❤︎ | 21

1.5K 218 11
                                    

Happy reading ^^

----------------------------------------

Waktu rehat telah pun tiba. Seluruh pelajar berpusu-pusu mahu membeli makanan untuk diisi ke dalam perut yang sudah berkeroncong sejak di dalam kelas.

"Cepatlah sikit! Lembablah!"

Seperti hari-hari biasa, mak cik serta pak cik kantin sering diherdik dan dimarahi sekiranya lambat membungkus makanan mereka ataupun lambat mengira.

"Mak cik dulu tak belajar matematik eh? Kira baki pun terhegeh-hegeh!" Mak cik kantin yang dimarahi oleh sekumpulan pelajar yang berbaris paling hadapan hanya dapat tersenyum sambil menunduk bagi menyembunyikan kesedihan.

Kantin murid dan guru diasingkan, jadi tiada satu pun guru yang mengetahui perihal tersebut. Semua berpakat berdiam diri termasuk murid-murid tingkatan satu yang hanya menyambung legasi para senior mereka.

Oh ya, jangan lupa dengan kelas E yang turut tak mengetahui apa-apa. Maklumlah mereka tak pernah pergi ke kantin kecuali beberapa orang yang mempunyai keberanian seperti Misha dan Afina. Itu pun mereka akan kembali semula ke kelas sebelum pelajar-pelajar lain turun.

Sementara di kelas 5E,

"Huwaaa aku lapar! Bekal aku dahlah tertinggal dekat rumah." Afina membenamkan mukanya pada beg yang dijadikan pelapik atas mejanya.

"Aku pun bawa satu bungkus roti je..." ucap Misha turut berduka cita. Rotinya disuap ke dalam mulut secubit demi secubit.

"Erin apa citer ek? Kesian dia tiba-tiba terkena sekali." sampuk salah seorang pelajar perempuan di dalam kelas itu.

"Kwan kwan kwan!" sokong Khai dengan mulutnya yang penuh akibat disumbat segala biskut yang dia bawa. Cih, nampak sangat kedekut dia tu tak nak berkongsi dengan orang lain.

Afina melirik Khai sekilas dengan pandangan tak puas hati.

"Tapi kan aku peliklah. Kenapa tiba-tiba je diorang bergaduh tadi? Aku tak pernah pun nampak Que main tumbuk-tumbuk macam tu. Biasanya kan dia tak peduli dengan orang sekeliling." celah Idlan kerana jiwa gosipnya meronta-ronta untuk keluar.

"Macamlah aku mak dia." Misha memutar bola matanya malas. Idlan kalau dah masuk mood membawang memang parah, jadi sebaiknya dia hentikan terlebih dahulu.

"Korang perasan tak? Que tu tak pernah kena marah kalau ponteng kelas, kalau kena marah pun mesti dengan Cikgu Hedri je. Takkanlah sebab dia budak top je? Aku ada dengar tau, ada budak top yang lain kena marah sebab tak masuk kelas, tapi dia tu elok je. Pelik bin Hairan." sambung Idlan tanpa mempedulikan kata-kata Misha.

"Aku ada dengar rumor yang Cikgu Hedri selalu guna nama ayah Que untuk diamkan dia---"

"Blablablabla tak nak dengar! Tak nak dengar!" Serentak Misha, Afina, Khai dan beberapa pelajar lain menutup telinga mereka.

Bukan mereka tak tahu, nanti segala rumor, khabar angin serta gosip-gosip pelajar lain pasti Idlan bakal cerita jika mood membawang dia mengambil alih.

Idlan berdecit perlahan. Kemudian dia memangku dagunya dengan sebelah tangan dan termenung.

"Pergi kantin jom!" Afina mengutarakan keinginannya.

Girlfriend Bengap [OG]Where stories live. Discover now