A ⚡ 4

194 31 18
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
" BoBoiBoy...
Siapa BoBoiBoy? "

.
.
.

                                   "TAK sangka kau makin lemah, ya. Kau ni masih berguna atau tidak kepada aku?" Adada menahan pedih apabila mata pedang itu mengenai lehernya.

   Adada cuba mengfokuskan wajah Raja Keraunos dalam penglihatannya yang kabur. Wajah tanpa penuh belas, bagaikan bila bila masa hendak membunuhnya.
  
    "Semakin lama, kau makin tak berguna. Siapa kau sebenarnya?" Mata pedang itu rasa ditarik. Badan Adada automatik kaku dan buntu.

   Ayahda... raja betul betul nak membunuhnya ke?

   "ZAS!" Pedang dilibas.

   "Tuanku, tuanku dah selesai latihankah?" Setiausaha memasuki situasi sengit itu. Adada sudah turun naik dadanya merasakan kolar bajunya yang terkoyak. Rasa lega serta takut dalam masa yang sama.

   "Ya, kami dah selesai latihan." Raja Keraunos menyimpan pedang berserta senyumannya yang tak lekang. "Ada apa kamu nak jumpa beta?"

   "Maafkan patik kerana menganggu. Patik setiausaha pembantu pembesar Guruhan," jelas Setiausaha tersebut.

   "Orang-orang besar hendak berjumpa tuanku. Memandangkan ada kemasukkan kapal yang tuanku tak benarkan... jadi mereka nak berbincang dengan tuanku..."
  
    Setiausaha teralih pada air muka pucat Adada. "Putera Adada... tak apa-apa ke?"

   "Jangan risau, putera beta penat saja tu. Biasalah penat waktu latihan." Raja Keraunos memaniskan muka pada pengawal di pintu istana. "Pengawal, nanti sampaikan pada dayang... sediakan makanan untuk putera beta."

   Raja Keraunos menunduk ke arah Adada. "Adada, ayahda pergi keluar sekejap ya. Kalau kamu nak keluar, keluar sajalah ya..."  Adada yang mematung hanya membiarkan sahaja rambutnya dibelai raja.

   Setiausaha yang melihat mengutum senyum. Benarlah khabar angin yang raja Keraunos sosok raja baik hati. Tengoklah cara dia melayan anakanda angkatnya. Memang satu dalam seribu!

  "Ayahda pergi dulu." Raja Keraunos melambai pada Adada, meskipun Adada tidak memandangnya.

   "Huh... huh..." Kornea mata mula menjelaskan permandangnya, sejelas awan yang bergerak di atasnya. Otaknya kosong, bahkan kepalanya tidak mampu mengungkapkan satu kata pun!

   "Haha..." Entah mengapa tiba-tiba dia terkekek kecil. Terus ketawa besar meletus dari mulut Adada. "HAHAHAHA!"

   Pengawal berdiri mula memandang Adada yang tergelak terbahak-bahak. Serupa macam tengok cerita lawak! Pengawal itu sendiri mengetap bibir, dia sendiri tak dapat tolong Adada yang hampir dipenggal oleh raja, kerana ketakutannya sendiri.

   "Hahaha..." Tawa Adada beransur hilang.  Matanya kini kabur, tetapi kali ini bukan sakit kepala... sebaliknya kelopak matanya menumpahkan air mata.

   Adada menyentuh bawah matanya yang basah. Apa benda ini? Nak kata hujan, langit cerah berderang. Dia tak boleh berhentikan ngaliran air mata ini. Dia terus... menerus jatuh.

   Suaranya bergetar. "Aku kena pergi sana."

   Jumpa Satriantar.

...

   Seperti rutin Adada yang biasanya, kaki Adada pasti melekat di dalam kawasan hutan... di mana Santriantar berada. Botol kalung ubat itu bergerak-gerak seiring dengan tubuh Adada yang berjalan itu.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now