EPILOG

131 18 7
                                    

━ (aku)

━ (aku) ━  BoBoiBoy Halilintar

.

                                             "HALILINTAR!"

     "Ha, ya!" Dia pantas berpusing mengadap ke arah kaunter kedai. Laju dia berlari mendapatkan dulang pesanan pelanggan yang baru diletakkan oleh Tok Aba. Hari ini agak sibuk memandangkan hari minggu, jadi BoBoiBoy terpaksa pecahkan diri untuk membantu Tok Aba.

  Dulang itu dicapainya. Baru sahaja dia hendak melangkah kembali ke para pelanggan, kepalanya yang berselindung topi disentuh Tok Aba. "Tok bersyukur sebab kamu dapat balik."

  Halilintar terkesima seketika. Perlahan-lahan dia melukiskan senyumannya sambil membiarkan Tok Aba membelainya. "Saya pun..."

  Dia ingat lagi, iaitu kali pertama dia sampai di bumi. Tok Aba merupakan orang pertama dia ingin temui. Bila BoBoiBoy berpecah lalu semua memperkenalkan dirinya kembali ke rumah, habis terhambur tangis Tok Aba. Dia pun rasa... itu pertama kali Tok Aba menangis seteruk itu.

  "Ha!" Taufan sengaja memainkan Halilintar, mengambil topinya lalu dibawa lari. Entah apa faedahnya dia dapat. Rasanya mesti hendak tengok reaksi Halilintar apabila topinya dirampas tiba-tiba. Haih, macam-macam...

  Ah, Si Hetir pula sedang tengah sedaya-upaya berusaha menjadi pemerintah di bumi Kilas. Hendak jadi pemerintah seperti Santriantarlah katakan... baru tengok kertas tentang ekonomi rakyat, persetujuan projek serta pendidikan negara barulah menangis kawan. Mujurlah ada si Dakota mahu membantu.

  Keraunos pula... biarlah dia mereput dalam penjara itu.

  "BoBoiBoy, kita orang datang nak lepak!" Gopal teruja meletakkan beg di bawah kerusi. Sempat lagi dia memanggil Gempa untuk membuat pesanan. Namun, kepalanya tiba-tiba diketuk Fang.

  "Kita datang nak ulangkajilah!"

  Fasal Tapops pula, mungkin aku akan terbiasa untuk kenal mereka satu persatu. Lagi-lagi Papa Zola. Bukan dia dari permainan video ke? Ke dia  tak lepas fasa chuunibyou dia.

  "Rasanya dah beberapa minggu dah kau tolak maaf si Adudu tu. Tak apa ke?" Taufan bertanya kepada Halilintar saat mindanya teringat pertama kali Adudu memohon maaf setelah Halilintar pulih ingatan. Mahu murung alien hijau itu tiba-tiba Halilintar layannya diingin.

  Yalah, kalau sudah kena culik sampai terseksa begitu. Siapa tidak terasa hati?

  "Oh, ada meja nak kena kemas." Halilintar mengelak soalan Taufan itu. Dia serta-merta berlari laju lalu mengutip gelas-gelas serta pinggan yang berada di meja tersebut.

  Pantas Taufan mengekori Halilintar. "Eh, kau mengelak!"

  Gempa yang menyusun pinggan yang baru dibasuh Ochobot hanya menyembunyikan tawanya. Dia tahu dari sudut hati, Halilintar sudah memaafkan si Adudu. Cuma adalah sedikit dendam dalam hati dia itu.

  "Janganlah cucuk pipi aku!" Halilintar merenung tajam Taufan yang tidak berhenti-henti mencuit pipinya. Taufan bukan bertambah gerun, bahkan bertambah asyik mengusik Halilintar.

  "Ush, terbaik! Tetiba jadi pikachu!"

  "APA KAU CAKAP?"

  "LARI!"

  Maka, bermulalah aksi kejar mengejar antara Taufan dan Halilintar. Yaya hanya tersenyum senget melihatnya manakala Ying sudah menggeleng kecil. Gopal pula sibuk mengunyah makanan seraya matanya memerhati aksi kejar-mengejar antara Halilintar dan Taufan.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now