Prologue

736 16 0
                                    

MALAYSIA 22/2/2014

"Odio il lunedì!" (I hate Monday!) Budak lelaki yang berumur 16 itu membungkuskan dirinya dengan selimut. Malas mahu bangun untuk pergi ke sekolah. Pintunya yang diketuk bertalu-talu tanpa henti dihiraukan. Bantal diambil lalu ditekupnya kepala.

"WELINGTON! SVEGLIATI ORA! PRIMA DI ROMPERE LA PORTA!" (WELINGTON! WAKE UP NOW! BEFORE I BREAK THE DOOR!) Ayahnya mengetuk pintu bilik anak lelakinya dengan kuat sambil menendang-nendang pintu. Bagai mahu roboh sahaja pintu bilik anaknya itu.

Daniel di dalam bilik masih bermalas-malasan di atas katil. Matanya dipejam. Mimpi telah menjemputnya kembali. Matanya dicelik dengan mengejut apabila selimutnya ditarik dengan kasar lalu dilemparkan ke lantai.

"Sono quasi le sette, Wellington! Perché stai ancora dormendo !?" (It's almost seven, Wellington! Why are you still sleeping!?) Daniel mula berasa tertekan dan rasa ingin meletus apabila tidurnya dikacau oleh sang ayah. Tangannya digepal kuat di bawah bantal. Rambutnya yang serabai tidak mencacatkan mukanya yang kacak malah bertambah kacak. Dan rambutnya diserabaikannya lagi.

Semalam Daniel tidur pada jam 5 pagi tadi kerana asyik face-time bersama kawannya yang berada di Itali. Banyak sangat yang mereka bualkan hingga tidak menyedari masa kerana sudah lama tidak berhubung akibat komitmen masing-masing.

"Papà! Non voglio andare a scuola oggi! Ho sonno e la Malesia è troppo calda per me. Potrei garantirti che a scuola sarò svenuto a causa di questo clima fottutamente caldo." (Pa! I don't want to go to school today! I'm sleepy plus Malaysia is too hot for me. I could guarantee you that I will fainted at the school due to this super duper hot fucking weather.) Tanpa rasa gentar dalam dirinya, Daniel melawan kata bapanya. Bapanya sudah berombak dada menahan amarah dan sabar menghadapi karenah anak lelaki tunggalnya pada awal pagi ini.

"Ehi, cosa sta succedendo adesso? Daniel? Marito?" (Hey, what's going on right now? Daniel? Husband?) Madam Wellington muncul dari arah belakang apabila terdengar suara suaminya memekik di dalam bilik Daniel. Kakinya melangkah ke katil Daniel dan kutip selimut tebal yang terdampar di atas lantai. Madam Wellington duduk di birai katil dan memanggil Daniel bangun.

"Daniel, svegliati. Farai tardi per il tuo primo giorno, tesoro." (Daniel, wake up. You gonna be late for your first day, honey.) Lembut sahaja suara mama Daniel memujuk Daniel bangun dari tidur. Perlahan-lahan kepala Daniel muncul dari bawah bantal.

Hatinya yang panas dan geram dengan papanya yang mengacau tidurnya hilang dengan serta merta apabila mendengar suara lembut mamanya. Kepala Daniel dilabuhkan pada bahu mamanya yang duduk di birai katil.

"Puoi per favore non coccolarlo così tanto? Ha 16 anni per l'amor di Dio!" (Can you please not pamper him so much? He's 16 for God sake!) Sungguh Mr Wellington berasa menyesal kerana memanjakan anak lelakinya yang satu ini.

Nah. Sekarang apa jadi?

Semua benda malas nak buat. Semua benda nak orang yang tolong buatkan. Kadang-kadang Mr Wellington berfikiran secara negatif yang mana dia tidak mahu menyerahkan syarikat jam tangannya yang ini kepada anaknya. Dengan perangainya yang sebegini, macam mana dia nak harapkan Daniel untuk menguruskan syarikat?

"È ancora giovane, tesoro. Puoi non essere così paranoico? Inoltre, è un nuovo studente in quella scuola. Non potrebbe essere un problema così grosso se è in ritardo." (He's still young, honey. Can you not to be so paranoid? Besides, he's a new student in that school. It couldn't be such a big problem if he's late.) Kadang-kadang Madam Wellington berasa geram dengan suaminya kerana terlalu tegas dengan anak mereka berdua. Mahu dilawan, itu suaminya. Kalau tidak dilawan, nanti makin menjadi-jadi suaminya.

Him; Revenge(I) [EBOOK]Where stories live. Discover now