❤︎ | 1

5.3K 447 107
                                    

- Bismillah - ❤︎ -

Papan kenyataan yang terdapat peta sekolah dilihat. Kepalanya digaru-garu, seribu kali tengok pun dia tak faham langsung dengan peta ni!

"Dahlah berbelit, pastu hitam putih! Hish!" rungutnya geram. Sakit mata tengok hitam putih je.

"Baru tengok peta sekolah dah macam orang meroyan, kalau tengok peta dunia apa jadi agaknya," satu suara yang menyemak dihiraukan. Otaknya yang tengah berusaha memahami ni lagi penting.

Tak lama kemudian Erin Qelysa menoleh bagi melihat manusia yang menyemak itu setelah dia rasa fed up . Erin Qelysa? Oh dialah orang yang bengap tengok peta tu.

"Haa alang-alang kat sini, tunjukkan saya mana kelas 5E" minta Erin tapi tak dengar macam minta. Eh keling benar ayat. Maksudnya dia lebih kepada mengarah dari meminta. Ada faham?

"5E? Pftt.. patutlah bengap semacam. Cari lah sendiri, hadam peta tu." mamat tersebut menyinis dan terus pergi meninggalkannya. 

'Kuajaq punya babun' 

Nasibnya tidak begitu malang apabila seorang guru lalu disitu. Erin tersenyum senang.

"Assalamualaikum cikgu, nak tanya boleh? Kelas 5E dekat mana?" sopan Erin bertanya.

"Eh kamu ni tak tahu nak tengok peta sebelah kamu tu ke? Tak akanlah peta pun tak tahu nak tengok? Budak sekolah rendah pun tahu baca peta!" Cikgu perempuan itu mendengus sebelum berlalu pergi.

Erin terdiam seketika. Hari ni memang hari 'perli kemudian pergi' ke? Uishh terasa hatiku.

Sudah tak tahu nak buat apa, Erin mencabut peta dipapan kenyataan kemudian cuba mencari kelasnya. Tiga kali dia salah jalan, akhirnya tulisan 5E terpampang disebuah pintu. 

AKHIRNYAAAA! Tanpa sedar Erin menepuk-nepuk pintu itu sebab terlalu gembira.

"Woi roboh pintu tu kang!" tegur seseorang. "Diam semakk!" balas Erin. Diorang tak akan faham perasaan dia bila jumpa kelas ni! Hiks.

"Wuish kau semakkan aku? Berani eh kauu" pelajar lelaki itu mengambil penyapu dan berura-ura mahu menghalau Erin keluar menggunakannya.

"Woi apeni, kotor baju baru aku!" Hilang terus saya-awak yang selalu Erin guna. Baju baru kot, agak-agaklah. 

"KHAI! BAIK KAU DUDUK SEBELUM AKU PATAHKAN KERUSI KAU!" seorang pelajar perempuan mengangkat kerusi pelajar lelaki itu dan mengacah mahu mematahkannya.

Erin hanya melihat pelajar bernama Khai itu terus terhenti sambil penyapu ditangannya terjatuh.

"Tachoddd" Khai membuat suara mengejek. 

Hilang sekejap nafas Erin melihat bakal rakan-rakan sekelasnya. Sempat lagi tak tarik surat perpindahan?

Mohon bersabar, ini ujian ~

"Haa Erin Qelysa kan? Meh masuk" pelajar perempuan tadi menariknya masuk dan berdiri dihadapan kelas. Sekarang semua mata tertumpu padanya. Dalam kelas ni tak ramai pun, dalam.. 19 orang? Termasuk dirinya 20 orang. Ok takdelah sikit pun.

Seketika semua senyap. Krikk.. krikk.. 

"Apahal korang senyap?" soal Erin pelik. Dah kenapa macam malaikat lalu ni. 

Girlfriend Bengap [OG]Where stories live. Discover now