09

42 6 0
                                    

Aerina menutup telinganya apabila terasa seperti seseorang memanggilnya.

Aerina~

Aerina~

Aerina~

Sayup sayup mendayu dayu memanggil nama ku membuatkan aku semakin takut.

Tolonglah ,aku tak kacau kau!

Setitik demi setitik air matanya jatuh.

"Marilah berkawan dengan aku aerina! Kerana lepas ini lebih teruk kau dikenakan ! Kalau kau berkawan dengan aku, hidup kau akan sempurna tanpa dibuli oleh sesiapa!" Kata entiti ghaib tersebut.

"Aku tak nak , aku redo. Lagipon aku tak kacau kau!" Kataku perlahan sambil menutup mata.

Tiba tiba pintu bilik stor terbuka, dan aku mendongak kelihatan wajah zahari yang muncul.

Aku terkesima!

Macam mana dia tahu?

"Adik okay ke? Mari sini jom abang tolong" kata zahari lembut dan menolong aku bangun, dan aku terjatuh sedikit kerana kakiku terasa lemah akibat ketakutan.

Nasib baik  abanh zahari sambut, kalau tak terlentang aku jatuh.

"Terima kasih tolong saya , abang zahari." Kataku ikhlas.

"Sama sama, ni pon abang ternampak. Kalau tak, tak taula macam mana. Sebab kat sini jarang orang lalu lalang. Lain kali kalau geng lieona atau budak sarah tu ajak jumpa, abaikan je. Diorang memang melampau!"

Aku menunduk.

"Tapi apa salah saya." Kataku dengan suara serak.

Zahari terdiam dan meneruskan memimpin aku menuju ke bilik sakit.

Aku whatapps izora dan mengatakan aku sudah dijumpai lalu dibawa ke bilik sakit.

Aku ternampak yang izora kelam kabut masuk untuk berjumpa dengan aku.

"Wehhh yaallah risau aku tau. Kau macam mana okay tak!"

Aku tersenyum dengan keperihatinanya itu.

"Aku okay jela, ni nak rehat je." Balas ku lemah.

"Okaylah kau rehat dulu ye, aku nak ke kantin ni. Kau nak apa apa tak?"

Aku mengelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Okaylah bye!" Selepas izora berlalu, aku terus menutupkan mata untuk tidur sebentar.

*****
Pov lieona

Dendam aku belum berakhir, dia ingin memisahkan  persahabatan aerina dan izora! Selagi perempuan  tu tak terseksa selagu tak cukup untuk aku.

Aku berjalan berlenggang lenggok menuju kearah meja izora yang sedang makan bersama rakan sekelasnya yang lain.

"Hai izora"

Izora memandang wajah ku pelik sebelum membalas sapaanku.

"Kesiankan akak tengok kau ni. Yelah ada crush pon tak dilayan tapi tiba tiba crush suka orang lain. Tapi orang tu kawan sendiri. Kesiannnnn." Ejekku yang sengaja memanjangkan perkataan kesian itu.

Aku nampak akan perubahan wajah izora.

And yes itu yang aku mahu!

"Apa maksud akak, saya tak paham?"

"Alah kau ni izora, jangan nak berlagak baik. Kalau kawan sendiri rampas lelaki yang kita suka. Lawa  je balik!" Hasutku dengan wajah yang ceria.

"Betul kak, saya tak paham. Kawan yang mana ni!?"

Aku mendengus kuat!

"Alah budak baru tulah. Aerina Elffiera! Dia itu semua jantan dia nak. Mula mula goda Riskarl kemudian Megat zahari tak lama lagi nak goda kawan kawan diorang. Maklumlah orang miskin nak pakwe orang kaya. Wil dah lumrah hidupkan." Sindir ku pedas. Aku melihat muka izora sudah merah padam.

Izora terus bangun dan berlalu dari situ dengan membawa air bottlenya.

"Kalau dia jirus muka betina tu dengan air lagi bagus! Eh jomla kita tengok!" Kataku dalam hati dan bernanyi riang. Yelah nak tonton drama swasta murahan.

HAHAHAHAHAHAHAHA.

***
Pov Izora

Aku menolak kasar daun pintu bilik sakit itu dan terserlah wajah terkejut aerina.

"Eh izora ko datang? Aku baru nak siap siap balik kelas. Yelah bosan duduk sini. Jom." Kataku ceria dan saat aku ingin gapai tangannya , tangan aku ditepis.

Aku tersentak dan terus memandang wajahnya yang kelihatan marah.

"Siapa yang selamatkan kau"

Aku mengerutkan dahi.

"Tadikan aku dah cakap ada sorang laki ni yang selamatkan sebab kebetulan dia ada kat situ masatu." Balasku jujur tetaoi disebabkan marah izora tidak nampak akan itu.

"Ouh lelaki . Lelaki tu zahari kan! Jawab lah!" Tengking izora.

Tengkingan izora membuatkan tersentap seketika?

Bagaimana izora tahu dan kenapa dia begitu marah?

Bersambung ♥️
Harap setia menunggu dan jangan lupa vote dan comment🌟

Luv yah♥️

This Kind Of Pain /| ChangeWhere stories live. Discover now