A ⚡ 20

108 16 5
                                    

A D A D A
- - - - - - - - - -
"Patutlah kau boleh jadi lemah depan Keraunos tu!"

.
.
.

                                                ADADA, Taufan dan Gempa saling berpandangan. Ketiga-tiga mereka memandang wajah Tok Kasa, serentak. "Tiga lawan tiga?"

  "Ya, tiga lawan tiga." Tok Kasa memusingkan tongkatnya beberapa kali sebelum dihentaknya ke lantai. "Memandangkan kau orang bertiga dah bersama semula, baik gunakan masa ni untuk berlawan sama-sama."

  Fang mencelah. "Tapi, tok... saya kena jaga tempat ni. Mana boleh lawan suka hati."

  "Ah... ya tak ya juga." Tok Kasa tergelak sendiri. Hetir tidak semena-mena bangun dan berdiri seiring Tok Kasa.

  "Tak apa, kita buat dua lawan tiga! Setakat tiga orang, saya pun boleh lawan!" Hetir sudah menggepal penumbuknya sendiri. Memang betul-betul definisi 'masuk ke dalam bakul, angkat sendiri' ini!

"Tapi..." Taufan terhenti. "Kita tak payah guna kuasalah kan? Mana elok lawan orang-orang tua..."

  "Hoi, aku belum tua lagilah!" Hetir cuba membelasah Taufan namun dihalang oleh tongkat Tok Kasa. Tok Kasa menguntum senyum penuh makna.  "Tak mengapa, lagipun walau dah tua, tok masih diam diam ubi berisi lagi. Tak tahulah dengan sebelah tok ni."

  "HOI!"

  Adada terdiam sendiri. Ya, dia sendiri belum tahu potensi sebenar Tok Kasa dan Hetir. Terutama sekali Hetir. Yalah, bukankah dia pernah dilatih Santriantar sebelum ini? Pasti dia lebih jauh hebat daripada dirinya. Tok Kasa itu boleh tahan tangkas semasa berlatih dengan beliau sebelum ini.

  "Hali." Bahunya ditepuk.

  Matanya bertentang sama mata biru milik Taufan. Taufan menunjukkan simbol terbaik sambil tersenyum lebar menampakkan giginya. "Jom kita lakukan yang terbaik, macam sebelum-sebelum ni!"

    Adada terkedu seketika. Lambat-lambat dia membalas dengan menunjukkan simbol terbaik kepada Taufan juga.

    Fang mengetatkan lagi pertahanan sekeliling dinding bangunan yang berlubang itu dengan memanipulasikan bayang-bayang sekelilingnya. Risau jika dia orang duduk syok sangat berlawan, tentera Raja Keraunos turut sertai bersama mereka. Pandangannya kini dialihkan ke arah si trio dan dua pihak lawan yang masing-masing sudah bersedia.

  "Baik." Ochobot selaku pemula mula mengira. "Satu. Dua. Ti..."

  Hetir menyampuk. "Robot kuning, kiralah dari belakang. Kalau kira satu, dua, tiga... sampai tahun depan tak habis."

  Semua memandang menyampah terhadap Hetir. Hetir terpinga-pinga saat mendapat pandangan sebegitu rupa daripada mereka semua. "Apa? Aku cakap saja." Adada yang mendengarnya hanya berkerut dahi. Boleh tahan badut juga si Hetir ini.

  "Erk, okey." Ochobot pasrah, hanya mengakur. "Tiga. Dua. Satu. MULA!"

  Adada yang ingin mara ke hadapan dihalang Gempa. Dia tercengang kehairanan seraya tangannya melonggarkan pegangan pada pedang Halilintarnya. Gempa memegang bahu Adada, erat. "Percayakan aku."

  Taufan sebaliknya sudah menjadi penyerang utama. Serangan angin mula dikenakan ke arah Hetir tetapi berjaya dielak oleh pihak lawan. Tok Kasa menyerang balas dengan menghala tongkat ke arah Taufan. Tetapi serangan itu dihalang oleh tangan Taufan itu sendiri.

   Tok Kasa mengambil langkah bijak lalu menendang jauh Taufan. Taufan terseret ke belakang bahkan ia langsung tidak mencederakan dirinya. Dia mengukir senyum sambil mengangkat pisau berbentuk angin pada tangannya.

Adada (BBB) Where stories live. Discover now