Happy reading wuhuu ~
-----------------------------------------
Pagi ini Erin pergi ke sekolah seperti biasa dengan menunggang basikal hasil pinjaman tanpa izinnya. Bahkan basikal itu pun sudah dianggap seperti hak miliknya.
Mohon jangan mencontohi sikap tak berakhlak ini wahai anak-anak sekalian.
Sampai sahaja di dalam kawasan sekolahnya, garaj dituju bagi memarkir basikalnya. Eh ralat, basikal yang tidak dia ketahui pemiliknya.
"Erinnn! Sini cepat weh, sini!" Dari kejauhan, Misha dan Afina memanggilnya sambil menjerit.
"Jap jap jap." Sebelah tangan dia angkat sebagai isyarat. Dia menempelkan sebuah kertas pada basikal tersebut sebelum berlari ke arah dua temannya itu.
Kira-kira lagi lima meter jarak diantara mereka, Misha terlebih dahulu menarik tangannya dan berlari menuju suatu tempat.
"Apahal kecoh-kecoh tu?" Erin menyoal tatkala melihat ramai pelajar yang sudah membentuk bulatan bagi menyaksikan sesuatu ditengah-tengah mereka.
"Sini! Sini!" jerit seseorang disitu sambil terlompat-lompat agar dirinya kelihatan.
"Serius aku tak kenal dia." gumam Afina melihat orang itu.
Siapa lagi jikalau bukan si beruk kelas, Khai.
Beberapa murid yang berasa terganggu dengan jeritan Khai mula melemparkan tatapan tidak suka padanya.
"Diamlah budak bodoh." bentak seseorang yang paling berdekatan dengan Khai.
"Hmm aku tak rasa aku bodoh, jadi... KORANG! SINI KORANG! SINI SINI!" Dengan sengaja Khai menguatkan lagi jeritannya hingga membuat lebih ramai orang tertumpu padanya.
"Ingatkan aku untuk tampar beruk tu nanti." ujar Afina perlahan pada Erin serta Misha dan dibalas dengan anggukan oleh mereka.
"Lambatlah korang ni, tadi ada part gempak! Fuhh!" kata Khai semangat.
"Tengok Idlan ni, fokus je dari tadi." Dia menyenggol sedikit lengan Idlan namun tidak direspon apa-apa oleh si empunya.
Erin cuba berjinjit sedikit mahu melihat kejadian apa yang berlaku hingga mengambil perhatian ramai orang.
Matanya dikecilkan sedikit untuk melihat lebih jelas. Ada pelbagai aksi disitu seperti bertumbuk dan menyepak.
"Kenapa macam kenal..... eh?"
Dia cuba menyelit dicelah-celah keramaian dengan tubuh kecilnya itu.
"Kuih ke tu? Ish janganlah palingkan muka, orang tak nampaklah. Hishh!" rungutnya sebal kerana muka orang yang kelihatan seperti Que itu sedang berpaling ke tepi akibat ditumbuk.
Kini kedudukannya benar-benar berada di belakang si penumbuk setelah bersusah-payah melalui lautan berpeluh para pelajar meskipun baru pagi hari.
Tanpa niat menyokong seperti pelajar-pelajar lain, Erin hanya menonton sambil cuba meneka gerakan seperti apa pula yang bakal terjadi.
Dan benar sahaja, tekaannya betul! Si penumbuk tadi menendang perut lawan di depannya hingga jatuh tersungkur.
Tapi ada yang sedikit pelik dimata Erin. 'Kenapa orang yang jatuh tu macam pura-pura?'
Sebengap-bengap dia, dia ada satu keahlian yang sebenarnya dia sendiri tak perasan. Iaitu keahlian dalam mengamati. Walaupun tak hebat mana, tapi dia dapat mengetahui jika seseorang sedang berpura-pura atau tidak.
YOU ARE READING
Girlfriend Bengap [OG]
Teen Fiction❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, dia berpindah ke sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya. Tetapi tiada apa yang berubah apabila dia...