⚡ PROLOG ⚡

597 52 36
                                    

━ (?)

━ (?) ━  Siapa kau sebenarnya?

.

                                              "SIAPA kau ni, ha?" Sisa-sisa elektrik keluar dari kaki budak itu setiap kali langkahnya menghampiri alien-alien tersebut... melintasi tiap belon-belon pecah di sekelilingnya.
 
   Mata merahnya memandang tajam alien berkepala kotak itu. "Kenapa... kenapa kau buat semua ni?"
 
   "Kenapa... err, arr... sebenarnya... sebenarnya..." Tergagap Adudu cuba mencari alasan. Aduh, menyesal dia bermain-main dengan fobia belon meletup budak ini!

   "Sebenarnya apa!" Pedang halilintar  dikeluarkan mendadak.

   "Ergh, sebenarnya..." Nyawa Adudu diselamatkan oleh sampukan Probe. "Sebenarnya ni parti hari jadi kau!"

    "Parti hari jadi?" Adudu memandang pelik ke arah Probe. Nak reka idea pun rekalah yang munasabah sedikit! Probe pula sudah berpeluh-peluh, janganlah ditetaknya seperti tadi!

   Suasana menjadi tegang dan janggal buat seketika. Wajah berkerut budak itu lama-kelamaan berubah drastik menjadi teruja. "Huh? Betul ke ni? Parti hari jadi aku?"

   Patutlah banyak belon dan ada komputer pakai kostum badut! Hari jadi dia rupa-rupanya! Seronoknya!

   Tercengang Adudu dibuatnya. Budak ini memang ada masalah identiti ke. Dia beralih ke arah Komputer yang bersuara. "Nampaknya dia betul-betul ingatkan ini hari jadi dia. Ingatan dia semakin teruk."

   Adudu lantas mengiyakan. "Ha... ha'ah! Inilah parti hari jadi kau."

   "Ya, ya. Yang seksaan tadi tu, kita orang berlakon jeeee eh! EH!" Percakapan Probe terhenti tatkala kapal angkasa mereka bergegar teruk. Lampu mula berkelip-kelip sebelum terputus akhirnya. Masing-masing terus menghempap lantai kecuali Komputer yang tergantung di siling.

   "Apa benda berlaku tadi?" Adudu bingkas bangun. Sepertinya kapal angkasanya berlanggar dengan sesuatu. Tak logik kena langgar dengan burung sampai bergegar macam ni!

   "Kau orang ajak kawan-kawan yang lain ke nak datang parti hari jadi aku?" Aduh, budak ini tak habis habis dengan hari jadi dia.

   "Tak akanlah, kita sambut berempat je." Probe pun turut masuk air bersama.

   "Incik bos, nampaknya ada orang pecah masuk kapal angkasa kita! Kelajuan dia... seperti kilat." Komputer melaporkan analisanya kepada Adudu.

   Mata Adudu terbeliak besar. "Kelajuan seperti kilat? Apa maksud kau?" Serentak dengan itu, pintu bilik seksaan dirempuh seolah pintu kertas sahaja.

   Seorang lelaki dalam sut besi berwarna merah berjalan masuk ke dalam bilik seksaan itu. Adudu pantas mengarahkan Probe. "Probe, hapuskan dia!"

   "Baik, bos!" Probe terus bertukar menjadi SuperProbe dan mara laju menggunakan gerudinya. Lelaki itu sekelip mata menghilang kemudian muncul di belakang Probe. Belakang Probe digores kasar dengan pedangnya.

   "Probe!" jerit Adudu.

   "Aaaargh!" Badan ungu Probe bertukar menjadi perang. Tidak sempat lelaki itu menyimpan pedangnya, satu serangan  dikenakan pada belakang tengkuknya namun segera dia halang memakai pedang.

   Mata itu menyambut pandangan merah menyala dari budak itu. "Jangan sentuh kawan-kawan aku!"

   "Bo..."

   "Incik Bos, tak boleh panggil dengan nama sebenar dia. Nanti ingatan dia akan pulih." Komputer sempat membisikkan pada Adudu. Entah mengapa, setelah pesanan itu dilontarkan, muncul sengihan pada lelaki itu.

   Adudu mengetap giginya. "Adada, hapuskan si tak guna tu!"

   "Terima kasih kerana jagakan anak aku buat sementara." Budak itu tersentak mendengarnya. Bahunya yang menegak perlahan-lahan turun sendiri. "Ha?"

   Pedang itu 'Adada' alihkan ke sisinya.

   "Mari pulang."

   Adada terkaku.

   "Adada."








⚡⚡⚡

BAB 1 AKAN DIUPDATE PADA 13 MEI

Jadi mohon menunggu dengan sabar. 😔 Macam mana dengan Prolog kali ni?

Bila aku nak mula tulis novel Adada ni, tiba-tiba aku tertarik nak dengar lagu Jepun. Ada apa-apa ke ini. 👁️👄👁️

Ah, lagi-lagi lagu dekat video atas dekat gila dengan Adada kita 😏✨

Adada (BBB) Where stories live. Discover now