A ⚡ 14

119 19 6
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Dekat sini... tempat yang
sesuai untuk belajar
dalam masa yang singkat. "

.
.
.

                              MATANYA meliar memerhati keadaan sekeliling. Namun, dari arah mana dia palingkan, masih tidak dapat ditemukan sumber cahaya. Kening Adada sudah bercantum membentuk kerutan... padahal baru sahaja masuk tadi, takkan tak ada cahaya langsung. Ochobot sudah menjadikan mata elektroniknya sebagai penerang jalan manakala yang lain mula menghidupkan lampu pada jam tangan mereka.

    "Huhuhu... kita dah masuk alam sebalik mata ke?" Gopal mula berprasangka buruk. Tidak fasal-fasal bengkak-bengkok langkah Adudu dan Probe tatkala mereka dipaut oleh Gopal. Sudahlah kena ikat tanpa belas!

   "Baru alam sebalik gua, bukan alam sebalik mata lagi." Adada cuba mencelikkan matanya, mencari arah suara Tok Kasa itu. Badannya tidak semena-mena berlanggar kecil dengan tubuh rendah di hadapannya. Lah dekat sini rupanya. "Maaf, tok..."

   Sementara itu, Gopal sudah gelabah dengan selorohan Tok Kasa. "Tok ni janganlah main-main!"

   "Hoi, hoi, patah tulang besi aku nanti! Kuat sangat kau pegang!"

   Adada menangkap sinaran pelangi kecil yang datang dari lorong kecil. Jarinya ditunding ke arah lorong tersebut. "Itu ke yang tok cari?"

   Tok Kasa menoleh ke belakang lalu tersenyum lebar. "Betullah ni. Tajam betul mata kamu. Tak siap-siap jadi anak murid, tok." Lubang hidung Tok Kasa yang kembang bertambah diameter kembangnya di akhir kata. "Jom kita masuk. Lagipun lorong ni cukup muat untuk Probobo dan Padudu untuk masuk."

   Adada menggaru pipinya, hairan. "Probobo? Padudu?"

   "Oh itu nama manja Probe dengan Adudu." Yaya menjawab persoalan Adada. Ying kemudiannya menambah. "Katanya dia orang dapat masa berlatih dengan Tok Kasa. Entah apa apalah."

    Probe memusingkan tubuhnya menghadap mereka saat terdengar nama mereka dipanggil. "Eh, nama tu tok guru kita orang bagi, tau! Jangan sesekali hina nama tu!"

   "Huh? Bila masa kita orang hina pula?"

   Adada  senyap-senyap memanjangkan leher, cuba mengintai Adudu di belakang Probe. Entah mengapa sejak malam semalam, mulut Adudu seakan-akan terkunci daripada bersuara. Tidak mungkin Adudu rasa bersalah sebab pernah mengambilnya dulu? Namun, dengan memorinya yang kosong tanpa apa-apa... dia tak tahu hendak rasa bagaimana. Entahlah... mungkin perasaan dia kot.

   "Adada, kenapa kau termenung lagi tu? Jomlah masuk! Semua orang dah ke dalam dah!" panggil Ochobot. Ochobot tertunduk ke bawah ketika Gopal memeluknya ketakutan. "Ah... Adada, kau tak takut gelap ke? Jomlah masuk!"

  "Oh... okey." Adada membalas bersama anggukan. Adada terus menghampiri mereka berdua sebelum gerakan yang sama diturutkan masuk ke dalam lorong tersebut.  Dan setiap langkah mereka semakin bergema ke serata gua ketika mendekati ruang seterusnya.

   "Waaah.." Gopal yang berada di paling hujung sudah meluru keluar saat kepalanya menjenguk ke sebalik lorong. Cepat-cepat Adada berlari mengikuti Gopal lantas bayang-bayang yang melitupi wajahnya diganti dengan pandangan yang indah.

   Suasana berwarna warni nian indah menjadi perkara pertama Adada nampak saat matanya dibuka di sana. Rahangnya tidak dapat dikawal betapa luasnya ia terbuka kerana terlalu kagum akan apa yang dilihatnya. Batu batu kristal pelbagai warna tersusun secara berselerak di sekitar ruang itu, namun masih dapat menjaga keharmonian masing-masing.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now