"Non osare provocarmi e sfiadre la mia possessiuta, baby." (Don't you dare to provoke me and challenge my possessiveness, baby.) Nafas Daniel kedengaran amat kencang sehingga boleh Sophia rasakan terkena pada pipinya. Sophia masih berusaha melepaskan badannya yang diperangkap oleh Daniel.
Tangan Sophia mencakar cakar tangan Daniel yang mencengkam kasar rahangnya. Semakin Sophia mencakar tangan Daniel, semakin kuat Daniel mencengkam rahang Sophia.
Sophia sudah berkerut menahan sakit pada rahangnya. Kaki Sophia menendang-nendang kaki Daniel yang menghempap kakinya.
"Lasciami andare! Ergh!" (Just let me go! Ergh!) Sophia memukul-mukul tangan Daniel yang mulai mengeluarkan urat hijau di sekeliling tangannya.
Bermaksud, Daniel semakin kuat mencengkam rahang Sophia. Tapi setelah berasa lama di rahang, kini tangannya menyasarkan leher Sophia.
Daniel sekarang mencekik leher Sophia. Badan kecil Sophia semakin menghilang di sebalik single sofa mewah itu. Badan Sophia bagaikan divacuum oleh sofa tersebut. Sophia masih berusaha dengan kuat.
"TU. DARE. A. LET. ALTRO. TIRANTE. A. TOCCORE. TU." (YOU. DARE. TO. LET. OTHER. GUY. TO. TOUCH. YOU.) Satu persatu Daniel mengungkap kata kata itu dengan giginya yang diketap hingga menghasilkan bunyi yang berlaga.
Tangan Daniel mengeluarkan pistol yang selalu dia letakkan di dalam baju hoodienya.
Mulut Sophia dibuka dengan kasar menggunakan pistol tersebut. Muncung pistol dilekapkan pada mulut Sophia.
Sophia menjadi lebih takut dengan keadaannya sekarang. Sophia sudah mengalirkan air mata sambil menggelengkan kepalanya ke kiri dan kanan.
Ingin Sophia menjerit meminta pertolongan namun apakan daya memandangkan Daniel sudah bertindak gila dengan menghalakan pistol ke mulutnya.
Seketika badan Sophia berasa ringan seakan akan beban yang menghempap badannya, hilang.
Cekikan pada lehernya juga sudah tidak terasa. Berpeluh satu badan Sophia ketika itu walaupun bilik tersebut sudah dipasang dengan aircond yang bersuhu rendah. Pistol yang dihalakan pada mulutnya juga turut hilang.
"COME OSI TRATTARE MIA SORELLA IN QUESTO MODO!" (HOW DARE YOU TO TREAT MY SISTER LIKE THAT!)
Depan mata Sophia, seorang lelaki yang memakai hoodie hitam bercorak helang yang bersayap lebar di belakang sedang menumbuk Daniel. Daniel yang tidak sempat melawan hanya merelakan dirinya ditumbuk bertalu talu.
Sophia yang bersandar pada sofa terasa tangannya ditarik dari tepi. Layla. Layla yang menarik tangannya.
Dengan langkah yang lemah dan muka yang pucat, Sophia pergi ke arah Layla. Sampai sahaja pada Layla, terus Sophia memeluk tubuh Layla dan menghamburkan tangisannya.
"Ho paura... Lui... Lui... Ha messo la pistola... nella... mia bocca..." (I'm scared... He... He... put the gun in... in... my mouth...) Tersekat-sekat nafas dan ayat Sophia akibat terlalu takut.
Hendak patah tulang tengkuk Layla apabila dipeluk begitu kuat oleh Sophia. Namun, dihiraukannya sekiranya hanya dengan cara itu Sophia boleh bertenang.
Ash dan Rayyan yang tidak tahu mahu bertindak bagaimana hanya mendiamkan diri sahaja di situ.
"COSA STAI GUARDANDO?! VAI E FERMATI WILLIAM! TESTE DI CAZZO! URGH!" (WHAT ARE YOU LOOKING AT?! GO AND STOP WILLIAM! DICKHEADS! URGH!) Akibat terlampau geram, Layla menjerit kepada Ash dan Rayyan yang kelihatan bodoh berdiri di situ.
YOU ARE READING
Him; Revenge(I) [EBOOK]
Romance[VERSI BARU & EBOOK] Because of him, everything is changed. Bertahun telahpun berlalu, mereka bertemu kembali. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. "I'm Sophia Sabella." Puas memaksa diri untuk mengingati semula wajah jejaka t...