Part 15

114 8 0
                                    

Seminggu kemudian...

Tugasan secara berkumpulan yang diberikan oleh Madam Emily beberapa minggu yang lalu semakin lama semakin mencabar untuk menyiapkannya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Gila!

Semua kertas kerja yang dibuat berserta dengan slide persembahan perlu disiapkan dalam masa dua minggu ini! Kalau sikit saja bilangan muka surat yang dikehendaki untuk menyiapkannya, itu memang pasti akan siap sebelum due date.

Tapi, Madam Emily seolah-olah menjadi bertambah kejam apabila dia menambahkan lagi muka surat yang lagi banyak untuk pelajarnya siapkan dalam masa dua minggu ini!

Kalau topik tersebut sudah Madam Emily ajarkan dan juga sudah diterangkan dan ada dalam skop pembelajaran, itu boleh diterima lagi. Tapi, ini langsung tiada kaitan dengan topik yang diajarkan!

Soalan dan tugasan yang diberikan semakin mencabar dan susah untuk disiapkan. Satu demi satu tugasan dihantarkan melalui kumpulan Telegram.

Pelajar yang membuat tugasan ini mula ada yang mengeluh kasar, marah, memaki hamun Madam Emily dan lain-lain lagi. Sampai ada yang menyimpan hasrat mahu memulakan tunjuk perasaan di depan pejabat Madam Emily.

Manakala, di dalam perpustakaan yang terletak tidak jauh dari bilik pejabat pensyarah. Terdapat begitu ramai pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka masing-masing.

Sudah hendak due date, hendak bagaimana lagi? Segala aktiviti yang boleh merelaxkan mereka terpaksa ditangguhkan demi menyiapkan assignments.

Di satu penjuru yang agak tersorok, seorang perempuan sedang berusaha menaip sesuatu di laptop miliknya sambil menyelak kertas dan buku yang bersepah elok di atas meja. Sekejap-sekejap dahinya berkerut.

Yang seorang lagi perempuan pula sedang santai duduk di situ sambil mengulum lolipop dengan kakinya disilangkan dan diletakkan di atas meja mereka berdua yang bersepah dengan buku berkenaan Financial Management.

"Come on, Sophia. Why you need to be so rushing? She said that we will submit all the assignments next week. Chill your tits down."

"Sophia! Hey! I'm talking with you!"

Layla berasa amat geram dengan Sophia yang sedang fokus menyiapkan assignments yang diberikan oleh Madam Emily. Lantas, lolipop yang Layla kulum tadi dibuang dengan begitu saja ke lantai dan kakinya yang diletakkan di atas meja diletakkan ke bawah.

Nasib pakai short-pants. Kalau short skirt? Free free orang yang lalu tengok apa yang tidak patut ditengok.

Akibat geram yang melampau, Layla terus merampas kertas-kertas nota Sophia yang penuh dengan warna-warni itu. Kebetulan Sophia meletakkan kertas-kertas notanya ke atas meja sebelum Layla merampas kertas-kertas tersebut.

Tanpa mempedulikan Layla yang geram, Sophia terus saja menyambung membuat assignmentsnya.

"Layla, go and just do your assignments cause I am pretty sure that..." Ayat Sophia terjeda kerana sedang menaip perkataan terakhir sebelum tumpuannya kini beralih kepada Layla yang sedang monyok.

Terasa lawak melihat muka cantik dan seksi Layla itu membuat muka monyok dan hitam mencuka.

"... one of your assignments haven't done, yet. Am I right, Layla?" Sinis dan lembut sekali bicara Sophia terhadap Layla sebelum kembali fokus dengan laptopnya. Jari jemarinya lincah menari-nari di atas papan kekunci.

Him; Revenge(I) [EBOOK]Where stories live. Discover now