A ⚡ 16

129 25 32
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
"Baik pergi matilah Adada tu!"

.
.
.

                                      WAYAR-WAYAR yang berselirat itu tertarik ke bawah apabila power sphera, Voltrabot, dicampak begitu sahaja ke tanah. Sebelah matanya merenung tajam Voltrabot yang tidak bergerak sambil giginya bergeser kasar. "KENAPA VOLTRABOT MASIH DALAM HIBERNASI?"

    Meskipun segala amarah telah dilepaskan, ia tidak berjaya untuk menggerakkan Voltrabot semula. Ini kalau dilihat orang lain, pasti sudah terketar-ketar lutut melihat amukan Raja Keraunos. Tetapi, tidak bagi pembantunya... Ra'ada.

  "Mungkin dia telah gunakan tenaganya untuk tolong Adada beberapa hari yang lepas." Ra'ada mencelah ke dalam ketegangan yang ada. "Mungkin sebab itulah Voltrabot tidak sedarkan diri."

   Raja Keraunos menarik nafas panjang. Voltrabot yang diangkat Ra'ada kembali ke posisi asalnya dijeling sebelah matanya olehnya. Kot berdekatan pintu dicapai. "Jadi, lakukan apa sahaja untuk dia bangun."

   Kedengaran sinisan daripada Ra'ada. "Walaupun apa sahaja?"

   Pintu dibuka. Sedikit sebanyak cahaya menerpa bilik rahsia yang gelap itu. Kerutan dahi muncul pada dahi Raja Keraunos. "Walau apa sahaja."

  "Tup!" Pintu dikatup rapat.

  Ra'ada memusingkan tubuhnya semula menghadap Voltrabot. Senyuman penuh makna diberikan. "Hendak buat macam mana, ya?" Skru dari poketnya dicapai lalu ditundukkan badannya membuka panel elektrik pada bawah bekas cermin itu.

  "Bzzz... Bzzz..."

  Lampu sekitar kota mula berkelip-kelip sebelum menjadi sedikit malap. Seorang pak cik tua terperanjat melihat lampunya luar rumahnya berkelip-kelip seakan lampu disko. Dagunya yang berjanggut diusap. "Lampu aku ni demam ke?"

   Tidak semena-mena kepala si tua dihempuk sang bini. "Apa awak merepek ni? Sudah, kejap lagi Raja Keraunos nak buat pengumuman dekat dataran. Awak nak janji nak ikut saya kan."

  "Ta... tapi cerita Tora The Adventure nak mula dah..."

   Suara riuh-rendah mula bermain berdekatan dataran berhampiran dengan sebuah konsert. Konsert di mana menempatkan Adada dan Tok Kasa sama-sama menari macam orang gila dulu. Entah anak siapalah itu.

  "Dengar kata, Raja nak buat pengumuman penting!"

  "Itulah fasal... ke ada kaitan dengan kehilangan putera Adada sekarang ni?'

  "Shh, diam! Aku hempuk seorang seorang kejap lagi. Raja dah sampai."

  Mulut mereka semua automatik terkunci tatkala bunyi arakan pengawal menerpa mereka. Tahulah mereka raja mereka sudah tiba menemui mereka. Namun, bisikan-bisikan mula kedengaran ketika warga Kilas melihat balutan pada wajah Raja Keraunos.

  "Selamat sejahtera rakyat beta yang beta sangat sayangi. Pada mulanya... beta... beta hendak minta maaf." Raja Keraunos sengaja meminta simpati rakyat. Air matanya dipaksa dikeluarkan dan suaranya sengaja disebakkan. "Kalau bukan sebab beta, pasti anakda beta tak akan mengamuk macam ni."

   Titah itu menimbulkan pertanyaan serta retak hati mereka melihat raja mereka berduka lara sebegini.

   "Sebenarnya, Adada mahu bunuh beta kerana mahukan taktha beta. Memang niat seorang raja hendak berikan taktha kepada anakdanya... tapi beta tahu Adada belum sedia. Jadi beta tangguhkan. Tak sangka... Adada sanggup tikam mata ayahdanya sendiri."

Adada (BBB) Where stories live. Discover now