"Setan betul, sape lah pergi langgor aku pagi pagi buta ni! Spoil mood betul, aku dahla sakit perut ." kata ku dalam hati sambil memegang pinggang yang sakit.Sedang aku merungut rungut menahan kesakitan sambil menepuk nepuk tangan yang kotor terkena pasar ,aku terlihat satu tangan putih yang ingin membantuku bangun.
Aku pon mendongak untuk melihat siapakah gerangan tangan putih tersebut.
Ohyemgi! Riskarl!
Adakah ini jodoh! Kenapa antara banyak banyak lelaki di malaysia ni, aku perlu jumpa dia? Waeeyoooo!
Lolongku sambil mengerut gerutkan dahi.
Riskarl memandangku dengan wajah pelik.
"Haih pompuan ni dah kenapa? Macam pandang hantu je. Ke muka aku dah hodoh sebab peluh?" Kata riskarl dalam hati sambil tangannya setia ingin menyambut aerina.
"Aerina Elffiera, awak okay ke? Cepatla sambut tangan abang ni sayang. Lenguh dah ni." Kata riskarl lembut yang melihat gadis itu terpaku.
"Harghhhhh" jeritku dalam hati.
"Dia panggil aku cayanggggg! Ohyemgi. Jangan jeles awak!" Kataku dalam hati.
Dengan muka yang merona merah , aku menyambut huluran tangan riskarl untuk bangun.
"Awak okay ke? Maaf sebab terlanggar awak, abang betul betul tak sengaja." Kata riskarl lembut dengan menayangkan wajah yang bersalah.
Aku tersenyum kecil.
"It okay lah abang. Hehe salah saya jugak tak tengok tengok." Kata ku lembut.
Cittt, padahal tadi marah sangat. Hahaha
Well crush yang langgar, seribu kali pon aku sanggup.
"Effie pon jogging ke? Rajinnya."
Ehek malu aku, bila crush puji!
"Hehe aah abang. Tapi ikut mood la, klo rajin jogging, kalau malas duduk rumah je. Hmm okay la abang, saya nak balik dah ni sebab tak boleh lambat nanti mak bising. Bye , assalamuaikum." Kata ku laju.
"Ouh yeke , baik waalaikumsalam. Jalain baik baik."
*****
Di sekolah
"Awak nak tau tak aerina. Ada sorang abang ni, nama dia Megat muhammad Zaharin. Sedapkan. Rupa dia pon mashaallah sumpah kacakss. Ehek!" Kata izora kepadaku dengan wajah ceria.
"Haha ,yang kawan abang riskarl tu eh?"
"Aah aku nak kasi coklat kat dia, tapi malu. Yela dia ramai peminat so aku risau la dia tolak ke." Keluh izora.
Aku hanya memandangnya dengan simpati. Nak buat mcm mana hanya riskarl and the geng je abang abang form 6 yang kacaks. Yang lain boleh laaaa.
"Takpe nanti aku temankan kau jumpa dia okies baby?" Pujukku sambio memeluk bahunya.
Izora kembali tersenyum ceria.
"Betul ke ni?!"
Aku mengangguk laju dengan yakin.
Izora menjerit tak ingat dunia dan terus memelukku ketat ketat.
"Sayang kau!"
"Ye sayang kau jugak. Tapi kalau syura dengan syira ada lagi bestkan. Diorang tu ada jeee idea gila nak buat." Kataku yang teringatkan si kembar yang happy gi lucky tu.
"Kan hmm , takpe lah jom ikut aku dengan girls yang lain makan kfc. Dont worry ,aku belanja" kata izora dan pantas aku menggangguk tanda setuju.
Yelah makan free beb, sape tak setuju dia gila lah!.
Petang itu girls day out best ever for me!♥️
Bersambung♥️
Sila menanti dengan sabar dan jangan lupa tekan butang vote♥️Luv yah!

ANDA SEDANG MEMBACA
This Kind Of Pain /| Change
Mystery / ThrillerAerina, gadis comel yang pendiam dan meminati jejaka popular sekolahnya itu Riskarl. Disebabkan presaannya itu dia terseksa! Dibuli ! Semua yang ada disekolah itu kejam ! Dibuli sekumpulan gadis gedik, kaya dan cantik disekolah itu membuatkan Aerina...