Di pintu utama dewan, terpampang dengan jelas sebuah poster yang membuatkan para pelajar agak tidak suka memandangnya.
Bukan 'agak' tidak suka, tetapi memang benar-benar tidak suka.
Mula-mula teruja apabila terdapat muka kacak Que Harriez disitu, tetapi bila wujud muka yang dianggap sampah oleh mereka semua juga ada, terus perasaan nak cakar poster itu membuak-buak di dalam diri mereka.
Tidak lupa juga beberapa guru yang turut menyokong akal tak matang para pelajar. Masing-masing menyampah terutamanya insan bergelar Cikgu Zara. Sudahlah dia masih marah dengan kejadiannya masuk wad tiga hari berturut disebabkan onar yang gadis itu lakukan.
"Nampak tak semua orang serbu poster tu sebab nak tengok saya?" ujar Erin bongkak.
"Yolah, apapun buat yang terbaik tau nanti!" Misha menepuk bahu Erin memberi sokongan. Tidak mahu meng-spoil mood Erin yang sudah tinggi hidung. Lagi pun lepas ni dia akan bertanding dalam pusingan semi-final untuk pertandingan debat.
Awalnya, 'pasukan sorak' yang tidak diundang sewaktu pertandingan lepas mahu beraksi lagi. Tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa setelah diugut teruk oleh pelajar lain. Habis peralatan di dalam kelas mereka seperti kerusi dan meja dirosakkan. Papan pula diconteng dengan perkataan-perkataan yang tidak elok.
"Err... Rasanya lebih baik kitorang masuk kelas cepat," tukas Afina apabila merasakan banyak mata memandang mereka dengan jijik.
Erin mencebik. Bosanlah tak ada kawan nanti.
"Okeylah tata~ Erin! Goodluck!" ucap mereka sambil melangkah laju untuk masuk ke kelas.
Erin melambai tangannya lalu membuat simbol 'OK'.
Hilang saja bayang mereka berdua, Erin terus berpaling untuk jalan menuju ke dewan.
"Cemana duh budak bodoh tu boleh masuk semi-final? Bela saka ke apa?" bisik si syaitan-syaitan durjana.
Erin memandang mereka dengan muka terkejut.
"Macam mana korang tahu yang saya bela saka?" soal Erin teruja. Kali ini mereka pula yang terkejut mendengar soalannya.
"Kau- bebetul bela saka?" Bergetar lutut mereka. Takut jika Erin mengarahkan sakanya mengganggu mereka.
"Kami minta maaf! Tolong jangan suruh saka tu kacau kami!" ujar salah seorang dari mereka sebelum masing-masing pecut lari meninggalkan Erin.
Terpinga-pinga gadis itu. Apa yang berlaku?
'Ikan boleh kacau orang ke?' fikirnya. Teringat ikan ibunya yang bernama Osaka. Tapi dia lebih suka memanggilnya Saka. Bagaimanalah agaknya orang-orang tadi tahu tentangnya belaannya itu.
Ligat berfikir, akhirnya dia menyerah.
"Para peserta diminta menghadirkan diri segera." Suara mikrofon dari dalam dewan kedengaran hingga ke luar. Cepat-cepat Erin melangkah untuk masuk ke dalam.
^Erin Qelysa (5E) Vs Que Harriez (5A)
Damia Alisya (5B) Vs Syamimi Balqis (4A)^Sebuah banner yang tergantung dilihat. Disitu tertulis nama-nama yang bakal bertanding dalam semi-final dan siapa yang menang akan saling bertanding. Begitu juga dengan yang kalah.
Senang cerita, lepas dah semi-final tu final lah pula. Hah begitu.
"Piuw! Piuw!" Erin acah-acah menembak banner yang terdapat gambar-gambar semua peserta. Tetapi yang menjadi sasarannya ialah muka Damia Alisya.
Musuh yang tak berapa nak ketatnya.
Dendam mengenai makanannya masih belum dilupakan.
Sedang sibuk menembak muka setiap orang dengan peluru halimunan, bahunya dilanggar kasar dari belakang. Mengingati novel-novel yang pernah dibaca sebelum ini, Erin dengan yakin berfikir akan muncul hero yang bakal menahannya dari jatuh tersembam.
YOU ARE READING
Girlfriend Bengap [OG]
Teen Fiction❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, dia berpindah ke sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya. Tetapi tiada apa yang berubah apabila dia...