Happy reading :-!
----------------------------------------
Erin duduk bercangkung memikirkan cara untuk dirinya pulang.
Kenapa tak ada sesiapa jemput dia ni?!
Tiba-tiba matanya tertumpu pada dua buah motor dan sebuah basikal yang diparkir elok dihujung garaj khas bagi sesiapa yang membawa kenderaan sendiri ke sekolah.
"Basikal tu macam tengah memanggil je." Senyuman serupa monyet mahu mencuri pisang terlakar diwajahnya.
Sekeliling dia perhatikan terlebih dahulu melihat jikalau ada pemilik basikal tersebut dimana-mana. Yakin apabila tiada siapa yang menuju ke arah basikal itu, cepat-cepat Erin menunggangnya pulang ke rumah.
Manakala Pak Guard yang sedari tadi menyaksikan kerunsingan Erin sudah melihatnya pelik.
'Lah? Kalau ada basikal kenapa tak balik je dari tadi. Ish ish banyak sangat ilmu melekat kat otak sampai lupa yang dia bawa basikal agaknya.' omelnya.
Sementara itu, di dalam sebuah tandas lelaki di aras dua, terdapat tiga orang pelajar lelaki yang hensem-hensem sedang bertekak.
"Cepatlah Rafiq! Kau ni buat taik ke mende sia!"
"Sabarlah anjing! Tak tenang aku nak membuang tahu tak! Cuba bagi aku ketenteraman sikit!"
"Astagfirullah, tak baik main seru-seru nama kembar kau sendiri dalam tandas!"
"Baik kau diam sebelum aku flush kepala kau!"
Dari sepuluh minit tadi, Rafiq yang sedang mengeluarkan segala kotoran di dalam badan dan Danial yang terpaksa menunggunya tak habis bertekak. Hanya Que yang sedari tadi berdiam diri sambil bersandar di dinding. Katanya mahu menikmati udara yang segar, tak tahulah apa yang segar dengan udara yang sudah tercemar dengan bau-bau tahi Rafiq.
Tak lama kemudian, bunyi kunci dibuka dari dalam tandas kedengaran menandakan Rafiq telah selesai.
"Hah keluar pun kembar woof woof ni, bapak lama gi-"
Kata-kata Danial terhenti apabila Rafiq dengan muka tak ada perasaan menekup muka Danial menggunakan tangan kirinya yang belum dibasuh secara terperinci. Hanya disiram sahaja.
"Emphh-- Woi-emphh-- tepi an-emphh!!" jerit Danial mahu melepaskan diri. Oksigennya sedikit demi sedikit mulai hilang.
'Aku pasrah YaAllah, Jikalau aku mati sekarang, buatlah Rafiq menyesal seumur hidupnya kemudian memakan tahinya sendiri kerana rasa bersalah.' ujar Danial di dalam hati.
Setelah merasa puas, Rafiq melepaskan tekupannya yang menyeksa Danial.
"Rasakan revenge dari orang yang kena ganggu waktu membuang." ucap Rafiq lalu dia pergi ke singki untuk membasuh tangannya.
Que pula menghiraukan sahaja mereka. Mungkin masih lagi sedang menikmati udara segar?
"Jom gerak, rindu pulak aku dengan basikal kesayangan aku tu." ajak Rafiq yang telah selesai.
Que membalas dengan isyarat kepala lalu berjalan mendahului mereka sambil kedua belah tangan berada dalam poket seluar.
Mereka memang selalu begini sewaktu sedang berjalan. Que akan berjalan di depan layaknya seperti ketua. Kemudian Rafiq dan Danial pula berada di belakang bahagian sisi kiri dan kanan Que.
![](https://img.wattpad.com/cover/271930152-288-k605089.jpg)
YOU ARE READING
Girlfriend Bengap [OG]
Teen Fiction❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, dia berpindah ke sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya. Tetapi tiada apa yang berubah apabila dia...