"Arghh sakit tambi!" Menjerit-jerit Khai apabila Idlan menekan urat dikakinya yang terseliuh. Semua gara-gara melompat tak ingat dunia.
"Tu lah kau, nak bersorak tu agak-agaklah sikit! Buat malu je jatuh tadi!" bebel Afina yang sedang menyusun papan dan mikrofon yang digunakan tadi ke dalam sebuah kotak.
"Heh, at least menang!" balasnya tak nak kalah. Baginya, Erin menang pada pusingan pertama itu disebabkan oleh dirinya yang bersorak bagai nak mati tadi.
"Koranggg!"
Masing-masing menoleh ke arah punca suara itu. Kelihatan seseorang yang amat dikenali mereka sedang berlari dengan membawa sesuatu ditangan.
"ERINNN!" Seperti sinetron, Khai berdiri dan turut berlari mendapatkan Erin sambil mendepa tangannya.
Erin yang mengingat bahawa Khai mahu menghalang jalannya terus mencucuk perut lelaki itu menggunakan beberapa pensel yang dibawa didalam genggamannya.
Tertunduk Khai apabila mata pensel yang diasah tajam itu menyentuh kulitnya.
"Betapa kejamnya dunia," ujarnya sebelum jatuh sambil memegang perut.
"Khai, bukan kaki kau terseliuh ke tadi?" Misha yang sedari tadi hanya diam menikmati gula-gulanya menegur. Pelik pula tengok Khai tiba-tiba boleh lari, tadi kata sakit sangat macam urat tersalah landasan.
Seakan baru bersambung dengan realiti, rasa sakit dikakinya menerjah kembali.
"Arghhh sakittt! Idlan, tulungg... Tulungg!" Tangannya tergapai-gapai meminta pertolongan kawan baiknya itu.
"Woii apahal ni? Orang cucuk perut je bukan kaki!" Gelabah Erin melihat Khai meringis sakit sambil memegang kakinya. Urat perut dengan kaki bersambung ke sampai rasa tu berpindah-randah?
"Fina" panggil Idlan. Afina yang seakan-akan faham maksud panggilan itu hanya mengangguk dengan muka serius. Kotak dipegangannya diseluk bagi mengambil sesuatu.
Setelah dapat apa yang dimahukan, segera benda tersebut dibaling pada Idlan dan disambut kemas oleh lelaki itu.
"A-apa yang kau nak buat hah?! Nyah kau!" Khai menjerit histeria apabila mulutnya disoletip oleh Idlan. Kedua belah tangannya turut diikat oleh seorang pelajar lelaki dari kelas mereka.
"Aman sikit nak buat kerja." Idlan tersenyum penuh makna.
"Hmphh! Hmphh! Hmphhh!"
Meronta-ronta Khai apabila kakinya dipicit, diketuk dan ditarik kuat oleh Idlan. Sakit woi!
Erin yang tak sanggup melihat penderitaan yang dialami oleh ketua penyoraknya terus berlari pergi dari situ. Niatnya tadi nak hadiahkan mereka semua sebatang pensel setiap seorang kerana menyokongnya. Tapi lain pula jadi.
Setelah berada sedikit jauh daripada situ, langkah kakinya diperlahankan. Tanpa sedar, dia telah berlari menuju ke kantin.
"Tu Kuih lah," Erin mengecilkan sedikit matanya melihat Que yang sedang lepak bersama dua orang rakannya.
"Wassap bruh!" jeritnya sambil melambai tangan.
Ketiga-tiganya menoleh. Kemudian Danial dan Rafiq berpandangan sebelum tersengih penuh makna pada Que.
"Hotak kau." ujar Que selepas Danial membisikkan sesuatu ditelinganya.
"Alolo janganlah marah~" kata Rafiq pula membuatkan Que menjelingnya.
"Okeylah kitorang pergi dulu, semoga bahagia!" Mereka menepuk bahu Que sebelum berlari meninggalkannya.
"Kenapa diorang pergi?" Setibanya ditempat yang diduduki oleh lelaki itu, Erin menyoal pelik. 'Muka aku lawa sangat ke sampai dua orang tu lari?' fikirnya.
YOU ARE READING
Girlfriend Bengap [OG]
Roman pour Adolescents❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, dia berpindah ke sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya. Tetapi tiada apa yang berubah apabila dia...