❤︎ | 17

1.6K 244 51
                                    

Happy reading :-!

----------------------------------------

"Jadinya kamu berdua ni kawan?" soal Datin Indah sambil menghirup teh dengan cermat. Terserlah tata karmanya.

Berbeza pula dengan Erin yang cuba untuk menyedut teh panas itu menggunakan straw lalu menjerit kuat akibat lidahnya melecur.

"Panas panas panas~" ujarnya bernada.

Melihat itu, Puan Alisa lantas memberikan tatapan tajam pada Erin namun gadis itu tetap leka dengan lidahnya yang melecur dan tidak perasan akan hal tersebut.

Emir yang memerhatikan perkara itu tersenyum dalam diam.

"Cute." ucapnya dalam hati.

"Hey mummy tanya ni, korang berdua kawan ke?" Datin Indah menepuk paha anak lelakinya kuat. Geram pula kerana diabaikan.

"Ha? Oh haah, kawan kat sekolah lama." jawab Emir sambil mengangguk kepala.

Puan Alisa membuat muka sedih mendengar pernyataan itu. "Kalau ibu tahu, ibu tak tukarkan kamu ke sekolah lain." ujarnya.

Erin menatap wajah Puan Alisa sambil berkerut.

"Erin pindah kan sebab dapat straight E. Kalau tak mahu pindah pun kena pindah jugak." balasnya selamba. Malah dia lagi mencuba untuk menyedut teh panasnya menggunakan straw yang berlainan pula.

"Kamulah ni, macam mana boleh dapat E semua subjek?" Puan Alisa memulakan adegan bertekak.

"Tapi kan tetap semua tu lulus." jawab Erin tak nak kalah.

"Tapi keseluruhan tak lulus."

Erin meletakkan cawannya di atas meja apabila Puan Alisa juga turut tidak mahu kalah. "Ish, Ish, Ish..." ujarnya sambil menggeleng kepala beberapa kali kemudian menyambung, "Ibu tak tahu ke maksud sebenar dari huruf E? Huruf E tu maksud dia Ekselen!" terangnya dengan bangga.

Emir yang mendengar tiba-tiba tersedak air liur sendiri. Apasal macam kenal je ayat tu?

"Siapa yang bagitahu?" soal Puan Alisa pelik. Dia tahu anaknya itu tak tahu sepatah haram pun bahasa inggeris. Tak, bukan nak mengejek cuma itu ialah fakta yang tak dapat disangkal.

Laju Erin menunjuk ke arah Emir yang baru pulih dari acara tersedaknya. "Emir yang cakap. Dulu Erin ejek dia sebab dapat E dalam Bahasa Melayu, lepas tu dia bagitahu kalau E tu Ekselen. Maksud dia sangat baik!" Ceritanya walaupun agak membagongkan bila orang yang dapat markah E mengejek orang lain yang turut mendapat markah E.

Ianya seperti seseorang mengejek kembarnya hodoh.

Mendengar hal tersebut, Datin Indah menayang senyuman badut pada anak lelakinya.

"Kenapa mummy tak tahu pun yang Emir dapat E dalam subjek BM?" soalnya sedikit berbisik agar mereka berdua sahaja yang mendengar.

"Sebab... Emir tak bagitahu?" balas Emir dengan raut pura-pura tak ada apa yang terjadi.

"Patutlah tahun lepas Emir suruh daddy yang ambil report card ye?" Datin Indah masih lagi kekal dengan senyuman badutnya yang seram. Dalam kepala dia sudah memikirkan pelajaran apa patut diberi pada suaminya. Berani beraninya menyorokkan hal tersebut dari dirinya!

Girlfriend Bengap [OG]Where stories live. Discover now