A ⚡ 11

135 29 7
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
Kau orang kenal aku ke?"

.
.
.

                                   "JADI murid tok?" Wajah spektikal ditayangkan ke arah Tok Kasa yang sudah  bersinar-sinar efeknya. Macam tak betul sahaja atuk ini, entah apa yang diajarnya aku nanti.

   "Nah, Adada." Ying mengalih perhatian Adada dengan menghulurkan sebiji cekodok. "Aku ada banyak lagi. Kalau kau nak, kau habiskan jelah."

  "Ah... erm... terima kasih." Lambat-lambat Adada menyambutnya. Tok Kasa cuba menyampuk tetapi dipintas oleh Ochobot. "Ha, makanlah banyak-banyak. Nanti kalau kau dah okey, boleh kita cari 'ubat' untuk penyakit kau."

   Mata Ying membulat besar. "Hah, penyakit? Kau sakit ke?"  Habis dilihat sisi sisi Adada, risau ada luka timbul yang tidak kelihatan. Matanya memandang raut Adada,  lagak seperti seorang kakak risau akan adiknya. "Kau sakit kat mana?"

   Terkedu Adada akan reaksi dilontarkan oleh Ying. Laju dia menidakkan. "Tak adalah. Mana ada." Ayat itu diakhirkan dengan jelingan ke arah Ochobot. Mulut main lepas betul si Ochobot ini! Eh, tapi dia tak ada mulut... hrm...
  
     Ochobot melarikan pandangannya dari Adada dan Ying. "Ah, nanti aku cerita dekat kapal nanti." Siling hutan dipandang. Hijau betul pokok hari ini.

   "Kapal?" Dahi Adada berkerut.

    "Ha'ah, kapal tu kita orang guna nak datang sini!" balas Ying.

   Sedang mereka bertiga dalam sibuk berbual sambil berjalan, ada seorang atuk tua terkial-kial berjalan bertongkat dari belakang. "Huh... huh... dasar tak hormat orang tua. Eh, tua apanya. Aku baru 100 tahun." Hrm, dah mula syok sendiri atuk ini.

   "Ding! Ding! Ding!"

   Jam biru Ying menyala terang. Terpapar gambar seorang perempuan berhijab merah jambu pada skrin jamnya. Ying pantas bersorak. "Eh, Yayalah! Yaya hubungi kita."

   Langkah Adada terhenti heran. "Yaya? Kawan... kau ke?"

   Hologram Yaya muncul dari jam saat Ying menjawab panggilan itu. Namun, wajah Yaya tidak seperti yang diharapkan. "Korang, jangan keluar dari hutan tu! Sekarang ramai pengawal tengah ronda bandar ni."

   Jantung Adada terasa melompat ke kerongkongnya. Nafasnya menjadi tidak teratur. Tubuhnya kaku memikirkan akan 'ayah angkatnya', Raja Keraunos..., Raja Keraunos tengah cari dia ke?

   Ying perasan air muka Adada yang berubah lantas memandang jamnya."Tak apa, kita orang akan cuba cari jalan lain. Kita boleh jumpa dekat kapal nanti."

   "Okey, hati-hati Ying." Yaya mengangguk seraya senyumannya cuba dikuntumkan, menyorok risaunya.

   Suara Probe tiba-tiba kedengaran. "Eh, aku pun nak masuk kamera jug..." Panggilan ditamatkan.

   "Jadi, mereka tengah cari kamulah ya?" Tok Kasa menyoal dari belakang. Namun, pertanyaaan itu tidak menenangkan Adada sebaliknya membuatkan dia makin tenggelam dalam lautan keresahan.

   Ochobot cuba melembutkan tonanya, menenangkan Adada. "Tak apa, Adada. Kita tak perlu lalu ikut bandar. Pakai jalan hutan pun tak apa."

   "Yalo. Kalau ada apa-apa... kita orang akan lindungi kau punya." Satu pujukan demi pujukan membuatkan Adada terkedu sendiri.... kenapa mereka bersungguh-sungguh mahu menolongnya?

   "Tak apa, mari kita gerak cepat-cepat. Karang pengawal-pengawal tu nampak, tak fasal fasal kita main kejar-kejar," seloroh Tok Kasa seraya dia berjalan ke hadapan terlebih dahulu. Mereka bertiga saling berpandangan sebelum masing-masing mengikuti langkah Tok Kasa.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now