Kelihatan enam pelajar perempuan sedang sibuk membersihkan kebun sekolah.Masing-masing buat kerja yang telah diaturkan oleh si pengawas yang telah menangkap mereka kerana berada di kawasan larangan.
"Hish!Menyemak ah mawas tu!" marah salah seorang dari mereka.
"Kau lah ni Mira,cadangkan tempat tu pulak!" ujar seorang lagi yang tengah mencabut rumput-rumput liar.Bila dah kena denda macam ni,mula lah salahkan kawan sendiri.Padahal memang itu kesepakatan mereka,tanggunglah sama-sama.
Manusia yang bernama Amira itu membalas dengan jelingan.
"Nasib kena denda sehari ni je tau tak!Semua salah kau perempuan!" Orang yang sedang memungut daun daun kering di tanah menunding jarinya pada Erin.
Erin yang didenda untuk memindahkan pasu-pasu hanya mengabaikan.Tiba-tiba nak salahkan orang,gila ke?
"Woi kau ni pekak ke apa?!" Daun daun kering yang telah dipungut dicampak kembali.Geram apabila Erin hanya diam.
"Bisinglah kau ni!Nampak tak pasu ni?Nak tau apa rasa bila kena hentak kat kepala kau tu?" Erin mengacah mahu membaling pasu tersebut. Dah lah pasu kaca,kalau kena tu fuhh koma sebulan.
Terdiam manusia itu.Haa tahu pun takut.
Disitu pekerjaan Damia yang paling mudah disebabkan dia mengadu kalau perutnya masih terasa berbisa akibat hentaman padu dari Erin.Ceh mengada je lebih!
Sedang mereka ralit membersihkan,
"Arghhh ada ular!"
"Kat mana?!"
Mereka berlari keluar dari kebun dengan kelam kabut.Tidak terkecuali juga dengan Erin.Tapi dia bukan lari sebab takut,dia cuma risau kalau ular tu jatuh hati dekat dia.Susah nanti kalau dia diikuti oleh ular tersebut sepanjang masa.
"Kau pahal keluar sekali?Pergilah bunuh ular tu!" Damia menolak Erin supaya masuk kembali ke dalam kebun.
"Mana boleh bunuh,tak baik!" tangan Damia ditepis.Suka suki je nak suruh orang.
"Mana ada istilah tak baik dekat sini!Cepatlah bunuh ular tu bodoh!" Dah lah memaksa orang, lepas tu panggil orang bodoh pulak!
Erin maghoh.
Dia menjeling sebelum melangkah masuk ke dalam kebun itu semula lalu tempat ular itu berada dia hampiri.Jelas kelihatan seekor ular yang saiznya sederhana ada disitu.
"Meow meow" panggil Erin.Tercengang yang lain dibuatnya.
"Tu bukan kucing bangang!" ujar mereka.Erin pula langsung tidak mengendahkannya.
"Woof woof!Moo.. moo..Mbekk! mbekk!Cip cip cip!Eh apahal ular ni tak nak datang dekat!Tak dengar ke orang panggil dia ni!" marah Erin yang telah siap-siap memegang sebuah kayu bagi memukul ular tersebut.
"Tu ular bengap.Bukan anjing,bukan lembu,bukan kambing dan bukan burung"
Erin terdiam sejenak.Habis haritu dia panggil seekor kucing kat tepi jalan dengan panggilan kuda,kenapa kucing tu pandang?
"Kalau macam tu bunuhlah ular ni sendiri" Kayu ditangan dihulurkan tanpa menoleh.
"No need." balasnya menolak huluran kayu dari Erin.
"Ceh nak tunjuk hebat lak-" terkejut Erin melihat orang dibelakangnya hingga ayatnya pun terputus.
Orang tersebut tersenyum senget.Kemudian dengan selambanya dia menarik ular itu keluar daripada semak.
"Jantan ke betina?" soalan itu yang terpacul dari mulut Erin.Takut betul kalau tu jantan.
"Kenapa?Kau nak bela?" orang itu mengangkat keningnya sebelah.Erin menggeleng laju.
YOU ARE READING
Girlfriend Bengap [OG]
Teen Fiction❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, dia berpindah ke sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya. Tetapi tiada apa yang berubah apabila dia...