 9 tahun lagi.

Walaupon hanya sekejap sahaja merasai kasih sayang seorang ayah tetapi aerina tetap menyayangi ayahnya hingga keakhir hayatnya.

"Umi! Ina pergi sekolah dulu ye, tak nak lambat sebab ni first day ina kat sekolah baharu." Kata aerina yang sudah memakai kasut dihadapan pintu rumah mereka.

Puan Liza,umi aerina bergegas kehadapan untuk melihat anak gadisnya itu.

"Dah nak pergi sayang, okaylah hati hati ye. Nah duit belanja, nanti balik jangan lupa panaskan lauk dalam peti ais tu sebab umi balik lewat sikit harini. Bolehkan sayang" kata umi lembut sambil menatap wajah anak gadis kesayangannya itu.

"Kasihan anakku" sayu puan liza, ummi aerina dalam hati sambil mengusap kepala anak gadisnya.

Aerina tersenyum manis.

"Ina okay jela umi. Umi pon hatu hati, sebab balik malam malam bahaya." Pesan ku kepada umi.

Bagiku hanya umi lah satu satu manusia yang paling berharga baginya. Tanpa umi mungkin aku tak mampu hadapi cabaran dunia ni seorang diri.

"Baiklah kalau macam tu. Dah pergi lekas, nanti hari pertama dah lewat" gesa umi sambil menolak bahu ku lembut.

Aku melihat jam tangan.

7.05 pagi!

"Haish! Salah umi la ni. Bye Assalamuaikum!" Kata ku dan terus melangkah keluar selepas menyalami tangan umi.

Puan Liza hanya mengelengkan kepala melihat keletah anak gadisnya itu.

"Kita pulak disalahkan pulak." Kata puan liza perlahan dan terus melangkah kedapur untuk berkemas.

*********

Sepanjang perjalanan kesekolah, aerina bagaikan pelumba basikal kerana dia memecut dengan sangat pantas. Sehinggakan motor yang lalu pon kalah dengan kayuhan penuh tenaga oleh aerina.

7.15 pagi.

"Fuh sempat sampai, ingatkan tak sempat tadi." Kata ku kecil dan menolak perlahan lahan basikal dan terus menuju kearah tempat yang disediakan sekolah untuk pelajar yang menaiki basikal.

Tempat pertama yang aku harus tuju ialah bilik guru. Yelah aku kan murid baru so kena jumpa guru yang bertanggung jawab then baru tahu aku masuk ke kelas mana.

Disebabkan tahun ni aku SPM, so umi cadangkan aku berpindah ke Sekolah Menengah Klaster Kecemerlangan Convent Bukit Nenas yang menurut kawan umi, sekolah ni bagus dan banyak melahirkan pelajar cemerlang.

Setibanya ke bilik guru aku menyapa guru yang berwajah manis bertudung pink tersebut.

"Assalamuaikum cikgu, maaf menganggu boleh saya berjumpa dengan Cikgu Khalisah." Sapaku lembut kepada cikgu tersebut.

"Hmm saya lah tu kenapa." Kata cikgu tersebut sambil lewa.

"Ceh salam aku pon tak jawab, harap muka je lawa tapi sombong." Kata ku jengkel dalam hati.

"Saya pelajar baru dan saya nak tanyalah, yang saya ni akan masuk ke kelas mana ye." Kata ku yang cuba bersuara sebaik mungkin.

"Ouh okay jum ikut saya." Kata cikgu tersebut dan terus melangkah penuh gaya.

"Mak aihh, kebaya ketat sia. Perghh, tak malu ke sia. Semua cikgu kat sini macam ni ke. Harap murid murid kat sini semua okay lah Yaallah." Doaku dalam hati dan membuntuti cikgu yang jalan lengang lenggok dengan debaran.

This Kind Of Pain /| ChangeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang