A ⚡ 1

414 41 49
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Siapa kau sebenarnya? "

.
.
.

                                   "EH, kau tahu tak nanti tuanku akan datang melawat kawasan kita!"
  
   "Haaa, yay! Calon suami kaya aku nak datang!"

   "Hoi, hormat sikit! Dia tu putera raja! Bukannya kawan yang kau melepak sama-sama. Erm. Jadi... tuanku dah sembuhlah dari demam teruk tu?"
 
   Bising mulut-mulut warga berkulit merah selaras dengan khabar angin yang tersebar. Masakan tidak, putera raja nak turun padang kot! Mestilah macam pasar bunyinya! Ah, tapi harap tak ada rakyat yang hantar pinanganlah.

  Seorang pak cik tua berkedut kulitnya melintasi di bawah papan. Sedang semua sekeliling sibuk bergosip, membuatkan bunyi skru papan tanda gerai yang longgar tenggelam dalam suara-suara tersebut.

   "Krek..." Pak cik tua itu mendongak ke atas lalu matanya membulat besar. Papan tanda itu kini meluru jatuh ke arahnya!
 
   "Gerakan kilat!"

   Cahaya berwarna merah pantas masuk ke dalam mata mereka. Asap-asap mula terlerai dan menampakkan papan putih yang terjatuh.

   Pak cik tua itu tergamam melihatnya. Aduh, nasib baik dia tak terkena! Kalau tidak... terlepas cerita Tora The Adventure dekat rumah!
 
  "Pak cik, pak cik okey?" Lelaki  itu menurunkan kerundungnya, menampakkan iris matanya yang merah menyala.

   Pak cik tua itu terkejut beruk sehingga terduduk. "Put.. Putera Adada!"

   "Eh, tak apa. Bangunlah, pak cik." Adada membangunkan semula pak cik itu. Riuh-rendah suara di sekeliling melihat kemunculan putera yang disayangi semua!

   "Putera? Putera nak cuba makan di sini? Dijamin sedap sampai menjilat siku!"

  "Tuan putera? Tuan putera dah sembuh dari demam teruk ke?"

   Pandangan mata yang tegang  disembunyikan di sebalik topi Adada itu. Sesungguhnya dia tak suka perhatian yang diberikan. Tetapi terpaksalah...
  
    Adada cepat-cepat memaniskan mukanya. "Susah-susah je, mak cik. Lagipun saya memang nak segera ke istana. Dan ya, demam saya dah kebah, jadi saya teringinlah melawat korang semua."

   Semua terharu lalu mengelap peluh mata mendengarnya. Tak sangka dikurniakan putera sebaik ini!

   Adada mengalihkan pandanganya ke arah pak cik tua itu. "Pak cik mahu ikut saya ke istana? Risau saya pak cik mungkin trauma lepas papan tu nak jatuh atas pak cik tadi."

   "Tak apa, boleh tuanku. Hehehe... buat susah-susah je." Pak cik itu sekadar berbasi-basa. Padahal mukanya jelas nak pergi sangat!

   "Kalau macam tu, jomlah," pelawa Adada. Terus bunyi yang riuh tadi bertukar menjadi keluhan secara teranum berjemaah.

   "Tuan putera datang sekejap sahaja?" Budak itu menyoal monyok.  Bibirnya tercebik-cebik seperti mahu meraung sahaja kejap lagi!

   "Maaflah..." Adada menundukkan tubuhnya selaras tinggi budak itu. "Lagipun saya memang kena cepat pergi istana. Ada hal. Nanti kalau ada masa, saya akan datang ke sini lagi ya!"

   Mata budak itu bersinar terang. "Wah betul ke? Betul?" Perbuatan itu ditegur oleh ibunya. Eh budak ini! Sepatutnya ibu yang teruja di hadapan putera!

   "Betul..."

   Segelintir warga mula menyambung gosipnya. "Wah, mesti pak cik itu dapat kerja! Selalunya putera selalu tawarkan kerja dekat rakyat yang dia selamatkan."

Adada (BBB) Where stories live. Discover now