Part 3

197 10 0
                                    

"Fia! Hai finito?" (Fia! Are you done?) Jerit Madam Molina dari luar bilik anak perempuan tunggalnya, Sophia Sabella Molina. Tangannya pula tidak berhenti-henti mengetuk pintu bilik.

Tingkat itu agak huru-haralah sekejap.

"Altri 15 minuti, ma!" (Another 15 minutes, ma!) Sophia melaung menjawab mamanya yang di luar. Tangannya menggoyangkan hair dryer untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah.

"Sei già in ritardo, Sophia! Apri la porta!" (You are already late, Sophia! Open the door!) Sophia meletakkan hair dryernya yang tidak ditutup suisnya dan berjalan laju menuju ke pintu bilik sambil mengemaskan baju lengan panjang baggynya.

Tersengih Sophia terhadap mamanya yang mencekak pinggang di depan pintu bilik. Pintu bilik dikuak dengan lebih luas dan menjemput mamanya masuk. Madam Molina menjeling Sophia yang tersengih-sengih itu.

"Perché il tuo letto è così disordinato?" (Why your bed are so untidy?) Madam Molina menggelengkan kepalanya apabila matanya memandang ke arah katil Sophia yang tidak dikemaskan. Sekali lagi, Sophia tersengih sambil menggarukan kepalanya.

"Mi sono svegliato tardi, ma ..." (I woke up late, ma...) Terasa sudah terlalu lama berbual dengan mamanya, segera dia kembali ke dalam bilik mandi untuk mengeringkan rambutnya. Rambutnya yang gugur penuh di lantai tidak dipedulikan.

Madam Molina hanya memandang saja dan mengemaskan katil anaknya yang tidak kemas itu. Bantal disusun baik. Selimut diletakkan dengan baik. Baju kotor Sophia diletakkan ke dalam bakul yang khas untuk baju kotor.

Sophia keluar dari tandas segera setelah rambutnya kering. Kelihatan mama angkatnya sedang mengemaskan biliknya. Sophia berasa terharu.

Sophia hanyalah anak angkat dalam keluarga Molina ini. Sophia diangkat menjadi keluarga Molina pada umurnya 13 tahun. Ibu kandungnya meninggal dunia akibat kemalangan ngeri semasa dia masih di sekolah. Selama dia hidup berdua dengan ibunya, tidak pernah sekalipun dia mengenali ayahnya. Apabila ditanya, ibunya akan menjawab yang ayahnya sudah menghilangkan diri sebaik saja dia dilahirkan di dunia ini.

Ibunya meninggal dunia kerana kereta yang dipandu oleh ibunya dilanggar oleh lori muatan penuh yang datang dari arah bertentangan. Akibat daripada pelanggaran itu, ibunya terperosok di bawah lori sekaligus menggilis badan ibunya hingga hancur.

Sophia yang ketika itu berada di sekolah terkedu dan meminta izin daripada pihak sekolah untuk keluar melihat ibunya. Sophia amat berharap bahawa berita yang dia dapat itu merupakan berita palsu namun semua itu adalah realiti, kenyataan.

Sophia tahu bahawa itu ialah ibunya melalui kenderaan yang digunakan dan pakaiannya. Sophia hanya mampu meraung menangis. Semenjak hari itu, dia berdikari tanpa bantuan sesiapa pun. Hingga suatu hari, datang Madam Molina bersama suaminya mengambilnya menjadi anak angkat.

Sepahit manapun kisah hidupnya, tetap Sophia tabah mengharungi jalan hidupnya. Dirinya yang ceria menjadi pendiam. Namun mampu dia habiskan Tingkatan 5 sebelum mengikuti keluarga angkatnya berpindah ke Itali.

"La... kenapa termenung ni? Kata dah lambat dah? Jom turun ke bawah. Papa dengan abang dah tunggu lama dah." Sophia menilik penampilan dirinya buat kali yang terakhir sebelum melangkah keluar bersama mamanya.

"Jom. Jom." Sophia menarik tangan mamanya menuruni tangga hingga memasuki ruangan makan. Kelihatan papa dan abangnya sedang menikmati sarapan pagi. Abangnya hanya diam menikmati pancake yang mama sediakan.

Him; Revenge(I) [EBOOK]Where stories live. Discover now