❤︎ | 35

1.2K 105 50
                                    

Happy reading! 

Teruk seyh, last apdet bulan 12 tahun lepas. Setahun sudah. Good job.
-----------------------------------------



ERIN tanpa segan silu duduk di tempat kosong yang terdapat di situ setelah dipelawa oleh Sultan Hafidz. Rancak mereka berborak hingga terlupa keberadaan seketul Que Harriez di situ.

"Ayah Qely sihat tak? Dah lama pak cik tak jumpa dia." soal Sultan Hafidz. Haih rindu pulak kebangangan teman baiknya itu.

"Sihat. Cuma ibu pernah kata ayah mental sikit." Erin membalas. "Dah lama Pak Cik Apiz tak datang rumah Qely!" sambungnya.

Que terus memandang Sultan Hafidz. Dari tadi otak dia susah nak proses situasi sekarang. Daddy dia rapat ke dengan ayah Erin? Sejak bila? Padahal dia dah beberapa kali jumpa Encik Asyril tapi langsung tak cam. 

"Pak Cik sibuklah, Pak Cik ni kan sultan." ujar Sultan Hafidz. Sedikit membanggakan dirinya.

"Pak Cik tak payah jadi Sultan lah kalau macam tu." Erin memberi idea yang bernas. 

Beberapa guru yang berada di situ sudah terbengong tidak tahu mahu bereaksi seperti apa. Mereka akhirnya memilih untuk menjadi pendengar dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.  Ada juga yang sudah meminta diri hendak ke tandas.

"Mana boleh macam tu. Apa kata Qely kahwin dengan Que, boleh duduk dekat rumah pak cik." Sultan Hafidz smirk melihat Que dah tersedak air liur.

"Daddy-" Baru sahaja Que hendak mencelah, Erin memintas ucapannya.

"Tak naklah, kalau kahwin dengan Kuih, Qely nak duduk rumah Kuihlah. Buat apa duduk rumah pak cik?" bantahnya tidak setuju.

Kali ini Que dah tersedak anak tekak.

"Kuih...? Lah dah ada panggilan manja ke?" Sultan Hafidz blur sejenak namun cepat betul dia dapat catch up. Pelik betul panggilan manja tersebut tapi mungkin terdapat makna yang tersirat di sebaliknya. 

"Yes... eh bukan!" Terbelit-belit lidah seorang Que Harriez.

Ting ting ting ting ting~

Sultan Hafidz mengambil telefonnya yang bergetar di dalam poket lalu diangkat.

"Apa khabar bro, kau dekat mana? Hah apa dia? Meneran? Oh boleh boleh InsyaAllah." 

Erin dan Que hanya mendengar perbualan sepihak daripada Sultan Hafidz.

"Siapa?" soal Que ingin tahu.

"Si Asyril, ayah Qely. Dia minta tolong daddy hantarkan Qely. Dah dua jam dalam jamban katanya, sakit perut." jelas Sultan Hafidz. 








        "ASSALAMUALAIKUM! Ayah cepatlah buka pintu! Ada sultan ni, ayah nak kena buang negeri ke?!" Erin mengetuk pintu buat kali ketiga. Malas betul hendak selongkar beg sekolah semata-mata untuk mengeluarkan kunci rumah. 

"Ayah tak siap membuang lagi ke pak cik?" Gadis itu sudah memeluk tubuh. 

Belum sempat mendapat balasan atas pertanyaannya, bunyi pintu terbuka kedengaran seiring dengan munculnya seseorang dari dalam. Tak perlu ditanya lagi siapa.

"Waalaikumussalam! Eh bro! Wah bakal menantu pun ada!" Encik Asyril membuka lebar-lebar pintu masuk rumahnya. 

Sebelum masuk, sempat lagi keduanya melakukan sesi hug ala-ala brotherhood

"Sejak bila bapak kita kawan?" soal Que setelah merebahkan dirinya ke atas sofa. 

"Sejak zaman kolej tak silap.  Ibu pernah cerita yang dulu ayah ada geng. Nama geng dia Boss kot tak silap. Ada empat orang anggota, dalam tu ada ayah, Pak Cik Apiz dengan siapa tah lagi."  balas Erin. Dia cuba memerah otaknya untuk mengingat kembali apa sahaja yang ibunya cerita tahun lepas. 

Namun tiada hasil. Dia hanya ingat ibunya yang ketawa terbahak-bahak ketika bercerita tentang perangai cringe ayahnya. Siap buat geng kemudian berlagak macam dialah yang terpaling most wanted. Tak lupa juga Puan Alisa menceritakan bagaimana dirinya yang merupakan salah satu badan kepimpinan disitu dengan beraninya melawan sikap ayahnya yang semena-mena. Lalu akhirnya mereka tangkap cintan sesama sendiri.

Sungguh cliche.

"Que! Mana kesopanan dan kesusilaan kamu hah? Ikut suka je buat macam rumah sendiri!" Sultan Hafidz mendelik melihat anaknya yang sungguh santai dengan posisi setengah berbaring. 

"Nanti jadi rumah sendiri jugak." Ayat tersebut meniti keluar dengan lancar dari bibir seorang Que Harriez. Murni atas ketidaksengajaan. 

Encik Asyril dan Sultan Hafidz sudah saling melempar pandangan sambil menjongket-jongket kening.

"Mana boleh! Sampai bila-bila saya takkan benarkan ayah jual rumah ni dekat Kuih!" Lain yang dimaksud, lain pula yang ditafsir oleh seketul Erin. 

Encik Asyril sudah gatal tangan mahu cubit otak kecil Erin, apa yang bangang sangat keturunan aku ni?

Padahal dia tidak sedar bahawa kebangangan Erin itu ialah turun temurun daripadanya.

Ehem!

Semua menoleh ke arah Sultan Hafidz yang tiba-tiba berdehem.

"Minggu depan kan dah cuti sekolah, Que nak pergi holiday dekat mana kali ni? Bawak Qely sekali nanti." Soalnya dengan mata tertuju pada si anak.

Que melirik sekilas ke arah Erin. Gadis itu tengah melihat ke arahnya dengan mata bersinar. 










You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Girlfriend Bengap [OG]Where stories live. Discover now