A ⚡ 26

94 11 1
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
"Dia cuba serap kuasa aku... tanpa Voltrabot ke?"

.
.
.

                                              "ADADA?" Sesaat kemudian, bunyi tapak kaki berlari berpusu-pusu kedengaran berdekatan kapal mereka. Adudu dan Probe berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka berdua membuang pandangan mereka ke luar tingkap.

  "Apa jadi? Adudu? Probe?"  Yaya memanggil mereka berdua setelah suasana di sebalik talian tiba-tiba senyap tanpa sebarang respon. Risau jugalah hati ini. Sudahlah dekat sini, kilat berdentum-dentum serta pokok tumbang di merata-rata tempat. Bahaya!

  "Ha, ha. Tadi kita orang nampak ada orang ramai lalu berdekatan sini. Teruk sangat ke keadaan dekat situ?" balas Adudu dengan soalan. Dia bersama-sama Probe masih melihat keadaan persekitaran di luar.

  "Kejap, dekat dengan tempat kau orang tu... ada kawasan lapang, kan?" Ying menyampuk teringatkan kawasan lapang berhampiran kapal di mana Adudu dan Probe berada. Adudu lantas mengiyakan. "Ha, ya..."

  "Bahayalah! Kalau dekat dengan kawasan lapang, makin tinggilah risiko kena panah petir!" Lantang suara Ying dan Yaya serentak memarahi Adudu dan Probe. Selantang guruh yang kuat berdentum sekarang ini. Haih... macamlah dia orang yang pergi dekat kawasan lapang tadi.

  "Habis tu macam mana?" Terkecut Adudu apabila dia tidak semena-mena ditengking begitu.

  "Bawa dia orang masuk dalam bangunan-bangunan berdekatan.  Mungkin boleh bawa dekat bangunan yang BoBoiBoy berlatih tadi. Nanti aku dengan Yaya datang," jelas Ying panjang lebar. Terpinga-pinga Gopal mendengarnya. "Eh? Aku? Aku kena buat apa?"

  "Gopal, kau boleh gunakan kuasa kau untuk lawan Keraunos tu." Tok Kasa bersuara memberi cadangan kepada Gopal. "Tak silap dia orang, katanya Keraunos ni ada geng. Dan mungkin Keraunos bahagikan sut kepada kawannya lagi satu."

  "Jadi, saya kena tembak sut dia oranglah kiranya?" Gopal meminta kepastian, takut-takut. Tangannya sudah diangkat seperti pistol yang sedia untuk menembak.

  "Nampaknya itu sahaja caranya." Tok Kasa mengakhiri ayatnya dengan nada tegang. Sepertinya itu sahaja jalan untuk mengalahkan kedua-dua musuh itu, walau dia sendiri tidak yakin akan keputusannya.

  Yaya tersedar sesuatu. "Eh, kau orang kata yang kapal tu tak ada elektrik? Macam mana dengan bekalan oksigen?"  Yalah, tengah sibuk bersembang dengan Adudu dan Probe. Silap-silap pengsan nanti alien hijau itu.

  "Oh, aku ada pecahkan tingkap tadi. Jangan risau." Probe menjawab seraya muka polosnya ditayangkan. Adudu pula selamba menghalakan kamera ke arah cermin tingkap yang sudah habis bercerai-berai kacanya.

  Yaya sudah terpolong melihat. Ochobot menggaru-garu kepala besinya. "Kau orang tak risau Fang marah ke nanti?"

  "Dah pintu tertutup, nak kita orang mati ke kat sini?" Adudu sepertinya tidak bersalah akan perbuatan mereka berdua tadi. Walhal Probe itu robot... hendak hidupkan dia pun boleh pakai air paip sahaja, macam mana hendak mati lemas tanpa oksigen?

"Ah, tak apa. Yang penting kita kena selamatkan orang ramai tu." Ayat Ying terhenti saat sebuah kilat memancar tepat di hadapan mereka. Hampir-hampir sahaja mengenai limpangan tubuh para pengawal yang terbaring sana-sini. Bahaya betul!

Terhinjut tubuh Gopal gara-gara bahana mengejut daripada kilat tadi. Gopal menoleh Yaya yang bersuara tegang. "Kita orang kena tolong pengawal-pengawal tu dulu. Baru kita orang akan datang kat tempat kau orang," ujar Yaya sambil dia dan Ying saling berpandangan, seolah-olah menerima isyarat antara satu sama lain.

  "Eh, nanti!" Suara Adudu terhenti apabila panggilan serta-merta diputuskan oleh Yaya sendiri. Sementara Gopal sudah menidakkan tindakan Yaya dan Ying mengheret pengawal masuk ke dalam gua. "Kenapa kena tolong dia orang? Dia orang hampir nak bunuh kita kot tadi!"

Adada (BBB) Where stories live. Discover now