Bab Tambahan ✨ A

81 16 17
                                    

                               "SLUUURP!' Terpejam-pejam mata Ais menghirup koko sejuk di pagi hari. Di kala orang lain lebih mencapai air suam sebagai pemula hari mereka, Ais lebih selesa dengan air beku di mana-mana sahaja. Dengan rasa manisnya di dalam mulut, ah... sedapnya!

     Tok Aba menyangkut kain pada penyangkut besi. Matanya teralih ke arah cucunya yang seronok menikmati air pada waktu subuh begini. Siap kacau sendiri pula itu!"Eh, kau ni... BoBoiBoy. Tak elok minum air sejuk pagi-pagi."

     "Tak adalah. Sekali sekala je tok." Ais memberi alasan beserta sengihan. Walhal hampir setiap hari dia asyik memakan makanan sejuk! Mana ada orang sanggup makan aiskrim setiap hari, hanya Ais sahaja gembira menerimanya!

     "Hmph... yalah tu." Tok Aba memutarkan bola matanya, tidak percaya dengan sepatah kata diujarkan Ais. Tok Aba menyambung. "Oh, atuk nak balik rumah kejap. Tiba-tiba rasa nak terbuang air pula. Kau dengan Blaze jaga kedai atuk elok-elok ya?"

     Ais terpandang ke arah Blaze yang sibuk membuka lipatan meja dan menyusun kerusi-kerusi membentuk bulatan sekeliling meja tersebut. Perasan namanya disebut, pantas Blaze menyahut. "Jangan risau, Tok! Kita orang mana ada pernah gaduh."

      "Risau pula tok tinggal kau orang. Dahlah Ochobot pergi ikut dia orang bertiga." Tok Aba meluahkan risaunya sambil pelipis dahinya diurut kecil. Masakan tidak, kali terakhir dia tinggalkan kedua orang ini tanpa sesiapa mengawasi, habis terbakar dan beku sekeliling kedainya sekaligus!

     Haih... macam tinggalkan budak kecil sahaja! Sekurangnya lagi elok dari Duri dan Solar ditinggalkan bersama-sama di sini.

     "Tak perlu risau-risaulah, tok. Kita orang takkan gaduh lagi kat kedai atuk! Tok pergilah cepat. Nanti terkucil pula Tok Aba dekat sini." Blaze menolak lembut Tok Aba, memaksa Tok Aba meninggalkan mereka berdua. Kalau tidak, memang sampai ke tengah hari Tok Aba terpacak di sini!

     "Erm..." Ais menukar tempat ke dalam kaunter. Eh, manalah tahu kalau ada pelanggan datang, bolehlah bersiap sedia. Hrm... tetapi ada ke pelanggan datang pukul 7 pagi begini? Telefonnya dikeluarkan.

    "Kita orang nak hantar surat khabar dengan stok koko ni. Kau orang berdua boleh jagakan kedai Tok Aba ni?" Gempa bertanya sekali lagi sebagai kepastian. Halilintar mengambil lebihan ikatan surat khabar yang dibawa Gempa.

     "Aku okey je." Ais menjawab, pasif sementara Blaze membalas dengan penuh keyakinan. "Jangan risaulah. Kita orang bukan budak kecil."

     "Kalau macam tu, okeylah. Tok Aba pun ada perhatikan dia orang." Halilintar cuba melegakan Gempa. Sempat lagi dia membetulkan kedudukan tangannya pada kotak-kotak koko dan surat khabar tersebut, risau barang-barang itu terjunam ke bawah. Taufan pun lagi satu, sudah pergi dulu bersama Ochobot!

     Gempa menghembus nafas perlahan, mungkin sudah sedikit lega setelah mendengar kata-kata Halilintar. "Kalau macam tu, kita orang pergi dulu, Tok Aba!"

     "Wah..." Meleleh air liur Ais saat siaran makanan mula terpapar pada sosial medianya. Nasib dia berjaya mengesat mulutnya sebelum air liur menitik terus ke meja. Apabila jarinya dileretkan pada skrin, muncul lagi siaran satay ayam dilimpahi kuah kacang. Ah, memang syurga makanan betul!

     Memang begitulah rutin seorang BoBoiBoy Ais. Kalau tidak benamkan kepalanya pada bantal, pastinya dirinya tenggelam dalam makanan-makanan yang terhias di sosial media. Sepatutnya dia tidur sambil tertunggu makanan, namun selepas perkena air sejuk pagi-pagi, rasa mengantuk langsung tidak menjengah!

      "Hrm?" Blaze selesai menyediakan meja pelanggan menoleh ke arah Ais yang masih melekat pada skrin telefon. Anehnya, bunyi-bunyi burung berkicauan tidak memuaskan hati si Blaze. Yalah, mana dia faham apa burung-burung tengah gosipkan. Lagi bagus kalau dengar suara manusia bercakap dengannya!

Adada (BBB) Where stories live. Discover now