Happy reading ☘︎
-------------------------------------------
Satu minggu telah berlalu dan dalam masa itu juga, Erin mendapat pelbagai perlakuan buruk. Tetapi ianya tidak berlaku secara terang-terangan. Seperti tiga hari lepas, seseorang memasukkan anak katak ke dalam kotak pensilnya.
Setelah waktu rehat tamat, Erin masuk kembali ke kelas setelah menghabiskan masanya di kantin bersama Misha dan Afina.
Dia berjalan menghampiri tempat duduknya kemudian duduk bersandar pada kerusi. Beberapa orang pelajar yang sudah kembali terlebih dahulu ke kelas sebelum Erin memandangnya sambil berbisik-bisik lalu ketawa.
"Korang! Harini ada spotcheck beg!" Seorang pelajar yang memakai uniform pengawas berlari masuk dengan tergesa-gesa. Kemudian dia menuju tempatnya dan membongkar isi beg sekolahnya.
Bukan hanya dirinya, pelajar lain pun turut melakukan hal yang sama. Cuma barang yang mereka ambil sahaja berlainan. Ada telefon, pewarna kuku, gigi palsu, gelang, majalah dan banyak lagi.
Melihat itu, Erin pun melakukan juga perkara tersebut. Isi beg nya di cek dan tiada apa-apa barang terlarang di dalamnya. Lalu dia mengeluarkan kotak pensilnya pula.
"Weh korang! Dia tengah nak bukak!" Bisik seorang pelajar sewaktu Erin sedang membuka zip kotak pensil itu.
"Aaaaaaaaa!" pekik Erin apabila seekor anak katak melompat keluar dari dalam. "Comelnyaaa!" sambungnya kemudian mengambil anak katak tersebut lalu diletak di atas tapak tangannya.
Pelajar-pelajar yang hendak menggelakkannya tercengang. Gila!
Dan hingga sekarang, Erin sering membawa anak katak itu ke mana-mana. Mereka juga telah menjalin hubungan persahabatan dan berjanji akan saling membantu.
![](https://img.wattpad.com/cover/271930152-288-k605089.jpg)
YOU ARE READING
Girlfriend Bengap [OG]
Fiksi Remaja❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, dia berpindah ke sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya. Tetapi tiada apa yang berubah apabila dia...