A ⚡ 5

194 30 18
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Buat apa aku
nak percayakan
kau ? "

.
.
.

                                      CEKODOK itu dimasukkan ke dalam bungkusan satu persatu. Dua orang pelanggan di hadapan kaunter luar kedai sudah meleleh air liur melihat cekodok angkasa. Bila-bila masa cekodok itu akan menyentuh lidah mereka!
 
   Sebuah robot tudung saji berwarna ungu berkata riang. "Uuuu! Betullah kata encik bos. Cekodok kat angkasa ni memang sedap. Belum tengok je dah merasa-rasa dalam lidah!"
 
   Tuan hijau itu memandang pelik robotnya. "Apa kau merepek ni, Probe? Kau mana ada lidah. Lagi satu, bukannya kau boleh makan pun."
 
   "Alah, encik bos. Belum cuba... belum tahu!" Probe menidakkan. Mata robot itu kini bersinar-sinar melihat cekodok itu bertukar tangan dengan tuan Adudunya.
 
   "Semuanya 2 wang kertas."
 
  "EH, kau orang bukan ke kawan-kawan aku?" Semua orang di kedai cekodok itu berpaling ke belakang. Anak siapa pula menjerit tak ingat dunia itu.

   Adudu terbuntang mata melihat sosok yang menuju ke arahnya. Probe apatah lagi, dah berpeluh badan besinya dibuatnya! Adudu menunding jari ke arah Adada. "KAU!"

   Walaupun gaya topinya sudah berubah, memori aliennya masih segar dengan mata merah itu!
 
   "AAAAA!" Probe sudah mencabut terbang meninggalkan tempat itu.

   "Hoi, Probe! Berani kau lari tinggalkan aku!" Adudu pantas mengejar Probe, sekaligus melarikan diri daripada Adada.

   Adada yang melihat kawan dia lari apa lagi, terus kejarlah! Tetapi tidak sangka kelajuan Adudu mampu mengalahkan gerakan kilat Adada. Takut sangatlah tu.

   Penjual cekodok itu terpinga-pinga menghulur tangan. "Hei, kau orang tak bayar lagi cekodok tadi!" Maka, penjual cekodok itu turut menyertai acara lumba lari tersebut.

   "Huh! Huh!" Termengah-mengah Adudu berlari. Malah kereta pun dilompatnya! Ini bukan tahap berlari dah ini, ini dah tahap parkour!

   Sedar-sedar sahaja sudah masuk ke belakang bangunan. Adudu berpaling ke belakang. "Hoi, apa fasal tambah dua orang pula ni?"

   Wajah Adada dan penjual cekodok itu dialihkan dari pandangan. Tak mungkinlah... budak itu...

   Macam mana dia ada dekat sini?
 
...

Beberapa jam sebelum...

    " - - -! "
  
   "  - - -! "
 
   "BoBoiBoy!"
 
   Ochobot tidak dapat duduk diam. Badannya menerawang ke sini dan ke sana melihat keadaan Adada yang tidak berubah walau secubit.
 
   "Dia tipu aku ke apa? Dah sumbat ubat pun tak bangun-bangun." Ochobot terbang menghampiri Adada kembali. Ke sebab dia panggil nama BoBoiBoy, lelaki ini tak sedar-sedar!
 
   Yalah sebab yang dipanggilnya bukan nama yang dia ingat!
 
   "Adada!"
 
   "Adada! Bangunlaaaah! Berapa lagi ubat aku kena sumbat ni?" Ochobot sudah mengoncang tubuh Adada beberapa kali. Gayanya macam nak patahkan tubuh anak orang sahaja. "Adada! Bangun!"
 
   Bunyi seakan belon entah dari mana meletup tiba-tiba. Tidak disangka, bunyi 'pop' tu berjaya membangkitkan Adada dari tidurnya.

   "Huh!" Adada duduk terperanjat. Dia memegang kepalanya yang masih samar-samar ingatannya. Matanya perlahan-lahan memandang sekeliling sambil menahan sakit kepala yang beransur hilang.

   Niatnya nak pergi melawat Santriantar, balik istana, keluh tak ada ubat... kepalanya perlahan-lahan ditolehkan ke tepi.
 
  ... dan jumpa robot pelik ini!
 
   "Ah! Kau sedar juga akhirnya!" Ochobot pantas menerpa memeluk Adada. "Eh, lepaslah!" Adada yang rimas berusaha melepaskan Ochobot dari terus mendakapnya
 
   Ochobot menjelaskan setelah ditolak Adada. "Kau pengsan tadi... lepas kau macam sakit sangat-sangat. Jadi aku sumbatlah ubat-ubat dekat kau.."
 
   "Berapa ubat kau sumbat dekat aku..." Adada terdiam seribu bahasa saat mengangkat kalungnya. Hrm, dari enam belas biji tinggal dua biji.
 
   Rasa aneh mula menyelami robot itu apabila Adada perlahan-lahan menoleh ke arahnya. Dengan senyuman Adada, tahu-tahu sahaja dia sudah laju memecut ke hadapan.
 
   "KENAPA KAU SUMBAT BANYAK SANGAT UBAT?" Adada melemparkan pedang halilintar berterusan pada Ochobot.
 
   Ochobot berulang kali mengelak sambil menjelaskan. "Kau tak cakap pun berapa banyak ubat kena bagi!"
 
   "IKUT LOGIKLAH. UBAT MESTI DUA PIL JE KENA MAKAN. TUNGGULAH AKU DAPAT KAU NANTI!"
 
   "Jangan!"
 
   Hasilnya, habis hitam legam Ochobot jadinya. Adada mengarahkan pedangnya pada Ochobot. Memastikan Ochobot tidak bergerak, tangannya mengambil Ochobot ke dalam pegangannya.
 
   Lantaklah niat baik ke tidak. Dah dia habiskan ubat-ubat aku. Dia kena balas balik dengan ubat yang dia habiskan itu. Jangan harap aku nak tunjuk simpati dekat dia!
 
   "Ah! Kau nak bawa aku ke mana ni!" Cepat betul si Ochobot ini sedar. Ochobot berhenti meronta melihat ekspresi Adada. Tiada apa-apa emosi. Suara pun hilang! Alamak, aku dah buat dia marah ke?
 
   Tumpuan Ochobot tertangkap pada jam tangan Adada.  "Aku rasa, sakit kau mesti berpunca pada jam tangan ni."

Adada (BBB) Where stories live. Discover now