Bab Tambahan ✨ T

111 16 8
                                    

                                                IRIS coklat miliknya mula berkaca-kaca. Telinganya tidak mempercayai apa yang baru dikhabarkan. Dia mahu bertanya, menjerit, tetapi lidahnya terikat dari mengatakan apa-apa. Bahunya terhinjut apabila Tok Aba menghentak meja dengan kuat.

   "Apa maksud kau? Mana cucu aku?"
 
  Adudu tertunduk, begitu juga dengan Probe. Terkulat-kulat Probe cuba memberitahu. "Betul! Bukan kita orang! Bukan kita orang yang culik dia!"

  "Habis tu siapa yang ambil dia pagi tadi ha?" Ying sudah menempelak Probe. Tanah menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. "Jadi... Petir kena culik dengan siapa?"

  Tiba-tiba leher baju Adudu ditarik Angin. "SIAPA DIA? BUKAN KAU KE YANG CULIK PETIR TADI?"

  "Aku... aku sumpah tak tahu! Dia tiba-tiba ceroboh kapal angkasa aku. Lepas tu habis kapal aku rosak." Adudu menafikan. Kepalanya ditolehkan sekilas pada kapal angkasanya yang terhempas tidak jauh dari mereka.

  "TAK TAHU? JADI APA SEBAB KAU CULIK DIA? KENAPA KAU CULIK DIA?" Angin mula hilang kawalan, menerbangkan Adudu dan Probe jauh darinya. Terhentak mereka berdua pada dinding kayu pondok berhampiran.

   "BoBoiBoy dah mula hilang kawalan!" Gopal menjerit sambil menunding pada Angin. Langit-langit pun sudah mulai kehitaman tanpa guruh dan petir yang memancar.

  Yaya pantas terbang mendekati Angin, namun dia tercampak jauh ke belakang. Ying lekas mendapatkan Yaya yang merengek kesakitan. "Yaya, kau okey ke?"

  "Okey, tapi rasanya aku tak boleh dekat dengan Angin. Pelindung dia kuat sangat!" Yaya merujuk kepada pusaran beliung yang mengelilingi Angin, Probe dan Adudu.

  Tanah terpaku pada Angin yang kelihatan samar-samar di dalam puting beliung itu. Ah, apa dia nak buat? Apa dia nak buat? Objek-objek yang lain pun mula terbang sekeliling pelindung Angin tersebut.

  Tok Aba berpaut pada tiang kedainya. Kuat betul pusaran angin hingga ke sini terasanya! "Kita kena tenangkan Angin tu dulu!"

  "Macam mana nak tenangkan dia, tok?" Gopal yang memeluk tiang sebelah bertanya. "Nak dekat dengan dia pun tak boleh!"

  Adudu dan Probe sudah berpelukan antara satu sama lain. Masing-masing menggigil ketakutan. Nak keluar dari beliung ini, risau mereka akan terpusing-pusing pula. "Betul, kita orang tak tahu!"

  Probe menambah. "Dia pun laju macam kilat! Kita orang pun tak sempat nampak muka dia!"

  Tetapi setiap apa yang dikatakan langsung tidak didengari Angin. Sebaliknya dia sudah meringkuk dalam keadaan terapung, seolah-olah menahan kesakitan yang amat. Tiba-tiba, anak kecil itu meraung. "ARGHHHHH!"

  "TANAH PENCENGKAM!"

   Keluar tanah-tanah lalu mencengkam tubuh Angin. Pada mulanya puting beliung semakin deras berpusing, namun ia semakin lama semakin perlahan. Barang-barang yang mengelilingi mereka pun satu persatu jatuh ke tanah, menampakkan dengan jelas Angin yang telah dicengkam oleh tanah.

   Perlahan-lahan Tanah menggerakkan tubuhnya menghampiri Angin. Begitu jugalah dengan kawan-kawannya yang lain. Mata Tanah terbeliak saat bertembung bersama mata biru milik Angin.

   "Angin?"

   Sejak daripada itu, namanya mula bertukar. Daripada Angin bertukar menjadi Taufan. Dan mungkin dari hari itulah, BoBoiBoy kerap menggunakan kuasanya.

  Lebih-lebih lagi apabila marah.

  Di dalam benak kepalanya, mungkin BoBoiBoy rasa apa yang dia rasa sejak Petir hilang. Rasa dikhianati dari orang terdekat, buatkan dia berjaga-jaga apabila bertemu orang yang baru.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now