A ⚡ 8

175 27 1
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
Adada? "

.
.
.

                                    LANGKAH milik Raja Keraunos serta-merta terhenti. Wajah pengawal direnung tidak percaya saat dipaling. Beku terus tubuh si pengawal apabila dipandang tajam oleh redupan mata itu. Takut-takut dia mengulang.

   "Err... ya, tuanku. Nampaknya seperti proses hibernasi 'dia' telah pun tamat. Baru sahaja Voltrabot..."
 
  "Adada!" Pintu bilik dirempuh tiba-tiba. "Adada dah hilang!"

   Kehadiran dayang mencelah diri dalam perbincangan penting itu ibarat meminta kepalanya dipenggal! Bulu roma dayang itu automatik berdiri tegak. Aduh aduh... dia ini dah tersalah masuk kandang harimau!

   Lagi-lagi pandangan gelap raja Keraunos diberikan kepada dia. Dah tak lama dah ajalnya nak datang!
 
   Bahu yang tegak perlahan mengendur saat keluhan Raja Keraunos kedengaran. "Haih... Adada hilang lagi, dayang?" Watak raja penyayang dimainkan. Siap urut pelipis mata lagi!
 
   Lagipun, ini dayang baru berdekatan sini...
 
   "Tak apa, arahkan pengawal untuk cari dia."
 
   "Ba... ba... baik!" Baru sahaja matanya dikelip sekali, kelibat sang raja sudah lenyap di hadapan mata. "Eh? Tuanku?" Bukan setakat dayang yang panik, dengan pengawal sekali turut gelabah!
 
   "Tuanku?" Sedari sahaja, Raja Keraunos telah berada di luar, berteduh di bawah pohon. Terburu-buru pengawal mengikuti raja Keraunos di luar istana. "Ke... kenapa ni, tuanku?"
 
   Raja Keraunos membisu sambil memegang kerundung oren yang tersangkut pada dahan pokok. Tidak syak lagi... mereka lari cepat dari aku sangkakan.
  
   "Ada... ada penceroboh ke, tuanku?" Tidak semena-mena pengawal itu peramah menegur. Mungkin lihat mood raja ini baik hari ini.
 
   "Mungkin."
 
   Kerundung itu pantas ditarik sehingga meninggalkan garis koyakan panjang di belakang. Raja Keraunos berpatah balik masuk ke istana. "Aku nak ke 'bilik pesakit' kita tu. Dan..."
 
   Tubuh pengawal itu langsung kaku apabila raja menoleh ke belakang. Kali ini raut raja itu ditayang tanpa ekspresi.
 
   "Pastikan cari dan bawa Adada dengan segera."

...

    Atmosfera persekitaran pantas berubah tegang. Ying drastik mengundurkan langkahnya seraya wajah Adada diamati. Budak ini okey ke tak? Dengan darah di sana-sini. Tengok itu, sempat lagi tersenyum! Serba-salah pula nak lawan.
  
   Budak ini betul-betul gila!
 
   "Hah? Nak mengelak! Hahaha, jangan harap!"
 
   "Perlahankan masa!"
 
   Pedang itu digenggam dan jam itu dihidupkan serentak pada masa yang sama. Meskipun masa sekitarnya dilambatkan, Adada masih lagi mampu berlari ke arahnya.

   Ying menghalakan tangannya, menahan bilasan pedang Adada. Berkerut mukanya menerima rasa perit. Rasa macam terkena renjatan elektrik.

   "Tendangan bertubi-tubi!" Adada sempat mengelak ke tepi tanpa sangka pihak lawan sudah mengubah cara pencaturan. Kaki Ying beralih bertapak pada dada Adada sebelum dilancarkan sepakan bertubi-tubi!

   "Ergh!" Pedang itu dihunus pada tapak kaki Ying baru Ying terus mengundur semula ke belakang.

   Ying memandang jamnya. Tinggal 30 saat sahaja lagi kemudian masa akan jadi normal semula.
  
   Ying menjengil lelah ke arah Adada yang masih belum mengalah. "Hentikan! Lagipun... apa yang kau dapat lawan dengan kita orang?"

   "Huh..."

   Aiya, dia cakap laju sangat kan?
 
   "Beeeeerheeeeeentiiiiiii..." Eh, tak fasal-fasal ada robot kuning ini mencelah pula!

   Beep! Beep!
 
   "Aaaaadaaa.... aadeh!" Ochobot serta-merta tersembam ke tanah sebaik sahaja gelombang masa itu tamat.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now