Hallu single, nak tackle bole >
Hiokhiok- Happy reading :)
----------------------------------------
Di dalam sebuah kereta, seorang lelaki kusyuk bermain game tembak-tembak. Sudah hampir dua jam dia menunggu mummy-nya yang konon hendak singgah 'sebentar' dirumah kawan. Ceh, sembang!
Jelas kelihatan uratnya tegang menembak semua musuh-musuh yang menghampiri. Dan akhirnya dia mati kerana diserang dari belakang.
"Teammate beban!" ujarnya geram apabila tidak mendapat makan malam ayam.
Aplikasi game tersebut ditutup lalu bertukar pula ke socmed yang mempunyai ikon pink.
Kemudian matanya tertumpu pada postingan baru @queharriez .
Di situ terdapat gambar dua orang lelaki sedang menunjuk peace dan seorang lelaki yang tengah berguling di atas tar dengan caption,
- Mohon kutip dugong ni 𓆉︎ -
Bibirnya terukir senyuman sinis namun serta merta bertukar menjadi kendur tatkala melihat jumlah orang yang like post tersebut.
Kenapa melebihi purata like yang selalu dia dapatkan?!
Emir Iskandar. Sejak dulu, tak pernah lekang sedikit pun rasa cemburunya dengan seseorang yang bernama Que Harriez.
Baginya, Que ada rivalnya walaupun Que tak menganggapnya sebegitu.
Yup. Dia hanya syok sendiri. Bertepuk sebelah tangan dengan orang yang dianggap sebagai rival.
Rival pun tak menganggapnya, crush apatah lagi.
Heshtek, sakitnya ku disini.
Sedang leka dengan telefon, perhatiannya teralih apabila terdengar seseorang menjerit perkataan 'saham'. Kemudian disambung dengan jeritan gila.
Dia pun menonton sahaja dua orang yang sedang bergaduh itu hinggalah part dimana si perempuan yang menjerit tadi dilempar dengan sisa jagung. Tak tahulah nak gelak ataupun kesian. Tapi mungkin dia lebih memilih gelak.
Sedang menanti apa yang bakal berlaku, dia dikejutkan dengan lemparan sisa jagung yang mengenai cermin keretanya.
Lalu dia melihat riak wajah perempuan tersebut yang jelas terkejut tapi kemudian diganti dengan riak tak bersalah.
"Wait-- Erin?" ujarnya apabila dapat mengecam muka perempuan itu.
Sementara di dalam rumah, Puan Alisa serta kawannya iaitu Datin Indah leka berborak-borak tak ingat dunia. Kedua-duanya sudah tak ingat anak masing-masing.
"Kau tahu tak, haritu aku terserempak dengan Hafi. Kau ingat lagi tak Hafi yang selalu kena ejek waktu sekolah menengah tu? Dia dah hensem weh sekarang! Maigad!" gosip Datin Indah yang tiba-tiba hilang ingatan jikalau diri sudah mempunyai suami.
"Uish seriuslah? Kau ada ambil gambar dia tak? Nak teng-"
"Ehem." ayat Puan Alisa terpotong kerana deheman Encik Asyril iaitu suaminya yang sedari tadi mendengar pembicaraan mereka.
Nampaknya ada bau bau orang jeles.
"Eh kenapa abang ada kat sini lagi? Apasal tak jemput Erin?" soal Puan Alisa. Baru teringat perihal anaknya itu.
YOU ARE READING
Girlfriend Bengap [OG]
Roman pour Adolescents❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, dia berpindah ke sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya. Tetapi tiada apa yang berubah apabila dia...