Sekujur badan yang terbaring elok di atas lantai sejak dinihari tadi, mula bergerak-gerak dan membongkokkan badannya.
"Ugh! Accidenti!" (Ugh! Damn it!) William yang baru sedar daripada tidur akibat mabuk yang teruk terus mencarut. Mencarut kerana kepalanya agak pening dan berat.
Pandangannya pula berbalam-balam. Kepalanya digeleng kuat agar pandangannya menjadi normal. Setelah rasa pandangannya sudah okay, William menyandarkan belakang badannya pada dinding.
"Perché diavolo sto dormendo sul pavimento?" (Why the hell I'm sleeping on the floor?) Dengan berpaut dengan dinding, William bangun dan berjalan menuju ke katilnya.
Sampai saja di katil, William terus menghempaskan badannya hingga menyebabkan lantunan. Selimut yang dilipat kemas ditarik hingga menutupi badannya.
Dan William memasuki alam mimpi.
Tidak lama kemudian, dahi William mula mengeluarkan peluh yang banyak walaupun pada saat itu, pendingin hawa sudah dipasang pada suhu yang paling rendah.
"Where am I right now?" William mengerutkan dahinya apabila dia berada di tempat yang serba putih dan bukannya dalam bilik tidurnya.
Dia juga memakai satu persalinan yang berwarna putih. Matanya memandang sekeliling namun tiada apa-apa yang menarik untuk dilihat. Yang ada hanyalah tempat tersebut berkabus.
"William, sayang... Mama harap William akan jaga adik baik-baik tau? Jangan nak buli adik. Yang penting lagi, jangan biarkan adik jatuh pada tangan yang tidak bertanggungjawab."
Suara lembut milik seorang perempuan mulai kedengaran. Malangnya, kelibat perempuan tersebut tidak kelihatan di mana-mana. William mula tercaari-cari suara tersebut.
Dia tahu suara mamanya walaupun sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Dia masih kenal dengan suara mamanya.
"Mama... mama ke tu? Mama ada di mana? Ma, keluar ma. Jangan main sembunyi-sembunyi lagi. Please ma..." Mata William mula ditakungi dengan air mata. Dia masih berusaha mencari mamanya.
Namun, masih tidak dijumpai.
"MA! PLEASE! KELUARLAH! NOAH NAK JUMPA DENGAN MAMA!" Suara kasar William mula bergema seluruh alam.
Akhirnya air matanya tumpah juga. Tumpah kerana terlalu merindui sang ibu yang sudah lama tidak dia jumpa.
Kalau betul ini mimpi, dia tidak mahu bangun dari mimpinya kerana dia ingin terus bersama mamanya. Sepanjang masa.
William ingin menebus kembali masa yang sudah terbuang akibat perbuatan durjana ayah kandungnya sendiri hingga menyebabkan dia terpisah dengan mamanya.
"Sayang... mama ada di sini..." Terasa ada satu tangan yang lembut dan menyenangkan menyentuh bahu William yang sedang menangis teresak-esak.
William terus mendongakkan kepalanya dan di depan matanya kini ialah mama yang dia rindui sangat. Tidak menunggu lama, William terus memeluk erat mamanya dan terus menangis teruk dalam pelukan mamanya.
"MA! KENAPA TINGGALKAN NOAH SEORANG DIRI?! MAMA TAK SAYANG NOAH LAGI KE?" Tanpa sedar suara William sudah naik seoktaf. Mamanya masih tersenyum lembut sambil mengusap lembut rambut William.
"Mama tak pernah tinggalkan anak manja mama seorang ni, tau? Mama ada saja dengan Noah selama ni." Tangan mamanya dialihkan daripada rambut ke tempat di mana hati William terletak.
YOU ARE READING
Him; Revenge(I) [EBOOK]
Romance[VERSI BARU & EBOOK] Because of him, everything is changed. Bertahun telahpun berlalu, mereka bertemu kembali. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. "I'm Sophia Sabella." Puas memaksa diri untuk mengingati semula wajah jejaka t...