❤︎ | 33

1K 130 74
                                    

Happy reading !

p/s : ehem segala aksi kesesatan di sini tolong jangan ditiru.

---------------------------------------

Suasana hall yang sungguh kecoh dengan suara-suara para penonton membuatkan pelajar-pelajar kelas Amethyst ketar-ketir. Bukan setakat ketar-ketir, malahan ada juga yang ulang alik sedari sejam yang lepas. Dari backstage ke tandas, dari tandas ke backstage.

"Woi bebal! Bangunlah, dah nak mula!" Pelajar lelaki yang memerankan watak Snow White penyepak kerusi yang diduduki Erin buat tidur. Ini dia, yang terpaling santuy. Sempat lagi tidur dengan posisi kedua belah lutut dipeluk lalu kepala yang sedap melentok ke tepi. 

Pak!

Sebotol mineral yang masih berbaki setengah tepat mengenai kepala si Snow White jadian. "Bingailah! Siapa yang baling ni si-" ucapannya terhenti apabila sudah mengetahui siapa pelakunya. Si manusia yang dirumorkan sangat jarang berinteraksi, Que Harriez. Apa kena mengena dengan dia sampai sibuk nak masuk campur!?

"Kau blah," arah Que. Tanpa disuruh, Marikh dan Uranus turut turun tangan dengan menghalau si Snow White jadian. Suasana di situ pun menjadi tegang. Ramai yang berpura-pura tidak tahu apa-apa dan melakukan hal sendiri.

Bosan menunggu lagi beberapa minit, Que menggapai satu set alat solek yang terdapat di situ. Alat kecil yang terlihat seperti penyapu dia ambil dan mencalitnya dengan warna hijau tua. Lalu dia sapu pada wajah Erin.

'Cute, macam katak.' Que tersengih sendiri.

"Hoamm." Dengan tak elegannya Erin terbangun lalu menguap tanpa segan-silu. Kenapa dia rasa lain macam je dengan muka dia?

Mungkin cuma perasaannya sahaja.

Hm tapi firasatnya seperti kurang baik.

"Kuih, ada apa-apa tak kat muka saya?" Dia pun memutuskan untuk bertanya pada Kuih.

Que menggeleng selamba. "Sama je macam biasa, nampak bengap."

Erin bernafas lega. Nasib mukanya tak berubah menjadi hijau seperti yang terjadi dalam mimpinya tadi. Boleh pula dia mimpi dirinya berada di atas awan sambil menunggang lumba-lumba. Paling tak boleh blah, ada sebuah kaki berbulu yang sepak dirinya kerana mukanya tiba-tiba berubah menjadi hijau.

Ngeri betul mimpi yang dia alami.

"Seterusnya, acara kita dilanjutkan dengan pementasan theater dari pelajar kelas 5 Amethyst!" Tepukan gemuruh menyambut ucapan dari si pengacara.

Seluruh lampu hall terpadam. Beberapa saat kemudian, lampu stage menyala memaparkan seorang permaisuri dengan cermin yang lebih besar dari dirinya.

"Wahai cermin ajaib, siapakah yang paling seksi di kerajaan ini?" Soal si permaisuri.

"Mestilah erm...  tuanku," balas cermin ajaib.

Tidak berpuas hati dengan balasan cermin ajaib yang kedengaran ragu-ragu, si permaisuri bertanya lagi, "wahai cermin ajaib! Siapakah yang paling seksi di kerajaan ini?"

"Tuanku lah yang terpaling seksoy! Real no fake!" jawab cermin ajaib dengan lantang.

Masih tidak berpuas hati lagi, "Siapakah yang paling seksi di kerajaan ini wahai cermin ajaib?" Pertanyaan yang sama diulang.

"Eh hengko ni sikit-sikit sudahlah! Penatlah setiap hari nak kena hadap kau," protes cermin ajaib. Banyak songeh betullah permaisuri berjambang ni.

"Woi mana ada dalam skrip!" Sentak Uranus, sang permaisuri.

Girlfriend Bengap [OG]Where stories live. Discover now