Bab Tambahan ✨ B

83 14 11
                                    

                    HALILINTAR duduk bersila. Gopal pula sudah memeluk lutut. Manakala, Ochobot... hrm, dia istimewa sikit, sebab dia selalu terbang dua puluh empat jam. Namun, apa yang dia orang buat duduk bertapa dekat atas rumput ini?
 
   "HAHAHAHA, selamat datang! Selamat datang! Ke... pertunjukan BoBoiBoy Blaze!" Serentak dengan itu, Blaze melompat gimnastik berserta efek api mengikuti jejak langkahnya. Dua kali pandang seperti menonton sarkas sahaja!
 
   Yang paling tidak tahannya, mereke bertiga bukan sahaja penonton, malah terdapat banyak ekor ayam duduk beratur menikmati persembahan Blaze. Eh, tak takut jadi ayam panggang ke?
 
   "Kau orang dah bersedia?" Blaze mengeluarkan bebola apinya.
 
  "Blaze, apa kita buat dekat pad..." Kekeliruan Hali makin bertambah bila ayatnya dihalang oleh bunyi-bunyi ayam yang riang berkokok. Amboi, teruja mengalahkan manusia!

   "Bagus! Bagus! Bagus! Jadi kita akan mulakan persembahan kita dengan... GEGELUNG BERAPI!" Blaze pantas membentuk gelung berapi.
 
  Baru sahaja Hali ingin mengangkat tangan, menguja soalan namun dia dicelah Gopal.

  "Jangan tanya."

  "Cepat, Ochobot. Meow, meow!" Blaze sudah menunduk ke arah Ochobot, seperti memanggil kucing comel. Tetapi yang dia dapat hanyalah pandangan menyampah oleh Ochobot. "Kau ingat aku kucing ke?"

  "Haih... Blaze.. Bahayalah. Nanti terbakar padang ni macam mana?" marah Halilintar malangnya langsung tidak masuk ke dalam telinga Blaze. Dia sibuk menunjukkan bakatnya ke arah 'kawan-kawan'nya. Eh, bakar kawan-kawan dia baru tahu!

   "Sebab bahayalah dia bawa aku." Bergerak-gerak pipi Gopal mengunyah burger sambil berkata-kata. Melihat reaksi Halilintar, pantas dia berdalih membela diri. "Eh, aku tak tukar rumput ni jadi makanan, en? Aku beli tadi. Janganlah buat muka macam tu!"
 
   Perhatian mereka teralih semula ke arah persembahan Blaze. Sudahlah dipaksa tanpa rela, risiko mereka terkena api makin tinggi pula itu! Blaze kemudiannya menerbitkan bebola-bebola api bagi acara seterusnya.
 
  "Okey, tengok ni! Kau orang pasti akan terpegun dengan persembahan aku kali ini." Blaze memberikan ucapan bongkak buat pertama kali. Terus dia melambung tiap bola dalam bentuk pusingan.

   Sekelip mata, bola-bola dilontar ke atas langit lalu laju masuk ke dalam mulut Blaze!

  "Blaze!" Halilintar pantas mahu menyergah Blaze. Sekali dengan ayam-ayam pun ada yang pengsan di kalangan mereka! Boleh pula budak ini pergi telan api! Tahulah nama dia Blaze!

   "Fuuh!" Tiupan oleh Gopal menghilangkan kepanikkan mereka semua ( Halilintar dan ayam). Blaze pula sudah tercungap-cungap mengunyah dan menelan dalam masa yang sama. "Ahhh, panas betul cekodok ni! Tapi sedap!"

   "Kannn... terbaiklah." Gopal menjongketkan keningnya dengan wajah bangga dipamerkan. Hingga tidak sedar wajah yang lain sedang merenung dirinya.

   "Kau kata dia bawa kau sebab bahaya. Tapi kau dengan dia sama je bawa bahaya!" tengking Halilintar.

   "HUHUHU... ampun BoBoiBoy!"
  
   "PRIIIIT!" Tiupan wisel mengejutkan mereka. Dari jauh dapat diperhatikan pegawai sekali berlari laju... tak, terlampau laju!

   "Itu... Ying?"
 
   "Ah, sejak bila dia buat kerja sambilan dekat sini? Bukan dia tengah belajar sama sama dengan Yaya ke?" Gopal panik berlari meragut tangan kawan-kawannya. Sampai tidak sedar dia mengheret kepak ayam dari tadi. Habis dipatuk-patuk dia oleh ayam berterusan.
 
   "Yang kau kacau kawan aku buat apa?" Blaze menyergah Gopal seraya kakinya laju diorakkan. Namun, mereka berdua pula dijerkah Halilintar. "Yang kau orang buat kerja gila kenapa?"
 
   "Eh, kau orang jangan lari!"
 
   Teriakan Ying meremangkan bulu roma mereka. Apa lagi? Makin lajulah mereka berlari. Aduh, ini lebih teruk dari acara merentas desa! Dengan ayam yang mengibas kepak di sana-sini. Memang kecoh!
 
   "Kuasa Slow..."
 
   "BEBOL..."
 
   "Janganlah, bijak!" Halilintar menepuk kepala Blaze. Ada ke nak baling bola api dekat kawan sendiri?
 
   "KUASA SLOWMO!"

   Persekitaran mereka serta-merta perlahan tanpa disedari. Ying laju berlari ke arah mereka. Meskipun begitu, kelajuan Halilintar lebih mengatasi ruang masanya.

   "Pap!" Tidak fasal-fasal kakinya digapai oleh Blaze dan Gopal. Hampir gila Halilintar dibuatnya. Dengan suaranya dalam kelajuan 0.25x, dia menengking dua makhluk itu sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

   "Lepaskanlah kaki aku!"

   "Tak nak, kalau buat sama-sama, kenalah tanggung sama-sama!"

   "Kau yang heret aku datang sini!"

   Jam pada tangan Ying mula menyala-nyala skrinnya, sekaligus menandakan had kuasanya telah tamat. Automatik mereka tersungkur ke hadapan secara berjemaah. Saat mata dibuka, Ying sudah berada di hadapan mereka.

   "Mana lagi kau orang bertiga nak lari lagi?" Ying bercekak pinggang, menampakkan aura garang sebagai pegawai keselamatan sambilan. Terkecut perut Gopal dibuatnya hingga dihalang-halang matanya dari melihat Ying. "Huhuhu, maafkan aku, Ying. Ini semua pengaruh rakan sebaya."

   "Eh, kejap bertiga?" Blaze tersedar sesuatu. Dia perlahan-lahan menoleh ke arah Halilintar. Kedua-dua mereka seakan menerima isyarat yang sama.

   "MANA OCHOBOT?"

   Kokokan ayam bergema di padang bola tersebut. Ochobot cuma menerima takdir dia disepak dan ditendang oleh sekumpulan ayam itu. Memanglah dulu dia pernah menyamar jadi bola, tidak mungkinlah dia kena berlakon jadi bola sekarang.

   "Hoi... hoi..."

   Seekor ayam berlari laju menanduk Ochobot. Melalui hukum inersia, Ochobot terbang laju menjaring gol buat pihak ayam. Bersorak gembira ayam itu ibarat waktu matahari sudah naik.

   "Hoi...."

   Berani dia orang tinggal dia dekat sini?

...

   "Kau tinggal Ais seorang-seorang bekerja dekat sini?" Kedua-dua BoBoiBoy itu menunduk ketika berhadapan Gempa. Ini lagi jauh menakutkan daripada bertemu Ying tadi!

  Ais selamba mencuci pinggan sementara Blaze dan Halilintar teruk dimarahi Gempa. Siapa suruh dia orang tinggalkan dia seorang diri bekerja dekat sini? Nasib ada Taufan dengan Tok Aba datang menyapa. Kalau tidak, dia ajak pelanggan tengok gambar makanan sama-sama sahaja tadi.

   Blaze bermain dengan dua jari telunjuknya. Halilintar kemudian membuat keputusan berani mati, bangun menidakkan. "Dahlah tu, Ge..."

  "Huh?"

   Sudahnya, Halilintar menyertai Blaze dan Ais dalam tempoh denda mereka. Ergh... menakutkan.







✨✨✨

Yaaaaay! Lepas ni bab Taufan pula. Hahaha, setelah apa yang terjadi, mestilah nak tahu apa jadi dekat Taufan lepas kehilangan Halilintar, kan? Ke aku seorang je yang tunggu?

Jadi kalau nak, tulislah satu puisi. Itu pun kalau rajinlah. 😔

Okeylah tulis puisi dari aku minta kau orang Iphone 14 atau kucing terbang. Menangis kau orang nanti.

 
   

Adada (BBB) Where stories live. Discover now